Saturday, June 30, 2018

Kareer vs Kahwin



JODOH?

Assalamualaikum wbt semua!

Ha, tengok tajuk dapat agak tak mengenai apa?

Yes, ianya tajuk kegemaran semua orang, terutamanya makcik-makcik bawang sekalian, betul tak?








“ Bila nak kahwin?”

“Awak bila lagi nak tamatkan zaman bujang?”

Kahwin, jodoh, kahwin, jodoh.

Sebelum nak tulis ni, berfikir panjang kejap sebab I am not the one who openly will talk about this matter. I keep private things private. Terutama mengenai jodoh dan isu perkahwinan. Tapi insyaallah kalini nak kongsi banyak benda mengenai jodoh/isu kahwin ini.

Sedia tak nak baca.?

Ok jom!

Semakin meningkat umur, semakin banyak persoalan mengenai jodoh ini berlegar-legar dalam fikiran dan juga fikiran orang lain.
Orang-orang di luar menjagkakan selepas tamat belajar dengan jaya dan cemerlangnya, langkah seterusnya kerja sekejap, makan gaji 2-3 bulan dan langkah terakhir ialah kahwin, ada anak dan okdone. Maka itulah definisi “perfect life” bagi mereka.

Maka sesiapa yang tidak lengkap proses di atas dianggap belum Berjaya, belum ada kehidupan yang sempurna malah dipersoalkan setiap masa dan ketika. Mempersoalkan satu hal, memperkotak-katikkan dan tidak kurang juga memerli, sindir dan mungkin sampai tahap dihina(?)

Perkara sebegini biasanya berlaku kepada para wanita, lelaki masih okay rasanya. (betulkan saya jika salah ya).

Perempuan yang berumur lebih 25 tahun, maka pelbagai jenis persoalan dan tanda tanya timbul kenapa masih belum kahwin. Terlalu memilih? Terlalu bekerjaya? Kurang cantik? Kurang bekerjaya? Terlalu cerewet dan pelbagai anggapan mula menghinggap di fikiran mereka.

Alhamdulillah, secara jujurnya saya belum pernah sampai tahap diperkotak-katikkan, cumanya ditanya secara sindir dan perli tu ada lah. Saya tak pernah ambil serius, fikir mungkin ini cara tanya khabar orang-orang yang lebih berusia. (Mungkin, fikir secara baik-baik sahaja)



25 dan ke atas, ialah proses kematangan bagi seorang wanita.

Dari segi emosi, fizikal dan juga kewangan (jika dapat kerja terus selepas grad)
Ada orang dikurniakan rezeki berjumpa jodoh awal, ada orang diberi rezeki bekerja awal dan ada orang diberi rezeki untuk berbakti kepada ibu bapa dahulu.

Saya tulis ini dari hati yang paling tulus dan jujur, saya tak pernah ada perasaan iri hati atau jealous lihat kawan-kawan seorang demi seorang berkahwin, malah sangat gembira dengan mereka. Tak sangka yang paling senyap dalam kelas dia  lah paling awal menamatkan zaman bujang. Haha (you know who if you read this)

Tak sangka kawan paling tak macam rupa isteri orang (sebab dia kasar-kasar sikit) pun dah selamat jadi isteri orang juga, dan ramai kawan-kawan rapat yang bakal menamatkan zaman bujang tahun ini. I am very happy for them, and happy sangat tengok mereka jumpa kekasih halal masing-masing.

Sekarang masa dah berputar. Jika dulu skrol media social semua update mengenai exam, benda-benda di universiti, sekarang semua bagi undangan majlis kahwin, update gambar kahwin, update gambar anak-anak. Bila masa semakin meningkat, orang akan update anak masuk sekolah, anak masuk university, anak kahwin, dapat cucu dan akhir sekali anak update kematian kita di social media. Inilah putaran masa dalam kehidupan kan?

Semua akan melalui fasa-fasa dalam kehidupan masing-masing dengan ragam dan peel yang berbeza-beza.

Sekadar perkongsian sedikit, menjadi masih bujang di usia ini bukanlah senang dan easy to adopt with. Dalam kegembiraan menjadi solo ini, ada juga sisi-sisi yang gelap yang kami hadapi.

1.     Gangguan lelaki miang a.k.a Suami orang tak kira muda atau tua
-Saya perasan trend “try market” ini sangat berleluasa sama sekali, tak kira tua atau muda. Benda yang paling saya benci dan marah geram sekali dengan segelintir lelaki miang seperti ini. Menjadi bujang kadang-kadang memang menimbulkan fitnah. Sebab apa? Sebab golongan “try market” ini. Ofis mana tak de skandal bagitahu?

Bila iman tak tahu ke mana, bagi nafsu menguasai, tidak tundukkan pandangan, halal haram tolak ke tepi, lupa anak bini di rumah dan akhir sekali menggunakan hujah lelaki boleh kahwin lebih. Am so disappointed with this kind of man, who never appreciate the one at home. They’re waiting patiently for you to come home, not to flirt with other woman.

Dengar banyak dari kawan-kawan tak kira lah ustaz ke  apa ke, tua muda mesti terjebak dengan isu seperti ini. Dan akhirnya wanita bujang dipersalahkan.?

I had experience with this kind of man too, trying to test market etc. Nak buat dia give up senang sahaja, jangan pernah layan 1 mesej pun dari mereka. If takde kaitan selepas kerja, sila block. Yang menjadi masalah ialah, bila wanita bujang mula layan mesej dia. Mula-mula mengenai kerja  dahulu dan kemudian berlarutan kepada benda-benda yang lagha dan lepas tu.? Faham-faham sendiri lah.  

Setan memang akan selalu indahkan benda yang haram.
Dan sentiasa burukkan benda yang dah halal.

Sebab itu tugas setan. Menyesatkan kita.
Tugas kita? Takkan nak menyerah kalah kepada setan senang sangat menyesatkan kita?

Jangan lah pandang perempuan yang belum berkahwin ini murahan, boleh dijadikan acah-acah test market.

Cuba bayangkan mereka ialah adik/anak anda sekalian.

Kami orang-orang yang masih bujang ini bahagia sekali jika  tanpa gangguan dari sejenis macam ini wujud dalam dunia ini.

Yang dah kahwin buat cara dah kahwin, hargai amanah dan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga. Malah yang dah jadi isteri pun, jagalah maruah anda sebagai isteri orang, dan juga jaga izzah, malu sebagai seorang wanita.


2.     Cari Jodoh Online

-Pernah dapat idea ini dari seorang kenalan. Dia mengutarakan satu apps untuk cari jodoh ini, dan dia dah “Berjaya” bertemu rakan apps dia tersebut. Dan sadly to say, that guy pun nak try sahaja, nak main-main which is dengan kata directnya nak berzina sahaja. Bukan nak jadikan isteri. Well, you think lelaki akan cari perempuan untuk dijadikan isteri di laman apps tersebut? Mestilah tidak.


For me, jodoh ke ajal ke will come no matter when.
It is just a matter of time.
Don’t let other rush you with their timeline.

For me, I am enjoying malah lagi bersyukur sebab masih ada syurga yang perlu dijaga, iaitu mak dan ayah. Syurga yang di mana dengan redha merekalah saya masih Berjaya dalam hidup.

Selagi belum bertemu jodoh, berbakti dan berbuat baiklah dengan mereka.
Jodoh/suami boleh dicari.
Ibu dan ayah tiada pengganti.

Banyak benda yang boleh belajar semasa masih bujang, seperti belajar memasak, masih boleh tidur dengan mak sama-sama sambil belajar tips mengenai perkahwinan, yang penting enjoy to the maximum being a single. This is what I’m currently doing and teruskan kehidupan seperti biasa, keep praying and praying. I believe that Allah tak pernah kejam pun dengan hamba Dia, cuma cepat atau lambat sahaja. Setiap apa yang kita minta, saya percaya Dia pasti kabulkan samada dalam bentuk yang exactly kita nak atau pun yang terbaik untuk kita (walau lain sikit dengan apa yang kita minta).

One of my friend bagitahu,

“Marriage is not about the happiness 24/7, and marriage is not about solving the problem. Kadang bila berkahwin lagi banyak masalah. Keep on doa and doa, and doa. Keep on good attitude while waiting for the right one. Don't feel pressure and make a mistake. Coz making a mistake when choosing the life partner will harm you forever”

Perihal jodoh, yes kita kena berusaha dan keep doa.
Tapi usaha dengan menjadikan diri kita murah dengan melayan mesej dari suami orang,
usaha dengan melanggan apps yang entah apa-apa itu bukanlah cara yang terbaik.

Suami, untuk hidup bersama-sama bukan 2-3 tahun,
bukan juga untuk ditayang kepada sanak saudara,

“Okay we’re married”

Tak.

Suami, untuk hidup bersama-sama selama-lamanya.
Susah dan senang.
Baik dan buruk.
Kurang dan lebih sampai mati.

Jadi, tepuk dada tanyalah iman. Nak cari jodoh yang macam mana?


Bila orang tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin jawapan saya simple sahaja.

“Jika saya boleh bersabar menunggu, kenapa tidak anda?”


And it’s not easy to have this kind of sabar okay. Kena istiqamah gitu. If I am not that sabar, I can easily choose any kind of men and kahwin.




Disclaimer: Masih menjadi bujang juga ialah satu rahmat, masih ada masa untuk persiapkan diri, dan juga masih ada masa untuk berbakti kepada keluarga.




No comments:

Post a Comment