Wednesday, October 28, 2015

pelajar oversea itu POYO!!



Assalamualaikum wbt.




p/s: post sangat lama.. post jeruk kena bagi simpan lagi sikit :D

Insyaallah, hari ni saya nak beri komen juga kepada satu status yang viral di twitter, mengenai student oversea kerjanya asyik berjalan, student kat Malaysia study bagai nak rak.

Saya berpendapat status sebegini ditulis oleh admin tersebut kerana;

beliau selalu melihat rakan-rakan di luar negara meng'upload' gambar-gambar travel di Instagram, Facebook, twitter dan pelbagai media social yang lain.

Umum mengetahui bahawa, kita sekarang hidup di zaman, semua benda yang dibuat hatta benda yang personal pun nak di tayang umum, apatah lagi benda yang menggembirakan. Okay, saya bukan nak ulas mengenai kesan selalu meng'upload' status gambar dan sebagainya.

Tapi, saya ingin meng'clarify'kan bahawa pelajar luar negara juga berpulun-pulun, bermati-matian juga study hard untuk peperiksaan, sebab apa.? Sebab kami menerima satu amanah, duit yang kami dapat ialah duit daripada cukai yang telah dibayar oleh rakyat marhaen Malaysia, kalau kami tak belajar berhabisan, kami akan dihantar pulang dengan tidak terhormatnya.

TETAPI,
Mostly saya sendiri tidak pernah meng'update' status
" Susahnya subjek ni, tadi exam tak boleh jawab" etc and etc

Tapi rather than updating those status,
saya akan update status mengenai keindahan yang ada di negara Bumi Sonata ini,
Indahnya bumi sonata ini hanyalah 10% jika nak dibandingkan dengan pelbagai jenis kesusahan lain yang dhidapi oleh pelajar Malaysia terutama pelajar Malaysia.

Macam satu fenomena juga, bila tiba musim bunga(spring), semua pelajar luar negara akan update status gambar di Instagram dengan sakura nya, dengan tulipnya dan sebagainya.
Tiba, musim luruh, semua akan update gambar autumn pulak,
Tiba musim salji, first snow (첫눈), semua akan upload gambar di Instagram.
Ketahuilah, kami pelajar di luar negara ini hanya ada masa kurang dari 5 tahun (except for those medic student, dentistry and etc) untuk menikmati keindahan alam yang tiada di negara kita.

Jadi, timbul lah perasaan "ah, study oversea selalu g travel, pastu upload kt ig bla bla"

let me ask you one question,

"how about you all uploading those delicious Nasi lemak, nasi kerabu, ABC, KFC dan sebagainya?"
"how about you all uploading pictures with mak, ayah, adik, dan seangkatan dengannya.?"

Saya tak pernah ada anggapan bahawa kamu semua yang selalu update;

"yayy, exam week balik rumah mak masak sedap-sedap.."

"A is check-in at KLIA"

"B is travelling from KL to KB"

ialah ORANG YANG TAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.


Kita diberi rezeki masing-masing dalam bidang masing-masing,

saya mengambil jurusan kejuruteraan kimia,

saya tak pernah ada passion dalam engineering, tapi bila Allah cakap "kun fayakun", saya terima.

Semua student oversea mengalami benda yang sama;


1. Homesick

2. Sentiasa kelaparan (cam over je kan :p

3. Elaun tak naik-naik dari 10 tahun lepas (Kami pelajar di Korea mendapat RM 1800/sebulan, tetapi korean currency is 3.8 times higher than RM) + Transport fee dari 900won dinaikkan ke 1250won. Living cost di Seoul, Korea is much higher than in Malaysia and one of the highest in the world. (one of the reasons for korean why they commit suicide.tertekan dengan kos sara hidup)

4.  Produk halal, makanan halal susah untuk didapati

5. ISLAMPHOBIA (Everyday, news pasal IS) Negara sekutu Amerika Syarikat. hmm

6. GRADING (the most important parts that every Malaysian students MUST KNOW)
In Korea, grading is

Okay, pasal isu suka travel.
Saya sangat-sangat suka travel juga, bagi saya alang-alang masih muda, alang-alang ada duit ehsan duit hasil berjimat cermat saya, tak de salah pun untuk saya simpan dan buat bekal untuk travel.

Tak campur kesusahan nak tambah duit elaun lagi..

We do (Almost) overseas student buat part time nak cari duit lebih, for many reasons. Ada yang memang nak simpan duit untuk masa depan, ada yang nak simpan duit bantu keluarga, ada yang nak melancong dan sebagainya..



Saya sendiri bila tengok kawan-kawan post makanan sedap di Malaysia, (walapun hanya lah colek buah), ya allah rasa teringin tu tak tahu nak cakap camne lah..

Makan kat sini nak cari yang halal mahal pulak dan jauh, makan sekadar serunding ataupun banchan(side dish Korea) pun dah rasa paling sedap.

Waktu paling tak best berada di luar negara ialah waktu sakit.

Bukan sakit hati,

tapi sakit fizikal.

Allahu, padahal sakitnya sikit tapi sebab duduk jauh beribu batu dengan mak, kesakitan tu berganda-ganda tambah tolak dengan beribu tadi (boleh imagine dok?)


Makanya, bersangka baiklah dengan semua ketentuanNya.

Yang belajar dalam negara pun ada pahit dan manis masing-masing,
dan
yang belajar di luar negara juga ada pahit dan manis masing-masing.

Tak sedap lah kalau kita nak tuding jari tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Kakak naqibah (usrah) saya pernah bilang;

"seseorang itu tidak akan pernah tahu keadaan kita pahit dan manisnya selagi mana dia tidak memakai kasut yang dipakai oleh kita".

Waallahu allam.



salah satu contoh makanan harian pelajar "oversea".
yang sedap-sedap di instgram tu biasanya sebulan sekali atau seminggu sekali
:)

p/s: doakan saya.

8 comments:

  1. Admin orang kelantan eh? Dekat peket serunding tulis hewhew

    ReplyDelete
  2. Betul admin..bab selalu kelaparan tu saya rasa haha..nak makan ayam kne masak snd je..xde option.. kadang2 makan sehari sekali je huhu..travel pun setahun sekali je pun..x menjadikan kita ni kerja berjalan sakan. Susah sepanjang tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. nanti balik malaysia confirm2 rindu kehidupan "menyeksakan" di oversea

      Delete
  3. 안녕 후배!
    Kipidap! Dongibab!
    Memori paling indah... buka puasa mkn gula2..kongsi dengan kawan Hahaha ㅅㅂㅅ

    ReplyDelete
    Replies
    1. 안녕하세요 ^^ 우리 선배인가요?? 몇기요?? ㅋㅋ 반갑다ㅏ

      Delete
  4. haha best pulak baca post ni. we share the same idea on this issue :)

    salam dari czech, nak datang sini bgtaw la eaaa.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah orang jauh ni! insyaallah ada rezeki :)

      salam dari keyell hehe

      Delete