Wednesday, October 21, 2015

Salah siapa.?

Assalamualaikum wbt..



Minggu lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu anjuran salah satu persatuan kelab di Korea.

Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menganjurkan majlis sebegitu rupa, dan sebenarnya banyak yang saya ingin bertanya dan mengutarakan pendapat, cumanya masa semasa forum yang singkat dan saya sendiri yang mempunyai tuntutan lain selepas program itu.


Apa yang dicoretkan di sini bukanlah mengenai program tersebut, tetapi sedikit sentapan tarbiyyah (gitu...) semasa saya di sana.

Di sana, saya berjumpa dengan seorang penulis ummah Kak Ummuhani, yang sekarang belajar di Korea. Beliau ialah seorang penulis yang sangat-sangat komit dalam bidang penulisan beliau. Rupanya.. "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Bapa beliau ialah seorang yang melibatkan diri dalam bidang penulisan. Dan saya yakin dan percaya, pembacaan ialah sesuatu yang diterapkan dalam pembinaan modal insan keluarga beliau.



Oh, bukan itu juga yang nak dicoretkan disini..

Apa yang nak dicoretkan  ialah, pertanyaan saya kepada beliau;
Pertanyaan saya yang membuatkan saya berfikir lama,

Kami berbual-bual semasa di booth jualan, kak ummu menjual buku-buku beliau, manakala saya menjual tudung dan shawl. Kami exchange ala-ala sistem barter gitu.. :)

Lokasi ; di tempat booth kak ummu

Me : akak, mana buku yang paling best akak nak rekomenkan?

K. Ummu: Yang ini kalau awk nak jadi penulis, yang buku ini paling latest. Bagi akak, buku ni paling best dan memberi kesan..

Me: Ooo (sambil membelek-belek). Pasal apa kak buku ni?

K. Ummu: buku ni pasal seorang non-Muslim yang jumpa Islam dan berdakwah dengan seluruh jiwa. akak sendiri ke sana untuk menemu ramah beliau.

Me: tapi akak. saya ni kalau beli buku memang beli, nak bacanya tu macam tak je.. asyik tengok handphone je.. salah sape akak.. salah fon ke salah saya?

K. ummu: Handphone(hp) tade buat salah pun.. tanya diri kita, kita nak ilmu ke tak. macam akk, akak setkan masa untuk membaca even sekejap je sehari. kita nak tambah ilmu kena la berkorban. tengok hp tu, kita scroll benda sama je kan.. yang salah ialah kita sendiri. kita cipta alasan untuk tidak membaca kerana adanya fon.. macam mana kita nak sampaikan ilmu kepada anak-anak jika rujukannya bukan dari buku, tetapi dari fon maklumat yang entah sahih ke tidak.

Me : (.......sentap....)

Allahu, macam mana nak gelar dai'e kalau baca buku pun malas oiiii.....!



Terima kasih atas teguran dan nasihat kak ummu hani, Allah beri teguran melalui akak.

Setiap bait-bait kata akak terkena dengan situasi saya, saya bukanlah seorang ibu lagi, saya tiada anak-anak macam akak.

Tapi saya ialah seorang kakak atau "mummy" kepada "Anak-anak" mad'u saya.
Saya ibarat emak kepada mereka.

Saya sepatutnya menjadi pembimbing kepada mereka.

Amat malulah saya sekiranya, saya hanya scroll fb, instagram dan twitter untuk baca apa yang ada dan likes viral news sahaja.

Alhamdulillah lepas kejadian tersebut, saya berjaya habiskan satu buku dalam seminggu lepas tu... (clap clap clap)


Buku karya beliau of course,

"NOORAH"

Nanti saya akan tulis review saya.

Sangat terkesan dan mempunyai ibrah yang mendalam!



Mengambil semangat dengan kerajinan orang Korea
membaca!

No comments:

Post a Comment