Thursday, October 1, 2015

Yongwonhan Chingu

Chingu.?

Yongwonghan.?


Besar maksud dan pengertian perkataan ni..untuk diriku.


2010

Aku bermula dari INTEC, aku bermula dari titik zero.

Korea, walau pada dasarnya aku allergic dan naik bosan dengan sikap segelintir orang Korea, dan suasana serta budayanya.. Sebenarnya negara Korea ni ialah tempat jatuh bangunnya diriku..


Di Korea, aku kenal erti cinta kepada makhluk, aku belajar cinta itu hanya kekal untuk yang Maha Esa, di Korea aku belajar erti cinta kepada makhluk juga, tetapi cinta yang dipanggil ukhuwwah.

Ukhuwwah, bukanlah sesenang diucap di bibir, bukanlah seringkas untuk diucap kepada sesiapa, ukhuwwah ini pengikat cinta dan kasih sesama jantina(perempuan dan perempuan). 

Mulai saat aku mengenal erti ukhuwwah, saat itu lah aku meninggalkan cinta kepada manusia, agungkan manusia yang bukan mahram. Saat aku menghidu harum dan manisnya ukhuwwah, saat itu aku meletakkan sepenuh hati untuk menyayangi mereka yakni akhawat(sisters).

Yongwonghan Chingu bererti Kawan ke Hujung Hayat.

Sama juga seperti Ukhuwwah. 

Ukhuwwah untuk bersama-sama di dunia dan semestinya di syurga nanti..

Di Korea juga, aku merasai pahit dan manisnya ukhuwwah.

Di Korea, aku senyum gembira dan menangis duka kerana ukhuwwah.

Ukhuwwah ibarat cinta kepada manusia.

Pernah suatu hari, adik usrah ku bertanya;


"akak, ukhuwwah ada bertepuk sebelah tangan tak?"


Pada mulanya, aku mengagak mana ada ukhuwwah sebelah tangan, cinta sebelah tangan ada lah. hehehe


Hakikatnya, yang dinamakan "ukhuwwah" juga bertepuk sebelah tangan.



2015.


Dakwah dan tarbiyyah banyak mengajarku mengenai perasaan hati jiwa dan perasaan.

Bagaimana aku selesaikan masalah hati? 
Dengan adanya tarbiyyah , dengan adanya akhawat.

Itulah kuncinya.



Yongwonhan Chingu- Ukhuwwah Fillah.


Ucapan dengan kata-kata ialah zero.

Ucapan dengan kata-kata dan hati dan perbuatan itulah ukhuwwah sebenar-benarnya.

Mana mungkin ada ukhuwwah yang bertepuk sebelah tangan, mana mungkin ada yang berkasih sayang kerana Allah tapi hanya satu pihak.  Kan? =)

Terima kasih untuk yang menyayangi diri ini seadanya kerana Allah dan terima kasih juga untuk yang membenci diri ini.


Dalam tarbiyyah, aku banyak belajar,

Aku tersenyum dan aku menangis kerananya.

Kerana aku tahu,

penghujungnya aku tetap manusia,

yang punyai satu


HATI.



No comments:

Post a Comment