Wednesday, March 23, 2016

Sayonara Hanguk- Kisah terakhir




Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirahim.

Ini kisah agak panjang dan menyerabutkan kepala sebenarnya.

Kisahnya ialah aku ini ialah seorang tour guide a.k.a Tua guard (TG) di Korea. Alang-alang belajar di Korea, plus ramai rakyat marhaen bercuti ke Korea, jadi aku pun menjebakkan diri juga dalam kerja-kerja ini.

Sejarahnya aku bermula sebagai TG pada cuti winter tahun Pertama di Korea, 2012. Masih teringat lagi, pasangan suami isteri dari KK, Sabah yang menjadi customer pertama. Hehe

Dari 2012 sampai awal Mac 2016, aku bekerja sebagai TG. Kiranya dah 4 tahun berpengalaman dah ni. Wah expert, kira boleh naik gaji la kan?

Pada mulanya, kerja bawah senior-senior je, bawa customer diorang. Lama kelamaan, semasa aku final year, aku berjinak-jinak buat pakej sendiri, gunakan pengalaman dari tahun 2012 sampai tahun 2014, belajar dengan senior-senior.
Sempat tu masa belajar, plus sempat buka travel company semasa final year.hehe Rinduuu zaman belajar dan zaman berbisnes.. (padahal baru 1 bulan tinggal)

Tanggal 24 Februari,

Pengalaman terburuk dalam sejarah kerja aku.. gituu..

Sebelum aku terkena peristiwa pahit ini, aku nak clearkan sesuatu dulu.

Siapa yang kenal , dan pernah jumpa, siapa yang pernah jadi customers aku tahu dan kenal siapa dan bagaimana peribadiku.

Prinsip aku senang, ikhlas dan jujur dalam perniagaan. (Ni prinsip abang sulungku sebenarnya)

Aku pernah berurusan dan handle kak Wardina safiyyah (kak dina) masa trip dia ke Korea tahun 2013, blogger famos amos( Kak suraya sulatin), orang-orang berkepentingan (VIP) (nama kena hide la privasi diorang), CEO company besar, engineer-engineer dari Petronas, Simedarby, lecturer, pernah berurusan dengan CEO Bella Ammara (Kak belle & Abg khalif) untuk perjumpaan di Itaewon, bukan trip Korea ye. Dan ramai lagi rakyat Malaysiaku yang tercinta.

Tapi, rupanya aku diuji kali terakhir sebelum aku meninggalkan Korea.

Dulu, semasa aku kenal usrah dan sebelum aku ditarbiyyah ISMA, aku ialah orang yang jenis SUKA MEMPERLI, MENGATA PERIBADI ORANG di alam social, terutamanya TWITTER. Tak puas hati, terus komen di twitter. Sikap yang tidak husnuzon, sikap yang tidak tabayyun aku sebelum aku betul-betul disapa tarbiyyah ISMA.

Di dalam ISMA, aku diajar mengenai husnuzon(bersangka baik), tabayyun (kepastian sahih dalam sesuatu perkara), redha dalam sesuatu ujian yang menimpa.

Eh tiba-tiba promote ISMA pulok.?

Okay okay nak cerita.

24 Februari 2016, ialah tarikh konvokesyen aku dan family aku turut sama meraikan hari besar aku di Korea.

Pada hari tersebut juga ialah hari ketibaan customer aku ke  Korea.

Around jam 5 petang camtu, aku dapat mesej dari dia marah-marah pasal trip ini. Semuanya salah aku. Dari A-Z..

Aku recheck balik mesej dan scroll semua dari first chatting kami, dan aku bagi mak aku baca mesej tu.

Mak cakap ini salah faham bukan salah aku 100%.

Mak mesti nak sebelahkan anak, kan?

Aku explain kat dia, minta maaf semua tapi semua ended up semuanya salah aku. Salah aku dimatanya.

Family ada bersama-sama aku, aku baru lepas habis majlis konvo, terus mood spoil. Aku sedih, aku tahan je nak nangis depan mak. Kalau aku nangis dan tunjuk aku sedih, orang tua lagi rasa kan? =//

Sampai di tempat kami menyewa, aku minta izin ke bilik untuk solat Asar, dan aku menangis sepuas-puasnya.

Aku menangis sebab apa.?

Sebab dia hina aku, dia cerita lain di FB dia, dia kutuk aku kaw-kaw punya. Seolah-olah aku tak amanah, aku tak jujur, aku MENIPU dalam perniagaan. Ini pantang sungguh.

Aku tak puas hati, aku printscreen semua mesej dan hantar kepada rakan rapat yakni akhawat.

Respons mereka sama. Agak meyakinkan yang ini bukanlah salah dari aku 100%. Yang penting, aku tidak seperti yang dia tulis dalam status dia.


The next day, aku dapat tahu rupanya dia ialah seorang “BILLIONAIRE” di Malaysia.

p/s: Hiperbola je ni.

Wow. Billionaire…

Aku recheck balik semua mesej sampai aku jumpa, pertanyaanku kepada dia,

“ Nak pakej bajet ke camne?”

“Pakej bajet-bajet je”------jawapan si dia si billionaire J

Aku tunjuk kat mak, mak senyum saje.. (aku tak tunjuk status fb dia, takut mak naik hangin hehehe)

Wow.

If you’re such a billionaire, let me know.

Let me know that you’re such a rich kid.

Let me know so that I can book THE MOST EXPENSIVE HOTEL, THE MOST EXPENSIVE LIMOUSINE, THE MOST EXPENSIVE RED CARPET EVEN THE MOST EXPENSIVE FOOD EVENTHO SINI SUSAH KOT NAK CARI MAKANAN HALAL SEBAB TU MAKAN IKAN SAYUR SOKMO

Bila customer cakap nak bajet, aku memang ada bajet sendiri, setiap orang ada bajet tersendiri per head.

Rupa-rupanya,

Bila scroll semua status dia, dia ialah seorang kanak-kanak.


Peace… J

p/s: untuk awak, saya tak simpan dendam langsung cumanya 1 pesan, udah udah ler mencipta dan menambah perisa dalam status. Jaga privasi as a women, as a Muslimah.

Walaupun aku dah bersara dan pulang balik ke Malaysia, travel masih berjalan seperti biasa, cumanya soalan untuk customer aku dah ubah sikit

“Nak pakej BAJET ke pakej BILLIONAIRE?”



Satu pesanan dan taujihat terbaik aku dapat daripada murobbiku;

This is the beginning. Inilah permulaan untuk aku berurusan dengan ramai manusia. Daie itu makananya ialah mad'u (manusia). Permulaan yang umur semakin dewasa, masalah bukan lagi masalah pasal pelajaran, tapi masalah dengan orang. Masalah dengan orang yang mempunyai pelbagai warna dan versi hati.


Rindulah, awak langit sonata




Moga bermanfaat.

Monday, March 21, 2016

Sayonara Hanguk - Episod 4



Assalamualaikum wbt.


Ketika entri ini ditulis, Alhamdulillah aku dah selamat sampai di rumahku syurgaku.
Alhamdulillah.

Walaupun perbezaan cuaca yang sangat-sangat berbeza, Malaysia sangat-sangat panas. Terkejut badan, nasib immune system masih kuat J

Jejak langkah 5 tahun mencari segulung ijazah, rupanya berbuahkan hasil yang lumayan di serikan dengan kehadiran sebuah hadiah yang tidak ternilai iaitu sebuah tarbiyyah. Tarbiyyah iaitu pendidikan, iaitu suatu proses perubahan. Subhanallah.

Teringat masa awal-awal sampai dahulu, 25 Februari 2011, masih terbayang-bayang keadaan diri sendiri pada masa itu.

Malu, segan dan menyesal.

Tapi, dengan perubahan demi perubahan yang dialami menjadikan pengembaraan di bumi sonata ini terasa begitu indah dan sayang untuk ditinggalkan.

Sehari sebelum meninggalkan bumi Korea, aku di hadiahi dengan kehadiran orang-orang yang baik. Orang Korea maksudku.

Mungkinkah kerana ini ialah hari terakhir, Dia mahu menghadiahi kepadaku.

Jujur untuk ku katakan, susah untuk merasai dengan orang Korea, tetapi tidak pada hari-hari terakhir.

Dari pakcik teksi, makcik di dalam train dan beberapa orang lagi..

Susah untuk aku lupakan penat jerih mencari makna kehidupan sebenar di bumi Korea.

Aku bermula daripada zero,
Aku juga peminat kpop,
Aku juga peminat drama Korea,
Aku juga menghabiskan masa-masa cuti marathon drama Korea,
Aku juga pernah terjerat dalam “kancah cinta monyet”,
Aku juga pernah mencuba pelbagai fesyen.

Rupanya, segala yang aku pernah itu tidak menjadikan aku makin MOLEK, tapi menjadikan aku makin teruk.

Rupanya, semua perkara yang aku pernah lakukan itu menjadikan aku KOSONG,
Jiwa aku KOSONG.
Perasaan aku gembira,
Tapi hati aku KOSONG.

Iman apatah lagi mungkin NEGATIF.

Aku ralik dengan twitter, instagram.
Chatting mana-mana lelaki di alam maya,
Chatting dengan senior di medan social.

Itulah aku,

DAHULUNYA.

Sampai aku benar-benar tersedar dan diberi peringatan demi peringatan olehNya,

Aku sayangkan KOREA,
Kerana di Korea,

Aku kenal Jahiliyyahku,
Dan di Korea jugalah aku kenal erti

PENDIDIKAN MENCARI MAKNA DIRI,
Iaitu TARBIYYAH..

Langkahku yang sebenar bermula pada semester dua 2013.

Saat itu, aku tersedar bahawasanya aku perlu mencari sesuatu, aku perlu berubah aku perlukan sesuatu di Korea.

Aku tidak gembira walaupun aku hampir dikenali oleh semua senior pada masa itu.
Aku malu dan menyesal..

Semester pertama 2014,

Aku mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit,
Aku mula mem”private”kan diriku di alam maya dan alam sebenar.

Aku mula menjarakkan kehidupan aktifku di alam maya, yang selalu terdedah dengan ikhtilat. Bila berikhtilat, maka hati aku pun jadi kosong.

Aku delete dan block kesemua lelaki yang bukan muhrim di alam twitter pada awalnya. Teringat satu mesej dari seorang senior lelaki,

“Nape ko block aku kt twitter eh?”

Terkedu nak jawab apa. Lama ku fikir,

“Oh, saya block semua lelaki kat twitter”.
Penuh sopan dan santun ku menjawab. Hoho

“Yeke.. aku tahu ko ikut benda tu.. hmm apa nama dia, usrah ke apa.. “

Ku menjawab;

“Haah, saya ikut usrah..”

“Memang dalam usrah, diajar suruh block lelaki ke, tak boleh berhubung dengan lelaki ke..?”

Pening kepala aku nak jawab. Bukan sorang, lebih dari seorang yang memperkotak-katikkan niat suci lagi murni aku ketika itu.. hmmmmm

Selepas selesai masalah di twitter, aku bergerak pula ke instagram.

Teringat lewat tahun 2010, awal tahun 2011, masa tu instagram hanya boleh diakses oleh pengguna Iphone sahaja, jadinya boleh dibilang je berapa kerat yang ada instagram. Boleh pulak aku jatuh ke perangkap ikhtilat di instagram pula.. Itulah diriku, sebelum betul-betul faham dan hadam makna tarbiyyah..

Di Instagram, aku aktif dan selalu berhubung dengan seorang ini. Dan dia juga seorang senior sewaktu aku menuntut di Korea.

Sampai waktu, semester 1 2014.
Aku nekad untuk delete akaun FB yang lama diganti akaun FB yang baru dimana kesemua kawan FB ialah perempuan yang dikenali..

Aku nekad matikan segala perhubungan maya dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Tak kira senior, junior mahupun kawan-kawan sekolah dahulu..

Dan sejujurnya, rasa tenang dan kehidupan selepas itu lah kehidupan sebenar aku.

Mungkin ditakdirkanNya, aku dipermudah semasa transfer degree ke Universiti.

Dan di university pula, aku dipertemukan dengan akhawat hebat dan qawiy, aku gelarkan dia unni(kakak) sahaja.

Di uni, kami sering keluar bersama-sama, makan, mengopi, study sambil lewat malam, kadang-kadang selepas Subuh keluar ke library, mathurat ow ke library.

Hidup aku betul-betul ditarbiyyah ketika berada di uni tahun 2014.

Fokus untuk dakwah dan tarbiyyah.

Kepada unni, aku luahkan segala perit jerih penat lelah mengejar adik-adik baru untuk join usrah.

Kepada unni, aku luahkan segala perkara yang terbuku di dalam hati.

Kepada unni, aku ceritakan segala-galanya.

Ku sangkakan langit itu sentiasa Indah, rupanya hujan akan menutupi langit indah itu.

Selepas unni grad awal 2015, aku tinggal seorang diri untuk survive di uni selama 1 tahun.

Tiada lagi peneman saat suka duka di uni.

Pada awalnya, aku selalu menangis dan menangis. Kekadang aku ke padang, tempat favorite kami setiap petang bersiar-siar sambil mendengar hafazan masing-masing dan sambil baca mathurat ataupun sambil meluahkan kepenatan berdakwah di Korea.

Aku menangis sampaikan hampir tiada selera makan.

Aku berjalan seorang diri, aku makan di dewan asrama seorang diri, aku ke library seorang diri, aku ke coffee shop Gongcha seorang diri, aku ke kimbab chonguk seorang diri.

Rutin yang dirasakan janggal, lama kelamaan tidak lagi terasa janggal.

Walaupun semuanya dibuat keseorangan, tapi aku dan unni selalu berhubungan. Paling lama seminggu sekali, tidak pernah putus hubungan masyaallah.

Semua yang terjadi di Korea diluahkan kepadanya, suka mahupun duka..Aku tidak punyai kakak kandung, tetapi dengan dia ibarat atau lebih daripada hubungan kekeluargaan. Itulah ukhuwwah kerana Allah.. Jazakillahu kheir unni.

Jadi itulah serba sedikit mengenai kehidupa yang “tidak akan dilupakan” di Korea.

Aku kenal erti jahiliyyah di Korea,

Aku kenal erti tarbiyyah di Korea,

Aku kenal erti Ukhuwwah di Korea,

Aku kenal erti kehidupan di Korea.

Mana mungkin aku mampu lupakan Korea.?

Kerna di Korea,

PENCARIAN MENCARI SEGULUNG IJAZAH, DI BUMI SONATA TERJUMPA SEBUAH TARBIYYAH.



P/s: Semua cerita silam akan diungkap dalam buku yang sedang ditulis. Mohon doakan J

Sunday, March 20, 2016

Sayonara Hanguk Episod 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


24 Februari 2011

Tarikh keramat, batch 11 seramai 44 orang terbang jauh ke Korea Selatan.

Sesampai di Korea, terus kena orientasi dengan senior-senior. Suka la senior kitorang sikit, senior ramai kan.?

Itu cerita cinta cintun 5 tahun lepas.


24 Februari 2016

Tarikh keramat, selepas 5 tahun berhempas pulas (yeke) menghabiskan pengajian ijazah di negara orang, tarikh keramat ulang tahun ke lima ialah tarikh graduasi diri sendiri.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagimu..

Bukan senang untuk survive di negara orang, terlalu susah dan perit menelan segala kerenah dan peel manusia bergelar Korean ini.
Yang nampak di dalam drama dan filem itu hanyalah drama semata-mata.

Realitinya sangat-sangat perit, tapi dalam masa sama aku pasti rindukan mereka juga, orang Korea.

Rahsia macam mana boleh survive di Korea.?

1. Doa dan doa daripada ibu bapa dan keluarga

Mereka lah penguat di saat-saat hampir jatuh.
Aku sampai di Korea kurang sebulan terus masuk wad 2 minggu atas masalah kesihatan.
Ingat lagi saat-saat itu, mak call aku yang nangis lebih nak balik masuk wad di Korea lagi sakit.

Dia cool dalam telefon, rupanya dia nangis juga.


2. Sahabat di sisi

Adanya sahabat yang hebat subhanallah di kala sedih dan gembira. Di kala ups dan downs. Masih teringat mereka sanggup bergilir-gilir menjagaku di hospital walhal waktu tersebut ialah waktu peperiksaan. Moga Allah balas jasa baik kalian.


3. Tarbiyyah bukan penghalang, tetapi penguat

Percayalah. Tarbiyyah ialah penguat dalam segalanya. Tarbiyyah bukan penghalang.

Usrah lah yang menyelamatkan ku daripada pelbagai bencana di Korea.
Di luar negara, tiada ibu bapa, tiada adik beradik. Semuanya terletak di dalam akal fikiran kita.
Tiada siapa akan menghalang segala tindak tanduk kita.

Jangan pernah tinggalkan tarbiyyah.

Belajar di luar negara akan jadi lagi seronok dan bermakna bila kita menggapai dua benda;

Ijazah,

Tarbiyyah diri.





Bsc Chemical Engineering
Sungyunkwan University