Wednesday, August 1, 2018

Bahagiakah kita?

Assalamualaikum wbt


Entah kenapa kebelakangan ini, perkataan kebahagiaan, kegembiraan, begitu banyak kali aku ucapkan samada kepada diri sendiri atau kepada rakan-rakan. 

Dulu masa belajar, tak kira PMR, SPM, masa zaman universiti aku tak pernah fikir secara mendalam mengenai erti kegembiraan sebenar. 

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa itu erti gembira dan bahagia? 


Aku ni hidup gembira ke? 
Bahagia ke? 

Aku ada baca satu buku, dari penulis terkenal dan misteri bertajuk IMPIAN JALANAN. 

Entah kenapa banyak entri-entri dalam buku tersebut mengenai aku sendiri. 

Bermula dengan kisah masuk uniqlo dan zara ambil baju dan solat. Haha 

Dulu tempat kegemaran nak tumpang solat di Korea ialah ZARA Myeongdong, ambil baju banyak-banyak, dan masuk fitting room. 

Dulu aku sibuk kejar masa assignment, kejar deadline team project, kerja part time lagi, meeting sana sini sampai junior-junior panggil aku menteri besar. 

Habis kelas jam 10pagi terus pergi Seoul naik bas sejam cari fabrik untuk buat tudung, pergi jahit tudung, pergi mengajar mengaji anak orang Kedutaan, meeting/usrah, meeting bulanan dan banyak lagi. 

Masa tu duit pun cukup-cukup je, pakai dan makan apa yang ada, tapi entah kenapa aku rasakan time tu paling gembira walaupun penat dan tak cukup kaki nak melangkah. 

Bila kerja, duit banyak makan pakai terlebih, entah kenapa aku rasakan tidak tenang, dan tidak gembira. 

Bila bekerja, aku travel ke sana ke mari bukan lagi ekonomi class, kadang-kadang syarikat bagi aku first class, business class dan memewahkan aku. Hotel, penginapan dan semuanya bertaraf lima bintang, semuanya mewah dan bisnes class. 

Mulanya aku seronok hidup sebegitu, tapi lama kelamaan aku rasakan aku semakin jauh dengan zuhud? 

Aku rindukan travel bersempit-sempit, travel duduk ekonomi seat, travel makan tak cukup, travel kena jalan jauh, travel duduk motel/guesthouse yang paling bajet sekali (paling seram sekali), travel bawa backpack.... 

Sebab kesusahan mengajar aku erti bersyukur. 


Baru aku perasan, dulu aku susah. Susah berada di Korea, susah makan minum, nak cari ayam dan daging halal kena naik Seoul (naik bas dalam 1 jam perjalanan), susah berjauhan dengan mak ayah (rindu setiap kali raya tak dapat balik), susah nak solat (masjid 1 sahaja di Itaewon), susah nak adapt dengan subjek subjek dalam Korea. 

Tapi semua itu yang buatkan aku bersyukur, cukup, dan rasa happy sangat. 


Bukanlah nak cakap aku tak happy sekarang, tapi terlalu bersenang lenang dan mewah-mewahan menjadikan  aku tidak lagi menghargai konsep syukur. 

Sebab bila aku tak rasa syukur, aku tak rasa nak berterima kasih kepada YANG MAHA PEMBERI SEGALA NIKMAT. 

" Aku rindu nak jadi budak-budak semula. Time tu aku takda masalah, time tu aku boleh happy...." 

"..sebab perkara yang buat kita happy masa kita masih kanak-kanak itulah our pure happiness. Sebab happiness kita pada masa itu tak terikat pada tanggungjawab dan stress dunia"

Dulu, zaman kanak-kanak kita tak ada duit nak beli aiskrim tapi kita happy. 

Kita rasa exam kita paling susah, tapi kita happy juga. 

Kita rasa FYP kita lah masalah paling besar di dunia, tapi kita still Happy. 


Bila meningkat dewasa, keputusan demi keputusan yang besar kita kena buat sendiri-sendiri. 

Bukan lagi keputusan nak ambil major apa, bukan lagi keputusan nak masuk universiti mana, bukan lagi keputusan nak jadi apa bila graduasi. 

Tapi lebih kepada keputusan untuk memilih masa depan, 

Keputusan untuk memilih antara kaca atau pertama, 

Keputusan untuk memilah antara pembimbing atau sebaliknya, 

Keputusan untuk memilih antara cinta atau tidak, 

Keputusan untuk memilih berkorban atau pentingkan diri sendiri. 


Dewasa, 

bukan lagi keputusan yang dibuat ialah keputusan main-main, 

tapi lebih kepada keputusan samada membahagiakan atau sebaliknya. 


Siapa yang baca ini mohon doakan semoga keputusan yang aku buat ialah keputusan bahagia bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk semua orang :) 


p/s: Kadang aku terfikir untuk bawa diri untuk travel jauh ke pelusuk dunia, untuk rasai kesusahan balik untuk rasai lebih bersyukur supaya aku hargai setiap masa dan detik yang aku ada. 


2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan awak ye. Aaaamin.

    ReplyDelete
  2. Adulthood comes with responsibilities. I am struggling too, may Allah help and ease our lives :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete