Saturday, August 24, 2019

Umrah Pertama di bulan Ramadhan (Bahagian 1)

Assalamualaikum wbt.


Untuk kawan-kawan yang baca blog ni yang follow aku di sosial media, pasti tahu yang bulan puasa haritu aku dijemput ke rumah Allah.

Tanggal 23 Ramadhan 1440Hijrah, aku bersama-sama ibu bapa dan adik perempuan ku (merangkap yang masih single mingle dalam adik beradik kami) diberikan peluang untuk ke 2 Tanah Haram (Haramain) iaitu Mekah dan Madinah. Pemergian kami ini ditaja khas oleh penaja FA&MA (Father & Mother). Alhamdulillah.


copy gambar sahabat:)

Niat nak pergi Mekah dah lama ada, masa belajar lagi. Rasa “jelaous” sangat sangat tengok kawan-kawan muda mudi dapat tunaikan umrah dan haji. Antara doa yang selalu aku kirimkan dekat mereka yang sampai ke Tanah Suci Mekah ialah semoga diri ini juga dipermudahkan dan berpeluang juga ke Mekah selain doa-doa wajib lain(well, all the single ladies out there should know what kind of doa right?) Awal tahun 2019, entah kenapa rasa membuak-buak nak ke Tanah Suci, tengok kalendar cuti sekolah adik & cuti kerja, tarikh yang paling sesuai ialah masa bulan puasa dan awal Syawal. Sebenarnya, awal tahun 2016 lagi after balik dari Korea lepas grad bulan 3, mak pernah ajak pergi buat umrah sebab masa itu tak kerja lagi, tapi entah kenapa masa tu “rasa” tu belum datang. Tak tahu macam mana nak explain, tapi kali ni 2019 “rasa” yang takde tu membuak-buak dan rindu nak ke Tanah Suci walau tak pernah jejak. Hari-hari dok skrol gambar Tanah Haram dan baca pengalaman-pengalaman orang yang pernah jejak ke sana. Nak dijadikan cerita sebab aku pun tengah sambung masters, kebetulan tarikh pemergian aku tu tak ganggu kelas, nampak tak Allah bagi smooth perjalanan kami untuk ke sana. 

Pertengahan Januari, kebetulan masa tu berada di kampung dan terus berbincang dengan family & diorang semua ok dengan tarikh yang dicadangkan iaitu hujung Ramadhan dan Awal Syawal. Balik KL terus bincang dengan team leader dan rakan sekerja sebab kena persetujuan mereka supaya cuti semasa raya tu diberikan kepadaku. 
다들 진심으로 고마웠음 . Almost sebulan juga baru dapat jawapan dari pihak atasan.


*Sebenarnya ada story juga di sebalik ini. Ada a few ujian juga la sebelum dapat book betul-betul pakej hujung Ramadhan & Syawal sebab pakej almost sold out dan harga pakej yang agak mahal banding bulan-bulan biasa. Pakej yang dipersetujui oleh kami sekeluarga ialah pakej yang paling murah di antara pakej-pakej lain iaitu pakej bawah 10K, tapi ada berlaku miscommunication sikit di sini bila ayahku salah faham dan bila dia berurusan dengan ejen di KB, orang sana bagitahu pakej bawah 10k dah habis, tinggal yang 11k dan ke atas. Jadi, diorang taknak la pakej mahal dan call aku cakap kita postpone lah umrah Ramadhan sebab harga agak mahal untuk proceed.
Tapi aku tetap tak puas hati sebab aku dah pernah call akak ejen tersebut dan dia sendiri cakap masih ada seat untuk pakej bawah 10k. Faham tak jalan cerita ni? Haha

Aku berkomunikasi dengan phone sahaja dengan akak ejen di KB sebab aku kerja di luar KB dan aku serahkan kepada mak ayah untuk pergi ke ofis mereka. Jadi ada 3 ways of communication here. Akak ejen itu pulak salah faham adoii.

So after ayah bagitahu dia taknak proceed sebab harga mahal, aku terus call akak ejen tu cakap ayah datang tadi dan pihak mereka cakap pakej dah habis. Rupanya akak tu dah simpan siap-siap 4 seat terakhir untuk aku dah. Cumanya dia tak tahu yang datang tadi adalah ayah aku, dia ingatkan orang lain, jadi dia cakap seat untuk pakej bawah 10k dah habis. Huhu faham tak perasaan dia camne? 
Then aku cepat-cepat call ayah aku dan explain semua yang seat untuk kita semua dah disimpan. So keesokan harinya, ayah aku pergi ke HQ ofis sekali lagi untuk terus bayar booking dan ta—daaaa dah confirm dan booking siap. (awal bulan 3 all things settled, dan tarikh kami ke Tanah Suci ialah 27 Mei-8 Jun)

Story kedua ialah sepanjang konflik miscommunication pasal nak booking pakej ni,
I was in a very difficult situation gituuu. hahaha

Aku takleh (taknak) cerita panjang-panjang, cumanya aku sujud syukur sebab hari yang sama aku diuji dengan manusia, Allah kutip aku balik dan kurniakan rezeki untuk aku jejak Rumah Dia. I was a bit broken, tapi Allah tu sangat Maha Penyayang. Dia heal aku dengan hadiah yang sangat-sangat bermakna. I cried all the days, bengkak mata sis tau :D

"Two different news, antara cinta kepada manusia dan cinta kepada Tuhan. Nyata Cinta kepada Tuhan itu tidak pernah mengecewakan."

Bulan 3 pula aku baru start semester pertama masters (part time), on alternative weekend, jadi masa nak prepare for umrah, dengan kelas lagi hujung minggu quite struggle juga lah. Dan aku kena minta ejen tukar tarikh kursus umrah sebab clash dengan waktu kelas. Nasib baik ejen tersebut sangat ok. Sempat juga aku grab buku berkaitan umrah di MPH dan start baca mengenai pengalaman-pengalaman orang lain.

Aku dulu sebelum jejak Haramain, nak pusing dunia dulu nak pergi UK, US, Swiss, Turki, Spain dan banyak lagi Negara omputih lain yang lawa-lawa tu, wallahi tak pernah ada dalam list dan tak pernah berimpian untuk ke Tanah Suci Mekah, dan Madinah :( 

Kalau lah “rasa” tu dah lama ada, pasti aku dah banyak kali ke Mekah. Tapi takpe, ada hikmah dan sebab yang manis untuk semua ini.

Jadi jom niatkan dalam hati nak jejak Tanah Suci Mekah. “Umur sekian-sekian, aku nak jejak Tanah Suci dengan family, maka permudahkanlah”- (contoh). Jemputan ke Mekah ni bukan untuk orang yang alim, solehah, dsb, tapi jemputan ke Tanah Suci ialah untuk pendosa (kita semua), untuk sucikan dosa-dosa yang terlalu banyak. Tiada istilah “aku nak kena alim/soleh/warak/syumul dulu baru nak g Umrah/Haji”, sebab kita tak tahu pun bila masa kita akan jadi seperti itu, kan? 

Usia muda, ada rezeki lebih, ada cuti, azamkan nak jejak Tanah Suci Mekah.
Jom niatkan dalam hati & tanam azam nak jadikan Kota Suci Mekah tempat paling banyak kali kita boleh pergi sepanjang hidup, insyaallah.

because... The feeling was different, the feeling was real. 
Umrah itu sangat memenatkan rupanya, tapi puas hati!!

Nak saie 7 kali Safa-Marwah penat wallahi serius! 

Okay sampai sini dulu, insyallah aku nak kongsikan semua kisah dan pengalaman manis aku sepanjang di sana. Ujian sakit seawal di dalam flight, ukhuwwah tercipta di Haramain, pengalaman berpuasa di Madinah dan Mekah, pengalaman solat sunat Aidilfitri, pengalaman beraya di rumah orang Arab di Tanah Suci dan tips umrah di usia muda.

Semoga bermanfaat!



No comments:

Post a Comment