Assalamualaikum
wbt.
Sejuknya kat sini.. (eh, kat mana tu?)
Alhamdulillah maka berakhirlah 출장 kali ke-2.
Tup tap tup tap dah masuk bulan ke-3 kerja di sini.
(jangan tanya di mana, rahsia besar kerajaan :p)
Sebabkan meeting terhabis awal harini, lepas lunch
jalan-jalan sekejap di Jeju, sini winter maghrib awal, jam 6 petang dah gelap..
Boringnya la hai dok kat hotel, so apa lagi keluar
lerr. Coffee shop!
After 3 months tak pernah lepak coffee shop mana2
di KL, sini memang coffee shop memangil-mangil~................ can't resist
the seruan.. (bukannya selalu kan :(.... #bukanboros #bukanpelajarlagi
#pekerjaboros?
Favorite and cozy coffee shop goes to Twosome
Place!
30 November 2016
Nak share mengenai pengalaman naik flight yang
first time in my life ever (harap-harap first and last).
Scariest flight ever.
Kalau dulu, saya sangat excited nak fly,
rasa cam wah "esok flight nak g overseas, excitednya."
Tapi lepas kejadian beberapa hari lepas, sampai
sekarang saya tak mampu nak fikir macam mana nak balik Malaysia esok.
Trauma. Fobia. Menggeletar seluruh badan bila flight
speed up 100km/h nak elak turbulence, naik turun naik
turun macam roller coaster (in fact, i hate ride roller coaster
etc). Everyone started to scream....T__T
Rasa macam hidup semula....
비행기 타기 싫어진다......
Tapi, betullah bila ingat mati, rasa dekat dengan
mati boleh memberikan keinsafan segera.
Agak-agak dalam kehidupan yang kita (saya) lalui
ni, boleh terkira tak berapa banyak dosa dan pahala kita buat?
Tak...kan..
Untuk rasa mampu masuk syurga pun rasa tak
mungkin.. T___T
Teringat bacaan mengenai syurga & neraka sangat
menginsafkan dan menakutkan.
Buku dimulai dengan gambaran-gambaran neraka yang
bagaikan "makhluk" memanggil-manggil dan tidak pernah puas untuk
menyeksa manusia.
Manakala gambaran syurga pula,
dipenuhi keindahan yang tidak dapat dibayangkan, cuma pembacaan terhenti
terkelu bila mana ganjaran untuk penghuni syurga ialah dapat melihat
"wajah" Tuhan Sekalian Alam, di mana tidak ada satu orang pun yang
pernah melihatNya, hatta Rasulullah SAW sekalipun.
Nikmat teragung untuk penghuni
syurgaNya. T_____T
Bila baca dan baca makin takut
akan dosa yang pernah dibuat, mampukah untuk jadi seorang penghuni syurga,
paling tidak mampu kah untuk bawa ahli keluarga bersama-sama menjadi penghuni
syurga.
Pengakhiran pembacaan, disedarkan
kepada manusia untuk bermuhasabah bahawa di akhirat kelak nisbah 1000:999 akan
dihumban ke neraka. T__T
Maksudnya dalam 1000 orang, hanya
1orang sahaja yang layak ke syurga selepas ditimbang berat dosa & pahala.
Scary...
Layakkah saya dan keluarga,
rakan-rakan, dan semua yang ku kenal termasuk dalam nisbah 1orang tersebut?
Jom kita sama-sama muhasabah
diri, mati boleh jadi bila-bila masa,mungkin hari ini, mungkin esok tapi
hakikatnya MATI ITU PASTI.
Orang yang dah MATI beria-ia
untuk hidup kembali nak tebus masa yang disia-sia semasa hidup ㅠㅠ
Allah, ampunilah segala dosaku, keluargaku,
sahabatku dan yang membaca ini. Ampuni kami dan rahmatilah kami.
p/s: Tiap kali dapat jejak kaki ke bumi tempat membesar dulu, perasaan membuak-buak nak duduk sini lama-lama, nak jumpa semua orang, nak pergi semua tempat, nak pergi uni, jumpa prof, cikgu-cikgu dan ramai lagi....
Jeju City, KR
1847/ 2 Disember 2016
No comments:
Post a Comment