Sunday, August 25, 2019

Umrah Pertama di bulan Ramadhan (Bahagian 2)


Assalamualaikum #gaiss


Bahagian 2 ini nak cerita persediaan sebelum berangkat ke umrah dan beberapa perkara yang jemaah wanita kena take note sebab kita kan special case sikit berbanding jemaah lelaki.

Seperti persediaan untuk ke Negara-negara lain, kita mesti ada check list item kan bila kita nak berkunjung ke Negara yang kita tak pernah pergi. Tapi yang bezanya, untuk umrah ni, ianya bukan sekadar “melancong” ke luar Negara semata-mata, tapi ianya adalah pergi yang untuk mendapatkan sesuatu, iaitu keampunan daripada Allah SWT dan sudah tentulah untuk nak mendapatkan umrah yang mabrur.

Saturday, August 24, 2019

Umrah Pertama di bulan Ramadhan (Bahagian 1)

Assalamualaikum wbt.


Untuk kawan-kawan yang baca blog ni yang follow aku di sosial media, pasti tahu yang bulan puasa haritu aku dijemput ke rumah Allah.

Tanggal 23 Ramadhan 1440Hijrah, aku bersama-sama ibu bapa dan adik perempuan ku (merangkap yang masih single mingle dalam adik beradik kami) diberikan peluang untuk ke 2 Tanah Haram (Haramain) iaitu Mekah dan Madinah. Pemergian kami ini ditaja khas oleh penaja FA&MA (Father & Mother). Alhamdulillah.

Saturday, March 9, 2019

A LETTER TO MYSELF

Assalamualaikum all



and Hello March! Eh cepatnya dah bulan tiga, rasa baru mengarang untuk tahun baru haritu :P


Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat iman dan nikmat Islam, dan juga atas segala nikmat yang tak terhingga. Nikmat-nikmat kecil seperti nikmat makan, minum, hatta nikmat mampu berjalan dengan sempurna juga merupakan nikmat yang tak terhingga. 

Monday, December 31, 2018

#26 LESSONS LEARNT

Assalamualaikum wbt. 


Okay, so how's your 2018?

It has been a very great year filled with ups and downs of 2018 for me so far alhamdulillah. Of course I will not share about what happened every single things here but let me share the lessons that I got from the things that I faced for past 2018. It involved personal life, career, love, and yeah so shall we begin now.?

Wednesday, August 1, 2018

Bahagiakah kita?

Assalamualaikum wbt


Entah kenapa kebelakangan ini, perkataan kebahagiaan, kegembiraan, begitu banyak kali aku ucapkan samada kepada diri sendiri atau kepada rakan-rakan. 

Dulu masa belajar, tak kira PMR, SPM, masa zaman universiti aku tak pernah fikir secara mendalam mengenai erti kegembiraan sebenar. 

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa itu erti gembira dan bahagia? 

Friday, June 1, 2018

DUA PULUH LIMA

Assalamualaikum.

Lepas hampir setahun, akhirnya aku masih hidup di dunia blog.

Rindunya nak blog selalu-selalu macam dulu-dulu.

Cepatnya masa berlalu, dan banyak juga pengalaman yang dikutip sepanjang setahun ini.
Tapi ni bukan poin post ini.

Dua puluh lima. 25.
25 tahun.

Dua lima tahun cepatnya anda berlalu. Ketika pos ini ditulis, #masih 25 haha agak emo untuk habiskan zaman dan baki-baki umur ini.

Umur kegemaran!


Thursday, March 1, 2018

Hinakah Secebis Kain Ini?

Assalamualaikum! 

Hampir setahun dan tadaa I am back hehe

Sebenarnya banyak je post dalam draft tu, kita kasi peram lama-lama baru publish. (alasan sangat)