Monday, June 15, 2015

Tulipa Markies


Assalamualaikum wbt 



P/S: Dialog buatan sendiri tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada


Keluhan seorang pelajar;


A: Susah la nak buat soalan ni pun ambil masa 2~3jam..

B: Huish lama sungguh 2~3 jam. ko ngadap buku ke ngadap benda lain?

A: aku buat soalan sambil tengok drama, sambil balas komen kt Fb.. tengok apa viral news kt fb kalau study saje, boring laa.... 

B: oooo.. patula ambik masa lamaa.. ada "benda" lain amek masa mung...

A: GAPO???!!

B: Ish mung ni....xdokk ehh, baca doh doa tadi. Niat pun niat doh



Haaa. gituuuu



Pernah tak kita imbas balik perlakuan kita yang kita dok buat sehari-hari selari dengan  niat kita.?

Semua orang boleh claim dia niat belajar kerana Allah, niat nak cemerlang kerana Allah.

Tapi, pernah tak kita rewind balik perbuatan kita tu?



Jadi, sempena demam final exam sekarang ini di Bumi Sonata (i had finished three paper, have two more), saya akan kongsikan beberapa tips "belajar kerana Allah". Supaya kita bukan sahaja dapat keberkatan belajar sendiri malah pahala berganda-ganda insyaallah. Amin


Pertama sekali ialah
Tahu tujuan kita belajar. 
The main core terletak di sini, kita kena tahu untuk apa kita dipilih datang ke Korea, kalau bukan untuk belajar. Tapi jangan salah faham 24/7 belajar pulok huhu (dalam entri Mahasiswa Perfect 10 saya akan kongsikan the real Mahasiswa Perfect 10 ).


HAKIKAT,
Belajar di Korea bukanlah sesenang, saya pun mengalami benda yang sama. Kesusahan kepayahan, ke"reject'an Korean dengan foreigners dan sebagainya.
Walaupun kita kurang minat dengan subjek yang diambil sekarang, at least ingat balik kesungguhan kita untuk dapatkan result bagus semasa SPM dulu.. 

Jadikan tujuan asal kita di sini sebagai asbab untuk kita mendalami kos kita sekarang.. 

Bila kita letakkan tujuan duniawi sahaja contohnya, belajar untuk dapat gaji besar, belajar untuk dapatkan segulung ijazah, belajar sebab dapat scholarship, belajar sebab suruhan mak ayah, 

Semua tu betul je, takde yang salah. Cumanya rasa penat, lelah, bosan sebab bila dapat hasilnya kita takde pengakhiran kepada kenapa perlu kita menuntut ilmu dalam konteks Islam sebenar..



Kedua ialah, 

Letakkan niat belajar seiring dan sejalan.

Macam mana?

Cara belajar kita mestilah selaras dengan niat yang kita tanamkan dalam hati.

Kita claim "niat belajar kerana Allah", tetapi jalan kepada belajar tersebut dipenuhi dengan onak berliku (drama Kpop, drama Mpop ke dan sebagainya). 

Cuba bagitahu apa keuntungan/benefit menonton drama yang sudah pasti ada adegan-adegan yang memang tidak selari dengan tindak tanduk Islam.? 

Mungkin ada yang akan jawap "supaya study takde ngantuk sangat, nanti ngantuk tido pulok"

Cuba tanya, 
Berapa ramai yang menonton Filem-filem yang 1000 kali lebih bermanfaat sepeti Omar Series, drama-drama keagaamaan yang sudah tentu mempunyai berjuta kali ganda manfaat.? 

P/S: Sape nak list filem drama Islamik boleh pm saya yer :)


Jadi, bila mana jalan kepada niat yang kita cakap tadi sudah tidak betul, maka hasilnya sudah pasti kurang betul. 


Semua orang mampu dapat result gempaksss flying color colorful,
tapi bukan semua orang mampu dapat result yang berkat. Subhanallah T____T


Jadi kat sini, saya nak share few tips supaya "belajar seiring dengan Niat" yang  kita dok claim dari time UPSR sampai leni in a correct ways, insyaallah


TIPS HOW TO STUDY FOR THE SAKE OF JANNAH


1. Jangan pernah sekali ambil ringan perintah agama

Paling senang ialah solat.. Nak-nak solat subuh di Korea ni makin awal sebab summer. 
Amat sedih kita 열심히(bersungguh-sungguh) untuk peperiksaan dunia, tapi tak prepare apa untuk peperiksaan abadi. Sebab mudah, untuk peperiksaan di Mahsyar kelak kita takde tarikh lagi, jadi tak perlu preparation pun.... :((((


Jaga solat, Allah pasti jaga kita.


2. Usaha:Tawakkal. Ratio 1:1

Usaha dan tawakkal ibarat dua pasangan yang saling memerlukan.
Takde satu rasa rindu, kan kan 아는척하자 ㅋㅋ

Sebanyak mana usaha kita, jangan lupa tawakkal kita.
Sebanyak mana tawakkal kita, jangan lupa usaha kita.


Usaha tangga kejayaan..?

Saya rasa nak ubah "usaha dan tawakkal tangga kejaayaan"

;)





Sebelum pergi jauh ke entri yang lain, dengan seikhlas hati saya nak ucapkan

"Salam Imtihan, 
Mumtaz untuk Ummah"

kepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan ini especially.
dan di mana-mana jua! 






Semoga entri ini bermanfaat.
Biiznillah

No comments:

Post a Comment