Sunday, June 21, 2015

MOM'S NOT LIVING HERE!

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghabiskan puasa di hari keempat.

A bit busy days after exam.

Ingatkan boleh relaks update blog sokmo, tapi nak bukak laptop pun x sempat.


So, sementara tunggu untuk sahur, idea mencurah-curah ke ladang gandum (erm koko krunch sedapnya)


Hari ni (Ahad) consider as hari ni la even dah masuk Isnin hehe

Disebabkan saya tinggal di asrama yang disediakan universiti, rules asrama ni ialah
setiap semester break kena check-out (For those yang balik kampung, or for those yang stay di Korea).





Ini lah rupa dormitory saya di SKKU.
Thanks to my scholar for sponsorship :D



Al kisahnya, saya akan stay di sini for the whole semester insyallah.

Maka hari ini ialah hari check-out for bilik lama and then check-in for bilik baru.

Makanya sesi memunggah barang, mengangkut kotak-kotak berlakulah.

Drama dipijak kotak 20kg, drama kuku berdarah, tangan berdarah dan sebagainya.

OK, apa yang saya nak share di sini ialah,


"K-drama" yang berlaku di depan mata saya hehe

Melihat kesungguhan mak ayah warga tempatan (read: korean la siapa lagi), datang awal lagi kemas barang-barang, angkut punggah barang anak kesayangan mereka membuatkan diri terdetik sekejap dalam hati


"pengorbanan mak ayah"

Tipu lah tak de perasaan cemburu tengok both parents datang asrama kemas bilik, tolong pindah dan sebagainya. Cemburu je bila mana tengok their family semua datang tolong kemaskan.
Cemburu sangat-sangat.

Sedang kami, foreign student sini we do things all by ourselves from zero to....HERO? (hehe)

Ada yang patah pinggang(over sikit), maksudnya sakit pinggang, tangan berdarah tak sedar dan sebagainya.

Betul lah, kasih ibu kasih bapa membawa ke syurga.
Pengorbanan mereka terhadap kita terrrrlau dan terrrlalu banyak, in which kita takkan dapat balas pun.. Allahu


Tapi bila mana melihat "pengorbanan" mereka yang bersungguh dan berpenat lelah usung kotak naik ke tingkat 10, dan at the same time anaknya kat tepi main game dan takde sekelumit perasaan pun nak tolong mak dia membuatkan saya naik angin jugak sekejap.


Dan saya baru dapat info dari sahabat saya,
fakta yang bukan calang-calang orang tinggal di dormitory ini sebenarnya huhu
Selain pointer kena tinggi, dormitory ini ialah antara yang paling mahal di antara yang lain (ok terkezuttt)


Teringat pengalaman yang diceritakan kawan sendiri,

camne sorang mak sanggup buat apa sahaja untuk anak kan.
datang asrama mop lantai, kemas katil. anak nya tak yah buat apa-apa atas alasan anak dah penat belajar. kemas mengemas mop mengemop kerja mak...

Subhanallah, kasih ibu..


Maka jadilah begitu rupanya.
Pengalaman saya sendiri satu bilik dengan warga tempatan juga bukanlah memori indah tapi satu ibrah besar buat diri ini. (ok xnak ingat)


Yea, we foreign students fortunately/unfortunately have to be double triple independant more than them.

Weols simpan barang-barang sendiri, kemasa sendiri, cuci tandas sendiri, buang sampah sendiri.
Beli kotak sendiri, angkut kotak sendiri, usung sendiri. (imagine harta pusaka pelajar Malaysia banyak mana pulok ;p)






panorama dari bilik sebelum check-in


dear junior, sori akak pinjam gambar awk jap :p




Because we know, in reality

our mom's not here.

Mom's not living here.


Living with them (read: korean) made me realise just because you're really good in study, other things are your mom's job.

Datang asrama lenggang tak buat apa, mak penat-penat punggah barang kat belakang.

Just because you're excellent in study.


Saya tak tahu cara didikan mereka macam mana wallahu allam.


Tapi, cara didik ayah saya bukan macam tu.


Biasa lah, memori dengan ayah ni kurang banyak berbanding ibu kan.

Ayah,

yang saya ingat peranan dia,

bagi duit poket setiap hari ke sekolah,

hantar ke sekolah pagi-pagi,

ambil dari sekolah setiap petang,

hadir mesyuarat PIBG,

dan

apa lagi ek?


huhu


Tapi, yang paling saya ingat sampai saat ini ialah macam mana ayah didik saya dan adik-beradik yang lain dengan ketegasan.

Kitorang sampai sekarang takutkan dia. Nak buat sesuatu keputusan "fun-fun", dah dapat permission mak tiba-tiba takdapat permission ayah, so cancel... even sampai sekarang..

Secara peribadinya, saya terkesan dengan cara dia didik saya.
Sebab saya anak sulung perempuan, atas semua abang-abang, jadinya dia sangat risaukan (i can know from his face) macam mana saya akan grow up menjadi perempuan Muslimah..

Saya ingat lagi masa form 2, tengah dok galok ore kelate panggil. Yang tahu time tu g sekolah buat homework dan tidur... Tetiba ayah suruh saya masak nasi spontan. Memang la idok ku reti kan.


Pastu ayah soalkan sampai bila nak reti kalau tak belajar.

Dia pun suruh ku ke dapur dan dia ajar ku masak nasi.

Letak beras banyak mana, air banyak mana. Berapa kali kena bilas.. sampai sekarang masih ingat lagi memori tu...

Dan lagi, macammana dia tegur ku supaya start belajar pakai kain batik.
Perempuan kurang manis pakai seluar 24 jam,
mungkin sebab tu kot suka sangat pakai skirt sekarang ke mana sahaja dan di mana sahaja apa sahaja musim :)



Saya masih ingat masa kecik-kecik, kebersihan sangat-sangat dititik beratkan.

Masih terngiang-ngiang, walau saya tengah belajar sekalipun, itu bukan alasan untuk ayah tidak mengarahkan saya mengemas rumah.


Sampai saya form 5 rasanya,

tengah syiok belajar tak ingat nak kemas ruang tamu dan sapu ruang tamu,
tetiba ayah buat drama sambil buat-buat ada banyak sangat debu (padahal tak banyak pun kot),

ayah : ni bila last sapu sini ni debu ni..


dan saya pun menonong pergi ambik penyapu dan sapu..

Walaupun masa tu rasa macam " eh eh orang tengah belajar la, nak kena sapu pulak"

To make sure tak kena tegur lagi, sebelum dia balik kerja pukul 5 petang, saya akan sapu dan make sure takde debu atau sampah...

Sebab didikan inilah, saya membesar menjadi seorang yang pentingkan kebersihan.

Walau secemerlang mana pun kamu dalam pelajaran, tapi bila kamu tidak menghiraukan kebersihan terutamanya part hygiene sendiri, there is something lack....


Dan ia jadi satu habit di mana bila saya stress, perkara yang saya akan buat ialah sental toilet...huhuh

Lepas tu, dah tak stress!

it works, believe me!!


Dan saya yakin saya hari ini ialah hasil didikan mak ayah saya sendiri.

How they teached me, the effect I can see it today.

huhu

Being an oversea student, without them anymore here.

Mom is not here.

WE HAVE TO BE A MOM!

Takkan la nak harapkan orang lain kemaskan "sampah sarap" kita atas alasan kat rumah mak tak pernah suruh.

We have 24hours same and equally,

If you just claim you are busy handling others things, which is (tak penting sangat pun),
but then bila part bersih harta pusaka sendiri liat, i am not understand with those people. Really.
Serious talk..

Just remember one things,

And keep in mind (for me especially),

Your mom is not living here.




No comments:

Post a Comment