Wednesday, February 10, 2016

Jejak al Fateh: Manisnya Ukhuwwah di Cappadocia



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Masuk hari ke-12 & 13 di negara Turki, lokasi pengembaraan terakhir ku ialah di Cappadocia atau ejaan Turki ialah Kapadokya. 

Perjalanan 11 jam dari Bursa ke Kapadokya memang sangat memenatkan dan menguji fizikal. Kami bertolak jam 10 malam dari Bursa dan sampai di Neveshehir jam 9 pagi.. Allahu sangat penat ditambah tidur dalam bas memang perit.. Sesampai sahaja di kawasan Kapadokya, terus penat ngantuk hilang. Melihatkan keindahan ciptaan yang Maha Esa. Subhanaallah tabarakallahu ahsanul khaliqin.. 

Sangat sangat cantik.
Terasa berada di kawasan lain, melihatkan peninggalan sejarah di Kapadokya.

Dari terminal bas Nevshehir kami mengambil bas lagi untuk ke Goreme. Di Goreme inilah port hot air balloon yang popular itu. Kami tak ambil sebarang tour sebab bajet lari. huhu
Sepatutnya di Kapadokya, pelancong disarankan untuk mengambil mana-mana tour untuk round area setempat. Kapadokya memang sangat luas dan besar, penuh dengan sejarah dahulu kala. 

Kami hanya mahu mengambil gambar kenang-kenangan di tempat cantik hot air balloon sahaja. Tapi sayangnya, bukan rezeki ku.. Hot air balloon dibatalkan disebabkan cuaca yang sangat berangin.. Allahu mungkin next time.? 

Jadi kami hanya jalan-jalan di Kawasan Goreme. Di Goreme sendiri, kami berjalan mengikut langkah kaki sahaja. Tiada tour guide mahupun unni tidak pernah ke Kapadokya.
Kami ambil keputusan round area Goreme sendiri-sendiri sahaja, melihat pemandangan dan merapatkan ukhuwwah.. Gituu..

Memandangkan Kapadokya ialah destinasi terakhir, ditambah kepenatan menaiki bas berjam-jam, kami menghabiskan masa bersembang-sembang sambil berjalan ke arah tempat cantik di Goreme. Tetapi, masa sangat mencemburui kami. Especially aku dan unni.

Masih banyak tak terungkap, masih banyak tak tercerita dek kerana "something"...

Bagiku, (ditambah pendapat unni dan Saadia), cukup sekali datang ke Cappadocia.
Lebih dari sekali confirm tak best.

Cappadocia ni ibaratnya kita menjejakkan kaki ke tempat baru, satu dunia baru yang sangat berbeza.
Subhanallah...Alam semulajadi ciptaan Allah yang menjadikan stuktur bangunan gua ini berbeza-beza. Sempat tengok beberapa gambar semasa berbincang untuk mengambil tour ataupun tidak, Cappadocia ialah bekas tinggalan Kristian, masih tertinggal kesan-kesan gereja yang digali dan dikorek beratus-ratus tahun terdahulu.

Sambil berjalan-jalan, terjumpa unta Turki.. hehe suka sangat Saadia sebab dia nak sangat naik unta..
Tercapai juga impian dia.

Siapa yang ada masa dan BAJET lebih, amat-amat disarankan ambil tour untuk mengelilingi dan mendengar sedikit pengisian mengenai tempat tersebut.

 Terserempak dengan sekumpulan students daripada Indonesia, mereka juga belajar di Turki.
Sempat berborak-borak dan berkongsi pengalaman.

Mereka juga seperti kami, tiada bajet yang cukup untuk travel guide, so jalan sendiri-sendiri.

Secara jujurnya, banyak masa dihabiskan dengan duk "saje-saje" di Goreme ni..

Salah timing, salah bajet (sebab tak google pasal tour)..

Tapi, subhanaallah.

Dalam banyak-banyak kesalahan itu, kami bertiga sangat puas hati dengan perjalanan #jejakalfateh. Yang paling penting ialah, keselematan sepanjang perjalanan, kesihatan dan ketenangan emosi.

Allahu, alhamdulillah..

Kami menamatkan perjalanan destinasi terakhir ini jam 8 malam dan menaiki bas pulang ke Istanbul.
Lagi 11 jam >____<




































Cappadocia, Nevshehir
Turkey
6 Februari 2016



1 comment:

  1. Kat situ banyak gereja sebab zaman dorang memula duduk tu, islam belum wujud. apapun cappadocia memang unik habis, rasa mcm dunia lain.

    ReplyDelete