Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirahim.
Ini
kisah agak panjang dan menyerabutkan kepala sebenarnya.
Kisahnya
ialah aku ini ialah seorang tour guide a.k.a Tua guard (TG) di
Korea. Alang-alang belajar di Korea, plus ramai rakyat marhaen bercuti ke
Korea, jadi aku pun menjebakkan diri juga dalam kerja-kerja ini.
Sejarahnya
aku bermula sebagai TG pada cuti winter tahun
Pertama di Korea, 2012. Masih teringat lagi, pasangan suami isteri dari KK,
Sabah yang menjadi customer pertama. Hehe
Dari
2012 sampai awal Mac 2016, aku bekerja sebagai TG. Kiranya dah 4 tahun
berpengalaman dah ni. Wah expert,
kira boleh naik gaji la kan?
Pada
mulanya, kerja bawah senior-senior je, bawa customer
diorang. Lama kelamaan, semasa aku final
year, aku berjinak-jinak buat pakej sendiri, gunakan pengalaman dari tahun
2012 sampai tahun 2014, belajar dengan senior-senior.
Sempat
tu masa belajar, plus sempat buka travel company semasa final year.hehe
Rinduuu zaman belajar dan zaman berbisnes.. (padahal baru 1 bulan tinggal)
Tanggal
24 Februari,
Pengalaman
terburuk dalam sejarah kerja aku.. gituu..
Sebelum
aku terkena peristiwa pahit ini, aku nak clearkan
sesuatu dulu.
Siapa
yang kenal , dan pernah jumpa, siapa yang pernah jadi customers aku tahu dan kenal siapa dan bagaimana peribadiku.
Prinsip
aku senang, ikhlas dan jujur dalam perniagaan. (Ni prinsip abang sulungku
sebenarnya)
Aku
pernah berurusan dan handle kak Wardina safiyyah (kak dina) masa trip dia ke
Korea tahun 2013, blogger famos amos( Kak suraya sulatin), orang-orang
berkepentingan (VIP) (nama kena hide la privasi diorang), CEO company besar,
engineer-engineer dari Petronas, Simedarby, lecturer, pernah berurusan dengan
CEO Bella Ammara (Kak belle & Abg khalif) untuk perjumpaan di Itaewon,
bukan trip Korea ye. Dan ramai lagi rakyat Malaysiaku yang tercinta.
Tapi,
rupanya aku diuji kali terakhir sebelum aku meninggalkan Korea.
Dulu,
semasa aku kenal usrah dan sebelum aku ditarbiyyah ISMA, aku ialah orang yang
jenis SUKA MEMPERLI, MENGATA PERIBADI ORANG di alam social, terutamanya TWITTER. Tak puas hati, terus komen di twitter.
Sikap yang tidak husnuzon, sikap yang tidak tabayyun aku sebelum aku
betul-betul disapa tarbiyyah ISMA.
Di
dalam ISMA, aku diajar mengenai husnuzon(bersangka baik), tabayyun (kepastian
sahih dalam sesuatu perkara), redha dalam sesuatu ujian yang menimpa.
Eh
tiba-tiba promote ISMA pulok.?
Okay
okay nak cerita.
24
Februari 2016, ialah tarikh konvokesyen aku dan family aku turut sama meraikan
hari besar aku di Korea.
Pada
hari tersebut juga ialah hari ketibaan customer
aku ke Korea.
Around jam 5 petang camtu, aku dapat
mesej dari dia marah-marah pasal trip ini. Semuanya salah aku. Dari A-Z..
Aku recheck balik mesej dan scroll semua dari first chatting kami, dan aku bagi mak aku baca mesej tu.
Mak
cakap ini salah faham bukan salah aku 100%.
Mak
mesti nak sebelahkan anak, kan?
Aku explain kat dia, minta maaf semua tapi
semua ended up semuanya salah aku.
Salah aku dimatanya.
Family ada bersama-sama aku, aku baru
lepas habis majlis konvo, terus mood
spoil. Aku sedih, aku tahan je nak nangis depan mak. Kalau aku nangis dan
tunjuk aku sedih, orang tua lagi rasa kan? =//
Sampai
di tempat kami menyewa, aku minta izin ke bilik untuk solat Asar, dan aku
menangis sepuas-puasnya.
Aku
menangis sebab apa.?
Sebab
dia hina aku, dia cerita lain di FB dia, dia kutuk aku kaw-kaw punya. Seolah-olah aku tak amanah, aku tak jujur, aku
MENIPU dalam perniagaan. Ini pantang sungguh.
Aku
tak puas hati, aku printscreen semua
mesej dan hantar kepada rakan rapat yakni akhawat.
Respons
mereka sama. Agak meyakinkan yang ini bukanlah salah dari aku 100%. Yang
penting, aku tidak seperti yang dia tulis dalam status dia.
The next day, aku dapat tahu rupanya dia
ialah seorang “BILLIONAIRE” di Malaysia.
p/s:
Hiperbola je ni.
Wow.
Billionaire…
Aku recheck balik semua mesej sampai aku
jumpa, pertanyaanku kepada dia,
“
Nak pakej bajet ke camne?”
“Pakej
bajet-bajet je”------jawapan si dia si
billionaire J
Aku
tunjuk kat mak, mak senyum saje.. (aku tak tunjuk status fb dia, takut mak naik
hangin hehehe)
Wow.
If you’re such a billionaire, let me know.
Let me know that you’re such a rich kid.
Let me know so that I can book THE MOST
EXPENSIVE HOTEL, THE MOST EXPENSIVE LIMOUSINE, THE MOST EXPENSIVE RED CARPET
EVEN THE MOST EXPENSIVE FOOD EVENTHO SINI SUSAH KOT NAK CARI MAKANAN HALAL
SEBAB TU MAKAN IKAN SAYUR SOKMO
Bila
customer cakap nak bajet, aku memang ada bajet sendiri, setiap orang ada bajet
tersendiri per head.
Rupa-rupanya,
Bila
scroll semua status dia, dia ialah seorang kanak-kanak.
Peace…
J
p/s:
untuk awak, saya tak simpan dendam langsung cumanya 1 pesan, udah udah ler
mencipta dan menambah perisa dalam status. Jaga privasi as a women, as a
Muslimah.
Walaupun aku dah bersara dan pulang balik ke Malaysia, travel masih berjalan seperti biasa, cumanya soalan untuk customer
aku dah ubah sikit
“Nak pakej BAJET ke pakej BILLIONAIRE?”
Satu pesanan dan taujihat terbaik aku dapat daripada murobbiku;
This is the beginning. Inilah permulaan untuk aku berurusan dengan ramai manusia. Daie itu makananya ialah mad'u (manusia). Permulaan yang umur semakin dewasa, masalah bukan lagi masalah pasal pelajaran, tapi masalah dengan orang. Masalah dengan orang yang mempunyai pelbagai warna dan versi hati.
Moga
bermanfaat.