Monday, March 21, 2016

Sayonara Hanguk - Episod 4



Assalamualaikum wbt.


Ketika entri ini ditulis, Alhamdulillah aku dah selamat sampai di rumahku syurgaku.
Alhamdulillah.

Walaupun perbezaan cuaca yang sangat-sangat berbeza, Malaysia sangat-sangat panas. Terkejut badan, nasib immune system masih kuat J

Jejak langkah 5 tahun mencari segulung ijazah, rupanya berbuahkan hasil yang lumayan di serikan dengan kehadiran sebuah hadiah yang tidak ternilai iaitu sebuah tarbiyyah. Tarbiyyah iaitu pendidikan, iaitu suatu proses perubahan. Subhanallah.

Teringat masa awal-awal sampai dahulu, 25 Februari 2011, masih terbayang-bayang keadaan diri sendiri pada masa itu.

Malu, segan dan menyesal.

Tapi, dengan perubahan demi perubahan yang dialami menjadikan pengembaraan di bumi sonata ini terasa begitu indah dan sayang untuk ditinggalkan.

Sehari sebelum meninggalkan bumi Korea, aku di hadiahi dengan kehadiran orang-orang yang baik. Orang Korea maksudku.

Mungkinkah kerana ini ialah hari terakhir, Dia mahu menghadiahi kepadaku.

Jujur untuk ku katakan, susah untuk merasai dengan orang Korea, tetapi tidak pada hari-hari terakhir.

Dari pakcik teksi, makcik di dalam train dan beberapa orang lagi..

Susah untuk aku lupakan penat jerih mencari makna kehidupan sebenar di bumi Korea.

Aku bermula daripada zero,
Aku juga peminat kpop,
Aku juga peminat drama Korea,
Aku juga menghabiskan masa-masa cuti marathon drama Korea,
Aku juga pernah terjerat dalam “kancah cinta monyet”,
Aku juga pernah mencuba pelbagai fesyen.

Rupanya, segala yang aku pernah itu tidak menjadikan aku makin MOLEK, tapi menjadikan aku makin teruk.

Rupanya, semua perkara yang aku pernah lakukan itu menjadikan aku KOSONG,
Jiwa aku KOSONG.
Perasaan aku gembira,
Tapi hati aku KOSONG.

Iman apatah lagi mungkin NEGATIF.

Aku ralik dengan twitter, instagram.
Chatting mana-mana lelaki di alam maya,
Chatting dengan senior di medan social.

Itulah aku,

DAHULUNYA.

Sampai aku benar-benar tersedar dan diberi peringatan demi peringatan olehNya,

Aku sayangkan KOREA,
Kerana di Korea,

Aku kenal Jahiliyyahku,
Dan di Korea jugalah aku kenal erti

PENDIDIKAN MENCARI MAKNA DIRI,
Iaitu TARBIYYAH..

Langkahku yang sebenar bermula pada semester dua 2013.

Saat itu, aku tersedar bahawasanya aku perlu mencari sesuatu, aku perlu berubah aku perlukan sesuatu di Korea.

Aku tidak gembira walaupun aku hampir dikenali oleh semua senior pada masa itu.
Aku malu dan menyesal..

Semester pertama 2014,

Aku mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit,
Aku mula mem”private”kan diriku di alam maya dan alam sebenar.

Aku mula menjarakkan kehidupan aktifku di alam maya, yang selalu terdedah dengan ikhtilat. Bila berikhtilat, maka hati aku pun jadi kosong.

Aku delete dan block kesemua lelaki yang bukan muhrim di alam twitter pada awalnya. Teringat satu mesej dari seorang senior lelaki,

“Nape ko block aku kt twitter eh?”

Terkedu nak jawab apa. Lama ku fikir,

“Oh, saya block semua lelaki kat twitter”.
Penuh sopan dan santun ku menjawab. Hoho

“Yeke.. aku tahu ko ikut benda tu.. hmm apa nama dia, usrah ke apa.. “

Ku menjawab;

“Haah, saya ikut usrah..”

“Memang dalam usrah, diajar suruh block lelaki ke, tak boleh berhubung dengan lelaki ke..?”

Pening kepala aku nak jawab. Bukan sorang, lebih dari seorang yang memperkotak-katikkan niat suci lagi murni aku ketika itu.. hmmmmm

Selepas selesai masalah di twitter, aku bergerak pula ke instagram.

Teringat lewat tahun 2010, awal tahun 2011, masa tu instagram hanya boleh diakses oleh pengguna Iphone sahaja, jadinya boleh dibilang je berapa kerat yang ada instagram. Boleh pulak aku jatuh ke perangkap ikhtilat di instagram pula.. Itulah diriku, sebelum betul-betul faham dan hadam makna tarbiyyah..

Di Instagram, aku aktif dan selalu berhubung dengan seorang ini. Dan dia juga seorang senior sewaktu aku menuntut di Korea.

Sampai waktu, semester 1 2014.
Aku nekad untuk delete akaun FB yang lama diganti akaun FB yang baru dimana kesemua kawan FB ialah perempuan yang dikenali..

Aku nekad matikan segala perhubungan maya dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Tak kira senior, junior mahupun kawan-kawan sekolah dahulu..

Dan sejujurnya, rasa tenang dan kehidupan selepas itu lah kehidupan sebenar aku.

Mungkin ditakdirkanNya, aku dipermudah semasa transfer degree ke Universiti.

Dan di university pula, aku dipertemukan dengan akhawat hebat dan qawiy, aku gelarkan dia unni(kakak) sahaja.

Di uni, kami sering keluar bersama-sama, makan, mengopi, study sambil lewat malam, kadang-kadang selepas Subuh keluar ke library, mathurat ow ke library.

Hidup aku betul-betul ditarbiyyah ketika berada di uni tahun 2014.

Fokus untuk dakwah dan tarbiyyah.

Kepada unni, aku luahkan segala perit jerih penat lelah mengejar adik-adik baru untuk join usrah.

Kepada unni, aku luahkan segala perkara yang terbuku di dalam hati.

Kepada unni, aku ceritakan segala-galanya.

Ku sangkakan langit itu sentiasa Indah, rupanya hujan akan menutupi langit indah itu.

Selepas unni grad awal 2015, aku tinggal seorang diri untuk survive di uni selama 1 tahun.

Tiada lagi peneman saat suka duka di uni.

Pada awalnya, aku selalu menangis dan menangis. Kekadang aku ke padang, tempat favorite kami setiap petang bersiar-siar sambil mendengar hafazan masing-masing dan sambil baca mathurat ataupun sambil meluahkan kepenatan berdakwah di Korea.

Aku menangis sampaikan hampir tiada selera makan.

Aku berjalan seorang diri, aku makan di dewan asrama seorang diri, aku ke library seorang diri, aku ke coffee shop Gongcha seorang diri, aku ke kimbab chonguk seorang diri.

Rutin yang dirasakan janggal, lama kelamaan tidak lagi terasa janggal.

Walaupun semuanya dibuat keseorangan, tapi aku dan unni selalu berhubungan. Paling lama seminggu sekali, tidak pernah putus hubungan masyaallah.

Semua yang terjadi di Korea diluahkan kepadanya, suka mahupun duka..Aku tidak punyai kakak kandung, tetapi dengan dia ibarat atau lebih daripada hubungan kekeluargaan. Itulah ukhuwwah kerana Allah.. Jazakillahu kheir unni.

Jadi itulah serba sedikit mengenai kehidupa yang “tidak akan dilupakan” di Korea.

Aku kenal erti jahiliyyah di Korea,

Aku kenal erti tarbiyyah di Korea,

Aku kenal erti Ukhuwwah di Korea,

Aku kenal erti kehidupan di Korea.

Mana mungkin aku mampu lupakan Korea.?

Kerna di Korea,

PENCARIAN MENCARI SEGULUNG IJAZAH, DI BUMI SONATA TERJUMPA SEBUAH TARBIYYAH.



P/s: Semua cerita silam akan diungkap dalam buku yang sedang ditulis. Mohon doakan J

No comments:

Post a Comment