Assalamualaikum wbt
Yeyyyyyy.. its weekend!!!
드뎌 주말이다!
(screaming loud inside)
First
week went so fast as I cant even imagine with.First day was so nerve and yet so
exciting. Alhamdulillah, this is a big process learning and it takes
quite a lot of time, maybe?
Previous
post that explain the way to my career now has been deleted cause it’s quite
sensitive. Those who knows please syhhh okay? It feels inappropriate if I
keep writing and telling about something blabla at office if I included my
office’s name as well as my position now. Kan?*
So,
this first week macam biasa lah, sesuaikan diri dengan semua perkara (bosses,
officemates, environment, work routines, transportation, housemates, house, and
most importantly is 마음)-HATI.
Yang
bestnya is, 1 hari sebelum kerja memang tak boleh tidur langsung, setiap jam
tersedar, alih2 jam 5 pagi dah bangun siap2. Risau sampai lambat la apa la,
padahal working hour jam 9 pagi. Sampai-sampai di building ofis,
baru jam 7 pagi. So, ended up duduk di lobi sorang-sorang baca
buku!
Yelah, from engineering part into something memang tak de
kaitan dengan engineering.Tapi, rasa belonging jugak dengan bidang baru
ni
Ok,
nak share experience seminggu berada di kota metropolitan ni, berpeluuh
jugak nak adapt hidup baru di tempat baru, kota penuh tipu daya ni ahaks
Yes,
memang saya pernah berada di kota juga sebelum ini, kota metropolitan Seoul dan
kota bharu (;p), tapi seriously, perasaannya sangat berbeza. Seperti ghuraba’
(terasing) di Negara sendiri, itulah keadaan sekarang. Dimana-mana rasa sangat
terasing dan tidak ada sense of belonging.. (maybe time heals kan?)
Dalam
train, walaupun keadaanya sama sebiji seperti dalam train di Seoul, iaitu
di mana hampir semua hadap hp, chatting dan sebagainya, bagi saya ianya
agak pelik dan janggal.
Rupa-rupanya
apa yang saya selalu tengok di Seoul dulu keadaannya juga sama dengan di sini.
Semua buat hal masing-masing, hadap fon.. Saya agak ralat untuk keluarkan hp, jadi
saya lebih selesa tengok pemandangan di luar sambil berfikir dan berfikir
persamaan dan perbezaan sewaktu saya di sana dan semasa di sini.
Inilah
aktiviti saya pagi-pagi setiap hari naik train dan bas ke tempat kerja, jalan
kaki sama seperti sewaktu berada di sana.
Cuma
keadaan persekitarannya yang berbeza. Maaf untuk saya perkatakan, di sini saya
masih terasa takut dan was-was dan agak ralat untuk bertegur sapa dengan
mana-mana strangers. Ada kes yang datang tegur nak tanya jalan dan
sebagainya, tapi saya akan mengelak dan berzikir sepenuhnya dalam hati..
Jahat
kan?
Saya kadang-kadang terlupa bahawa yang menjaga dan melindungi saya ialah
Dia Yang Maha Esa. T___T
……………………………………………………………………………………….............................................................
Hujung
minggu ke-2..
Cepatnya masa berlalu.. cepat sangat..rasa macam robot masa
weekdays.
Keluar
rumah jam 7.20pagi, dah siap packing lunchbox, naik bas dan train untuk
ke ofis, sampai di rumah jam 7.30~8 malam, terus prepare untuk dinner
pulak.
Bangun pergi kerja, balik dah gelap, tidur dan repeat untuk 5
hari berturut-turut.
Bangun lagi, eh dah wiken! Tapi wiken
sini sama macam wiken di Korea dulu, lonely sendirian
(:P)
Masih
dalam proses transferring/passing usrah dari KB ke KL. Usrah usrah
usrah. Benda nil ah yang mengisi jiwa ku yang kosong dan kesunyian dulu di kota
penuh teknologi Korea, sekarang di kota penuh tipu daya KL.
Jujur
ku katakan status sekarang ialah masih dalam keadaan terkejut, “culture
shock”. Berpeluh juga first week nak adapt dengan buday keyyyell.
Masuk
second week pun masih berpeluh lagi, sukar untuk diucapkan betapa rindunya
kepada kampong halaman, rindu nak tengok pokok2 rindu nak dengar bunyi pantai,
rindu semuanya.
Masih
juga dalam keadaan terkejut terutamanya dengan umat Islam kita sendiri, masih
sedih dan tak tahu bila nak #moveon dari kesedihan melihat masyarakat
Melayu Islam memang hanya pada nama semata-mata.
Teringat
akan Negara Turki.. Dulu bukan main puji Negara sendiri, walhal lebih kurang
sahaja sebenarnya.
I’m
not even perfect Muslim yet, I’m still learning, still in processing of to be
one of the best khalifah, one of the best ummat tht our Prophet
will recognise.
Islam.. hanya pada nama..
Bila
kita solat, tapi kita masih bercakap buruk, mencarut, tidak menjaga mata dan
hati, dan sebagainya.
Jadi
apa fungsi solat kita.?
Bila
kita tidak pernah MALU untuk tidak solat, sedangkan solat lah perkara pertama
akan disoal di akhirat kelak. Sebaik mana pun kita, sepandai mana, secantik
mana, sekaya mana kita sekalipun jika perkara pertama pun kita gagal, macam
mana Allah nak bagi kita markah bonus?
Bila
kita lebih mengutamakan makanan JASAD, daripada makanan ROHANI.Kita lebih
bising, kecoh, viral kes mengenai halal dan haram makanan, atas sebab makanan
yang dimakan akan menjadi darah daging kita, kita bersoal jawab mengenai halal
haram atas sebab kita mahukan agar jasad kita tidak kelaparan, sedangkan
makanan ROHANI kita meronta-ronta untuk diberi suapan.. Makanan ROHANI kita dah
lama hancur, di mana solat kita, di mana zikir kita, di mana alunan bacaan
quran untuk kita suapkan sebab kita terlalu sibuk membicarakn soal makanan
JASAD.
Allahu
Allah..
Kita
disibukkan untuk berebut-rebut menjadi siapa yang paling cantik, paling
berfesyen, paling bergaya, paling up-to-date menepikan soal aurat. Kita mahu
menjadi cantik di mata-mata asing, supaya dilambung dan dipuji. Sedangkan
kecantikan itu hanyalah untuk dikongsi dengan yang berhak sahaja. Maka tidak
hairan, terlalu banyak terlalu RAMAI yang bercerai kurang dari tempoh 5 tahun.
Allahu.
Baca
sahaja uia confession, baca sahaja status-status yang dishare kawan-kawan sudah
cukup menakutkan..
Perkahwinan
bukan lagi menjadi institusi untuk bersama-sama membina Bait Muslim, tetapi
menjadi perkara biasa yang boleh dipersendakan.
Saya
tidak tahu mengenai perkahwinan, ujian dan mehnah di dalam perkahwinan itu,
tapi saya percaya dan yakin untuk menjadikan perkahwinan itu perkahwinan yang
kekal, dan diberkatiNya, hanya satu sahaja kuncinya, berbalik kepada perkara
yang Allah tuntut umatnya dirikan—SOLAT.
Yakni
SOLAT untuk mencegah kemaksiatan, solat untuk memperbaiki diri.
|
||
|
Okay,
itu sahaja coretan selama 2 minggu di keyell selama 2 minggu berturut-turut
culture shock lagi :p
Semoga bermanfaat. Jumpa
lagi..!
assalamualaikum.. i dont know how to react this tpi bersyukur sangat allah gerakkan hati bukak blog ni time nk search perbelanjaan di turki.. perkongsian yg sangat bermanfaat.. mcm jmpe diri sendiri sbb akak ade persamaan ngan saya.. salam perkenalan..
ReplyDelete