Assalamualaikum wbt.
Masuk minggu
ke-3 dalam alam pekerjaan, minggu sangat penat sebab ada event besar 3 hari
berturut-turut sampai tak jumpa pun family yg datang dari kampung.. (mereka datang
untuk registration universiti adik bongsu)
Okay,
selepas masih dalam alam pekerjaan yang terkejut..
Dikejutkan
lagi dengan perkhabaran yang selepas habis event tersebut, malam nya terus kena
fly ke Korea.. untuk training dan meeting dengan semua bos di sana..
Okay, info
sikit-- pekerjaan ku ialah berkaitan dengan Korea dan of course lah syarikat
Korea.. (membantu sangat kan info :P)
So,
berlepaslah ku ke Korea selepas habis event tersebut ( tak sempat habis pun,
minta part timer setelkan semua benda)
Flight jam
11.15 malam, sampai di Incheon jam 6.30 pagi terus naik flight lagi ke Jeju
sampai jam 10 pagi di Jeju Airport. Terus ke ofis jumpa bos! Dengan baju
ala-ala tidur, tak mandi muka xtahu lah macam mana, jumpa dan introduce myself
to all the Directors and Managers and so on.,,
Memang
workholic sungguh lah mereka ni. Ada sorang kakak ni, (suka hati jej panggil
kakak, padahal dia manager).. sampai saja di Jeju terus masuk kerja dengan baju
semalam yang dia pakai during event. 언니 짱이네
Dia cakap
kalau cuti, tak buat apa pun kat rumah. Kalau kerja dapat duit~
Bestnya
tengok katil lepas event tak boleh tidur lena pun dalam flight, terus capai
katil dulu.. aaa bestnya..
Bangun
cari makanan semua, nasib memang kenal tempat sini semua, pergi cari tempat
yang boleh makan dan of courseeee conveniece store coffee!! Tp harga dia dah
naik, from 1500 to 2000won T_T mahal..
So first
day workshop, memang membosankan, dengar je semua diorang ber"debat"
masalah2 setiap negara. Kali ini, wakil dari Jepun China, Taiwan dan Malaysia
sahaja.. Best part dengar idea2 diorang semua sebab lain2 culture kan..
:)
Masuk hari
ke-2, okay sikit sebab kitorang bincang sesama kami masalah setiap negara dan
ofcourse ler jalan2 area sini. Jalan dengan niat nak tahu lebih pasal tempat
dan perkenalkan tmpt baru..
Masuk hari
ke-3, hari ditungguu dan menakutkan, as aku akan present depan ramai wakil
setiap negara, dan depan big boss of government jugak. Kalau dalam english
boleh la goreng-goreng tambah lauk sikit, tapi malangnya dalam Korean semuanya.
Alhamdulillah everythmg went smooth and well (perasan!), sebab diorang setuju
dan akan pertimbangkan apa yang aku usulkan.
Sepanjang
berada di sana selama 5 hari total, aku rasa memang sangat-sangat menyusahkan
semua orang. Itu tak boleh makan, ini tak boleh, nak kena solat la dan
sebagainya. Disebabkan aku Muslim pertama yang kerja di situ, maka mereka
sangat-sangat singi (신기) "terpegun" , dan
masyallah very respectful.!
Respek dalam erti kata;
Detik sebelum kena bentang proposal. |
Respek dalam erti kata;
1. aku
diasingkan setiap kali menu makanan ialah pork
(Tahap
pengasingan tu memang over sebab aku "terpaksa" makan makanan super
mahal per plate. Orang kampung macam ku ni manalah pernah makan makanan yang
cecah beratus2 ringgit per plate)
2. biasaah
orang Korea, arak berpisah tiada. Yang sangat buatkan ku sebak ialah sesiapa
yang berada semeja denganku tidak akan sentuh arak atas alasan "tak best
nak minum depan Muslim like u".
3. sampai big
bos pun minta maaf berkali2 "terpaksa" minum arak depanku
masa 회식 ( makan-makan bersama staf and bos).
4. DM
(director manager) dalam ucapannya meminta maaf kepadaku sebab segala
kesusahan yang ku alami di sana (tiada tempat solat proper, makan tiada tanda
Halal); walhal aku sudah biasa solat dimana-mana, di bawah tangga, di tepi
bangunan etc. Makanan pula asalkan semuanya seafood aku yakin dan tiada
masalah. Aku pernah hidup di sana lebih dari 5 tahun, jadi insyaallah pegangan
itu masih dan tetap ada untuk sentiasa izzah dengan Islam
5.
highlight part is DM minta driver dia hantar aku sampai ke Hotel,
sebab the other delegates and other Korean will having 술자리(minim-minum) selepas makan. Kereta jangan cakap lah, kalau anda
peminat drama Korea, kereta yang Presiden pakai itulah yang aku pertama kali
naik huhu
Masyallah,
itulah serba sedikit pengalaman pertama di sana (Sekali lagi) bukan lagi
sebagai pelajar, tapi sebagai orang yang sudah bekerja, dahulu mungkin persekitarannya
sesama pelajar dan pensyarah, tapi kini semuanya berstatus tinggi dan itulah
cabaran untuk ku.
Pada
awalnya, aku takut untuk mengatakan aku tidak dapat serta makan bersama-sama
mereka di tempat yang ada pork, jadi aku berfikir mahu katakan aku kenyang,
tapi mereka faham dan sangat menghormati ku sebagai Islam, diberinya aku
layanan 5 bintang makan seafood buffet di hotel 5 bintang. Terkial-kial makan
lobster depan bos :p
Aku takut
juga untuk meminta izin untuk solat sekejap semasa meeting, tapi ku gagahkan
diri mesej bos dan dia faham, sampaikan setiap masa tanya "dah
solat?" "solat dah nak habis ni, cepat-cepat keluar".. Allahu..
Bila kita
jaga agama kita, Dia juga jagakan kita.
Aku
sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan mereka dan semoga mereka mendapat
manfaat dan mendapat suatu ilmu baru mengenai Islam.
Aku
bukanlah Muslim yang sempurna, tapi semoga dengan pencerahan yang ku berikan
mampu sedikit sebanyak mengubah perspektif mereka terhadap Islam.
Semasa
berbual-bual dengan mereka, ada beberapa salah tanggap terhadap Islam yang
mereka sendiri tidak tahu, insyaallah nanti ada masa aku coretkan lagi!
Dunia belajar berpusing sekitar exam, student, lecturers, pass or fail Dunia pekerjaan, berkisar lebih dari itu. Dunia kanak-kanak, paling best. Main-main daun luruh seperti gambar di atas :P |
Semoga
bermanfaat
blog yg simple & info yg sgt menarik semoga sentiasa istiqamah
ReplyDeletelama x tulis blog
ReplyDelete