Friday, February 12, 2016

Jejak al Fateh: Taksim Square & Galata Tower



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.


Semalam pergi Myeongdong terus teringat kenangan berada di Taksim semasa berada di Turki. Sesiapa yang rasa berada di Myeongdong dah macam sesak dan ramai, anda salah. Di Taksim, allahu.. Nampak lautan manusia sahaja, bak kata Medina, Padang Mahsyar mungkin macam ni agaknya.

Berlipat kali ganda ramainya lautan manusia di Taksim ini. 

Taksim ni terletak di Istanbul sebelah Eropah dan salah satu tourist attraction sebab ada tram yang sangat unik, tram pada zaman khalifah Uthmaniyyah masih dijaga dan digunakan sebagai tarikan pelancong di Taksim. 

Tram akan melalui tengah-tengah celahan manusia di Taksim ini dan bergerak tidak begitu pantas dan tidak juga begitu cepat. 

Unni dan Medina pesan, nak tengok gelagat dan nak tengok ragam orang Turki moden di Istanbul di sini lah. Di sini, semua ada dijual. International brand semua ada, brand yang mahal semua nya di sini. Dari kasut, kosmetik, kopi, baju dan semuanya.


































cutie pie Turkish 









 Kami berjalan hampir sampai ke hujung, aku rasa dalam 2km juga kami jalan sahaja sebab jalan tiada penghujung. Jalan jalan dan jalan. Kadang-kadang seronok tengok gelagat orang Turki versi moden. 

Dan dari Taksim ini kami ke Galata Tower berjalan kaki juga. Yang best di Turki ialah, bila mana azan dilaungkan, mereka akan menghentikan muzik dan hormat azan. Perniagaan masih dijalankan seperti biasa, cuma muzik dan hiburan dihentikan. Yang kedengaran hanyalah laungan azan untuk menyeru manusia menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. 

Sambil kedengaran azan Maghrib di Taksim, kami meneruskan perjalanan ke Galata Tower.
Sesampai di Galata Tower, subhanallah sangat cantik di malam hari..

Galata Tower menyimpan seribu satu sejarah sendiri berkaitan dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Fungsi utama Galata Tower ini pada awalnya ialah sebagai pemberi maklumat dan informasi mengenai kebakaran. 

Tetapi yang paling penting, sejarah yang pertama kali aku tahu mengenai Galata Tower ini ialah mengenai Manusia Pertama yang Mampu Terbang berasal dari Turki dan ialah seorang Muslim bernama Hazerfen Ahmed Chalabi.

Hazerfen Ahmed Chalabi yang tinggal di Istanbul selama pemerintahan Uthmaniyyah di abad ke-17 adalah penerbang pertama yang mampu terbang dengan sayapnya. Abad ke-10, terinspirasi oleh Leonardo Da Vinci dan sarjana Turki Ismail. Pelbagai usaha telah dilakukan Hazerfen sebelum penerbangan dengan mengenakan sayap helang di kedua sisi papan untuk memeriksa angin. 
Akhirnya dia berhasil naik ke menara Galata pada tahun 1638 dengan bantuan angin sendiri. Ia juga berhasil menyeberangi Bosphorus dan mendarat di Üsküdar sisi Anatolia. 
Sejarah baru mengenai Turki yang aku baru tahu.. Terima kasih unni atas info tersebut. Info aku dapat ini selepas google mengenai beliau.





 Sambil leka menikmati keindahan malam di Galata Tower, sambil leka merakam segala memori di Galata Tower, rupa-rupanya suatu perkara yang mengejutkan kami terjadi.
Hal ini disedari selepas unni bagi hint yang tempat kami mengambil gambar tersebut, tempat lepak muda-mudi, atau dengan kata lainnya, tempat mabuk muda mudi. Wallahi, aku tak terperasan langsung di hadapan tempat kami berdiri ialah tempat pub, tempat minum arak dan segala macam lagi.
Barulah ku perasan, muka Medina berubah dan sedih. Riak muka dia sanga sedih melihat bangsa dia mabuk dan telan air syaitan tersebut.
“Orang Turki ke ni.?”
“Ye”
“Islam ke?”
“99% Turki ialah Islam”
Jadi, dihadapan ku ini ialah orang Islam yang galak meminum air syaitan, di hadapan Galata Tower.
Terus kami ber-4 tiada mood untuk berlama-lamaan di sana, terus kami ambil keputusan pulang tanpa menaiki Tower.
Sedih.
Kalau di Korea, aku dihidangkan dengan keasyikan kafir meminum air syaitan di sana sini, aku faham. Mereka bukan Islam.
Tetapi bila mana melihat sendiri, keasyikan cucu cicit al Fateh meminum arak, membuatkan hati ini pedih dan perit.
Melihat mata mereka yang bukan lagi menggambarkan apa yang aku bayangkan, aku sedih.
Lama kami ber-4 diam, kami tahu Medina sedih.
Beberapa lama kemudian barulah kami bertanya Medina.
“Mereka tahu ke tak yang arak itu diharamkan dalam Islam.?”
“Mestila tahu..”
“Tapi kenapa mereka minum..walaupun mereka itu Islam.?”
“Mereka rasa yang benda itu tidak salah, dan apa yang selalu dikatakan mereka bila nak buat sesuatu yang diharamkan dalam ISLAM..mereka akan berkata dengan senangnya,
May Allah forgive us….”


Di celahan inilah, mereka bersuka ria dengan arak







ISLAM hanya pada NAMA, bukan pada AMALAN.
Sampai bila kita hanya akan mengenang kisah-kisah hebat tokoh terdahulu sedangkan kita.?
Sampai bila kita nak terus hidup dalam sejarah.?
Galata Tower, Istanbul 
1 Februari 2016

No comments:

Post a Comment