Saturday, December 31, 2016

Momento 2016

Assalamualaikum wbt. 


Apa khabar semua.. Apa khabar Malaysia.. 

Alhamdulillah, hari ni hari terakhir tahun 2016.. 

Sebelum masuk kepada azam tahun baru dan sebagainya, izinkan ku untuk mencoret kisah-kisah sepanjang tahun 2016. Subhanallah masa sangat cepat dan pantas berlalu.. 

Tahun 2016 dimulakan dengan pengembaraan solo ke Turki dari Korea. Masa tu memang keringkan hati nak sangat gi Turki, rindu lepas baca dan tengok filem berkaitan sejarah Turki. Ingat lagi masa tu beli tiket Etihad guna Gmarket online je beli masa tengah final exam final paper. Lol 

Beli tiket Etihad Airlines tapi rezeki di upgrade kan naik Turkish Airlines sebab Etihad delay. Alhamdulillah. Terima kasih adik-adik yang sudi hantar kakak mereka ke airport, sempat berusrah sekejap di airport.. hihi 

Lepas balik dari Turki awal bulan 2, preparation untuk grad dan menyambut kedatangan orang tersayang dari kampung ke Korea. Masa tu tak plan nak gi Jeju, alhamdulillah ada duit lebih sikit berjaya sponsor perjalanan mereka ke Jeju.. 

25.2.2016, Tarikh keramat majlis graduasi ku.. macam tak percaya sekejap sangat-sangat 5 tahun berada di sana. 

Maka, episod sebenar bermulalah bulan 3 2016, balik dari Korea untuk khidmat di negara sendiri. Pertama sekali, lepas 5 tahun aku berada di negara orang, balik di negeri sendiri terasa kekok sangat. Ingat lagi, aku sangat-sangat berang dan tak puas hati dengan sistem customer service sini, mungkin dah terbiasa kena layan first class di Korea.. Kes di Pej Pos, memang menguji kesabaran. Dan banyak lagi yang berlaku.. Mak selalu nasihat aku, banyakkan bersabar hehe 
Agak kekok dan adjusting process awal-awal 2 3 bulan pertama aku balik tu, mungkin sebab aku balik menganggur, jadi masa kat rumah memang aku banyak keluar uruskan itu ini. 

Niat dan impian aku masa tu lepas grad, ialah aku nak sambung belajar, sambung Master dalam kos yang aku fikir aku minat. Bulan 4 macam tu, aku hari-hari pergi cyber cafe (cc) apply mana-mana Uni dan scholarship untuk pengajian aku, dan hampir kesemua permohonan aku berjaya, sampaikan naik pening kepala nak fikir yang mana 1 yang paling terbaik. Masa tu lepas raya, kena decide cepat-cepat sebab 1 uni tu kemasukan bulan 9, dan 1 lagi kemasukan bulan 10. 

Dalam masa sama, aku apply juga mana-mana job yang sesuai dengan kelayakan ku, alang-alang fikirku masa tu. Sampailah aku ditakdirkan dapat kerja di satu company Korea ni. 

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak perkara yang terjadi masa tu, aku ada 1 tulang belakang yang sangat kuat, keluarga. That is the most precious gift ever alhamdulillah. 

Banyak yang aku fikir sebelum terima tawaran, dan banyak yang berlaku di sekeliling yang membuatkan aku terima tawaran kerja ini. Aku tinggalkan sekejap impian dan cita-cita untuk Master ku, dan alhamdulillah sepanjang hampir 4 bulan kerja, aku bersyukur pilihan yang aku telah buat bukanlah 1 pilihan yang salah.. 

Bermula Ogos 2016, aku bukan lagi seorang penganggur tapi sudah ada kerja tetap sendiri, sudah makan gaji, dan komitmen semakin tinggi. 

Banyak dan masih belajar mengenai skop kerja, dalam masa sama aku ada banyak komitmen lain di luar. 

2016 banyak memberi aku satu pengajaran dan pengalaman, dari seorang pelajar kepada seorang yang bekerjaya, kadang-kadang fikiran aku nak jadi pelajar balik, kadang-kadang lah.. huhu

Perkara yang paling buat aku gembira ialah dapat gembirakan kedua ibu bapa ku, dengan bagi mereka hadiah iaitu kejayaan aku habiskan pengajian di Korea, kedua ialah dapat bagi mereka duit hasil gaji aku. Yang ketiga ialah, mereka mengharapkan supaya aku juga gembira bila mereka tiada nanti, yang ketiga aku belum mampu bagi dan aku serahkan semua kepada Allah :) 




1. TQ adik2 junior sudi meriahkan majlis konvo akak <3- Suwon
2. Di Cappadocia with my unni
3. New Year 2016 di Seoul
4. Majlis Konvo di Seoul Campus
5. Jeju Island :)
6. Inha Graduates
7. Aya Sophia Istannbul
8. Bursa Istanbul
9. Incheon Airport with dear Zinnah <3 


Oh, sebelum terlupa, untuk tahun baru 2017, aku mengharapkan semoga setiap hari yang aku jalani dan setiap kerja yang aku buat diberkati dan diredhai. 

Aku takde spesific azam, seperti mahu kurus berapa kg, mahu kumpul duit berapa ribu dan sebagainya, cukup sahaja hidup aku ini dimanfaatkan di jalan yang betul dan mampu jadi manfaat kepada orang lain juga, at least siapa yang baca blog ni ke :)

Bercakap pasal umur, tahun 2017 ialah umur ku yang ke..jeng jeng jeng.. 

Indeed aku suka umur ni, umur yang sesuai dan sangat matang untuk seorang perempuan. 

Tapi aku selalu bergurau dengan mak bagitahu dia aku kena tolak umur 5 tahun sebab 5 tahun tu kira aku tak de kat sini.. 

So, if tahun 2016, umurku ialah 19.. 2017, 20 tahun dah.. cewah (umur rahsia antara aku dan mak)


Moga bermanfaat. 

31 Disember 2016

Tuesday, December 6, 2016

DISKRIMINASI HIJAB DI BUMI KPOP

Assalamualaikum wbt. 



Tak sangka ada hati nak blogging waktu weekdays di malam hari, tapi sebab rasa topik ni paling penting untuk dikongsi, gagahkan juga buka laptop dan mengarang. (Esok flight jam 7 pagi, apa yang penting blogging dulu.......) 

Nak dijadikan cerita, lepas kerja jam 6 petang tadi, jumpa seorang clique office ni nak minta dia ajar something yang ku tak reti.. padahal simple sahaja, berkaitan dengan excel memang ke laut sikit. 

Jadi, masa tengah buat benda excel tu, dia tunjuk 1 video berkaitan seorang wanita Uzbekistan yang muncul dalam 1 program Korea, Hello Counselor(?).. Pertama kali tahu mengenai program tersebut, sambil buat kerja sambil dengar apa dia cakap dan zappppp.... terhenti buat kerja fokus dengar kisah tersebut.. 

p/s: kena tengok video ni dulu tau, baru faham intipati blog saya.. sediakan tisu untuk yang berjiwa tisu;p

https://www.youtube.com/watch?v=vA7CcAvhpoI&feature=share


Tiba-tiba, rasa macam perasaan lain.. 

Apa yang kakak dalam tv tu cakap serius 200% betul!!!! 

SALAH KE PAKAI HIJAB DI KOREA?

Ya, itulah tajuk yang paling sesuai untuk topik ini.. 

Salah ke? 

Anda semua nak tahu tak sepanjang saya duduk bermastautin di Korea 5 tahun 1 bulan setengah, hati ni, jiwa ni memang membuak-buak geram dan sikit perasaan tak puas hati dengan mereka, hari-hari nak balik ke Malaysia. 


Cuba teka siapa punya tulisan tu dapat star terus!
Before I die, I want to......


Ternampak posting Kina Omar di FB dia mengenai realiti dan drama Korea, di mana semuanya betul.. Hanya yang alaminya je faham huhu

Okay berbalik kepada video diskriminasi di Korea tersebut. Saya pun mangsa diskriminasi T__T 
Ada banyak hikmah rupanya.. Baca sampai habis tau


Saya ni, air mata dan Korean berpisah tiada. 

Ditarik tudung, ditarik baju, dipandang slek, di"hina" dan di"biarkan" berkesorangan tu perkara biasa di Korea. 

Terutama musim panas, panas di Korea memang sangat panas, berpeluh, tiada angin. Lain dengan panas kita di sini. 

Soalan wajib akan ditanya samada secara depan-depan atau pun belakang,

"TAK PANAS KE?" 

"ISH BUDAK NI TAK BETUL AGAKNYA, PAKAI TUTUP MACAM NI"

"BOTAK KOT DIA" hahaha (gelak mereka semua)

Ada yang datang depan-depan, kebanyakannya makcik-makcik 

"EH, AWAK DATANG KOREA, TANGGAL LA YANG ATAS KEPALA TU. SERABUT TENGOK. PANAS-PANAS MACAM NI BUAT APA PAKAI"

"TUHAN AWAK TAKDE KAT SINI, TAKPE TANGGALKAN"

Dan banyak lagi yang saya pernah alami, mungkin sebab saya boleh faham hampir 90% percakapan biasa mereka, jadi telinga ni mudah sangat tangkap apa yang mereka bualkan. 

Ada 1 kes yang buatkan saya sangat-sangat terasa dengan Korean ialah, masa musim panas 2015, bulan Ramadhan, saya ingat lagi kes ni berlaku di station berdekatan universiti saya, saya sedang tunggu train nak ke Itaewon rasanya untuk iftar. Pakai baju yang agak tebal sikit (saya pun tak sure kenapa pakai baju tebal), walhal musim panas, dan tudung hitam. Di stesen agak ramai orang sebab rush hour, jadi macam biasa saya ambil tempat menunggu di gerabak paling depan bila tiba-tiba makcik datang dan menjerit sambil pegang baju saya " TENGOK NI SEMUA. BUDAK NI TAK BETUL NI. PAKAI BAJU MACAM MUSIM SEJUK....(dia gelak2) ATAS KEPALA PUN BALUT JUGAK..DARI MANA LA NI..." 

Saya sangat terkejut dan blur sebab mungkin dia ingat saya tak faham apa yang dia cakap, padahal saya faham semua apa dia cakap... Saya sangat terkilan sebab makcik tu buatkan saya jadi bahan pameran di tengah-tengah khalayak ramai, dan hampir saja air mata ni jatuh kat depan tu juga...Tapi saya mampu tahan dan hanya senyap sahaja. Penonton lain hanya mampu pandang dan tengok skrin handphone sahaja. Serius, masa tu hati ni memang tahan sabar dan nak menjerit bagitahu yang saya sangat sangat bencikan KOREA.............


Kes ke-2 yang buatkan saya ada sebab TERBESAR untuk tidak ada kaitan lagi dengan KOREAN ialah hujung bulan ogos 2015, saya ditimpa kemalangan kecil dan kaki kanan saya terseliuh teruk, terpaksa pakai something kat kaki, hampir sebulan lebih terpaksa gunakan tongkat. Masa kejadian ialah musim cuti panas, tapi saya terpaksa hadapi kelas dan sekolah dengan berbaki 2 minggu pakai tongkat sebab masih tak elok sepenuhnya. 



Ni ha something tuu...


Teringat lagi kejadian pakai tongkat dalam kawasan universiti, jalan terhinjut-hinjut dan masa nak pijak tangga tersadung sedikit dan terjatuh. Ditakdirkan tongkat sebelah pun terjatuh ke bawah. Masa tu, ditambah hujan rintik-rintik, ramai je Korean yang pass jalan tersebut, dan nampak (atau buat-buat tak nampak), tapi tiada siapa pun yang hulurkan bantuan at least ambilkan tongkat yang jatuh.. T__T
Saya terpaksa mengengsot untuk ambil tongkat yang jatuh, sampai lah seorang foreigner lain datang dan tolong angkat tongkat dan tanyakan keadaan okay atau tidak untuk jalan. T___T 

Masa tu serius rasa terkilan dengan Korean.... 

Tak masuk lagi dalam kelas, mana ada orang nak satu group dengan foreigners. Mana ada orang nak duduk tepi kecuali dah memang takde seat dalam kelas tu. And the list goes on~

Kes ke-3 yang saya takkan lupa ialah semasa berita mengenai ISIS tersebar luas di media-media Korea. TV, Radio, semuanya berkenaan ISIS, tak ingat mungkin 2015 juga.. Masa tu saya sorang-sorang naik subway, berpakaian jubah hitam.. Naik sahaja train, saya duduk di tempat kosong bersebelahan seorang perempuan muda, mungkin dia agak tak selesa jadi dia bangun dan duduk tempat lain, kemudian lelaki muda jarak 2 seat dari saya pun bangun dan duduk di tempat lain. 
Faham tak masa tu macam mana perasaan saya.? Dan mula terdengar bisikan mengenai ISIS, Islam, TERRORIST........ 막 울고싶었엉 


Dan banyak lagi tak sanggup nak ingat.. :( 


Sampaikan saya macam fobia pun ada, tak nak ada kaitan langsung bila sebut Korea ke Kpop ke apa ke.. Faham tak perasaan yang nampak semuanya gelap dan buruk mengenai Korea.. 
Sampai lah.. waktunya ketika mana hari-hari akhir saya berada di Korea sebelum back for good..Saya rasakan benda-benda pelik terjadi.


Tahu tak masa saya fly back seorang diri back for good Mac lepas, sepanjang dalam flight saya menangis.! Yes, betul.. 

Macam tak percaya, kenapa la aku perlu menangis untuk kenangan-kenangan pahit tersebut?? 
Serius masa flight nak tinggalkan Korea, saya menangis betul (nasib sebelah kosong), sampaikan orang di sebelah sana 2 saat tengok, 3 saat tengok nak pastikan saya okay kot :p


Ada sebabnya kenapa la ha saya menangis macam berpisah nyawa dengan Korea ni..

Sebabnya ialah, 

Di sebalik memori-memori diterjah oleh ahjumma, di tidakpeduli kan oleh classmates, dibiarkan jatuh sorang-sorang kat tangga, dan sebagainya.. 


Di akhir-akhir pelayaran di bumi Korea tersebut, Allah hadirkan sesuatu... 


1. Paling best, dapat group design project yang paling BAIKKKKK. Teaching assistant yang baik, lecturer yang baik, dan group mates yang sangat-sangat sangat memahami foreigner.

2. Hari-hari terakhir nak balik for good, dalam subway ada seorang ahjumma ni berminat sangat dengan hijab, dia interview saya dan very kind. Dia tanya dari A-Z berkenaan hijab T__T

3. Dalam kelas design project, dapat kawan-kawan Korea yang faham mengenai susahnya jadi foreigner kat Korea. 

4. Kehidupan di dongyang ( masa buat diploma 2 tahun), paling best sebab Cikgu Jong.. Moga Allah balas jasa baik dia jaga budak-budak Malaysia yang banyak songeh ni... :)



Teringat satu perbualan dengan groupmates:

1 oppa pernah exchange study di Singapore, 1 unni pernah exchange study di Austria. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua cakap kalau diberi peluang lagi sekali, diorang tak nak jejak tempat mereka pernah belajar as exchange student. Susah nak adapt tempat orang. 

Sampai turn saya, saya senyap sekejap dan jawab;


"Kalau saya diberi satu lagi peluang, saya pasti akan datang lagi ke Korea. Bila balik nanti, saya akan rindu sangat2 Korea."
Semua terdiam dengan jawapan saya.


Kata mereka,"Tapi awak nampak macam susah hidup di sini, makanan susah, nak bergaul susah. Kenapa awak masih akan rindukan Korea nanti."


Saya terdiam. Saya risau sebenarnya nak jawab hihi

Rupanya dalam banyak-banyak kejadian kena diskriminasi, hati dan jiwa jadi kental, saya jadi makin matang dalam berfikir. Pengalaman-pengalaman teruk tu saya boleh ceritakan, yang sebenarnya macam ni macam tu apa yang ada di Korea yang kita tengok di tv tu jangan percaya sangat... (Serius, saya tak tengok langsung drama Korea , filem, Kpop apa benda selepas berada di sana!) ITS TOOOOOOOOOOO FAKE!!! 

Hakikatnya, memang sangat susah hidup di Korea. Terlalu banyak airmata tumpah di bumi ni. Tapi hanya Tuhan yang tahu betapa hebatnya impak bumi Korea ini kepada diri saya.


Mana mungkin saya tidak rindukan Korea.? Mana mungkin.? 
Sedih gembira suka duka bertemu di sini.Ibarat satu perkampungan kecil,Bila balik ke tanah asal, pasti akan dikenang.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Antara momen-momen terakhir saya di Korea, barulah Dia hadirkan pelangi untuk saya. 


Ya, betul dulu saya sangat-sangat bencikan Korea. Sangat-sangat,
tapi rupanya saya tak boleh nak padam hakikat Korea ada 1 tempat istimewa dalam memori saya. Huhu

Tiap kali saya pergi semula ke korea samada kerja atau cuti, perasaan tu masih ada cuma tak sama, 

Perasaan bermastautin di sana ialah perasaan penuh dengan suka duka, hiba tawa... 

Banyak sangat kenangan, mana mungkin saya mampu lupa.

Mungkin mampu benci, tapi lama-lama sayang balik... 

Sebiji macam akak tu cakap, walaupun dia mangsa diskriminasi teruk oleh orang Korea, tapi dia akui yang perasaan suka dan sayang Korea memang ada. 

Saya faham perasaan tu..

Hakikatnya, punca kenapa saya diperlakukan sebegitu ialah sebab ada benda atas kepala saya ni, ditambah dengan imej Islam yang dibawa. 

Umum mengetahui (skema spm sungguh) bahawasanya imej Islam di mata dunia, di mata pro-Amerika bukanlah imej yang baik.. Baca paper Korea, hari-hari kisah perang, kisah Isis, kisah Islam ni terrorist dan sebagainya.

Membawa imej berhijab/bertudung di negara minoriti, di negara yang tak tahu langsung Islam sebenar memang macam tu la.. Perit.. perit.. pedih sungguh hati masa tu.. 

Kat negara kita, tak rasa sangat pakai tudung ni sebab kita negara majoriti Islam, tapi kat negara luar kita ni yang bawa panji Islam.. Subhanallah~ 

Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk sesiapa yang masih berpegang utuh dengan amanatNya. 

Jagalah Islam, Allah pasti jaga kita.

Banggalah menjadi duta-duta kecil membawa panji Islam walau hakikatnya perit didalam jiwa..

(Selingan tazkirah......)

Sayang dan suka akan suasana Korea, rindu akan makanan Korea, rindu nak kena langgar teruk dalam subway.. (:P)

Haa, sape suruh benci sangat Korea, sebelum mati nak tinggalkan Korea la konon.... 

Jangan benci sangat, nanti rindu dan sayang! :D


Kan best macam ni, ahjumma ye...
Moga-moga di masa akan datang, diskriminasi dapat dikurangkan.
Tingkatkan prestasi.. #visitkorea #eh



p/s: Untuk sesiapa yang tak pernah rasa 차별,tahniah sebab disayangi Korean ^^ Dan untuk yang pernah ada pengalaman macam ni, kita geng nanti buat la blog juga :) 


Semoga bermanfaat!

5&6 Disember 2016
11PM 

Friday, December 2, 2016

Pengalaman TWOSOME

Assalamualaikum wbt. 


Sejuknya kat sini.. (eh, kat mana tu?)

Alhamdulillah maka berakhirlah 출장 kali ke-2.

Tup tap tup tap dah masuk bulan ke-3 kerja di sini. (jangan tanya di mana, rahsia besar kerajaan :p)

Sebabkan meeting terhabis awal harini, lepas lunch jalan-jalan sekejap di Jeju, sini winter maghrib awal, jam 6 petang dah gelap..

Boringnya la hai dok kat hotel, so apa lagi keluar lerr. Coffee shop!
After 3 months tak pernah lepak coffee shop mana2 di KL, sini memang coffee shop memangil-mangil~................ can't resist the seruan.. (bukannya selalu kan :(.... #bukanboros #bukanpelajarlagi #pekerjaboros? 

Favorite and cozy coffee shop goes to Twosome Place!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


30 November 2016


Nak share mengenai pengalaman naik flight yang first time in my life ever (harap-harap first and last).

Scariest flight ever.

Kalau dulu, saya sangat excited nak fly, rasa cam wah "esok flight nak g overseas, excitednya."
Tapi lepas kejadian beberapa hari lepas, sampai sekarang saya tak mampu nak fikir macam mana nak balik Malaysia esok. 

Trauma. Fobia. Menggeletar seluruh badan bila flight speed up 100km/h nak elak turbulence, naik turun naik turun macam roller coaster (in fact, i hate ride roller coaster etc). Everyone started to scream....T__T 

Rasa macam hidup semula....


비행기 타기 싫어진다......


Tapi, betullah bila ingat mati, rasa dekat dengan mati boleh memberikan keinsafan segera. 

Agak-agak dalam kehidupan yang kita (saya) lalui ni, boleh terkira tak berapa banyak dosa dan pahala kita buat?

Tak...kan..

Untuk rasa mampu masuk syurga pun rasa tak mungkin.. T___T

Teringat bacaan mengenai syurga & neraka sangat menginsafkan dan menakutkan. 
Buku dimulai dengan gambaran-gambaran neraka yang bagaikan "makhluk" memanggil-manggil dan tidak pernah puas untuk menyeksa manusia. 

Manakala gambaran syurga pula, dipenuhi keindahan yang tidak dapat dibayangkan, cuma pembacaan terhenti terkelu bila mana ganjaran untuk penghuni syurga ialah dapat melihat "wajah" Tuhan Sekalian Alam, di mana tidak ada satu orang pun yang pernah melihatNya, hatta Rasulullah SAW sekalipun. 
Nikmat teragung untuk penghuni syurgaNya. T_____T

Bila baca dan baca makin takut akan dosa yang pernah dibuat, mampukah untuk jadi seorang penghuni syurga, paling tidak mampu kah untuk bawa ahli keluarga bersama-sama menjadi penghuni syurga. 

Pengakhiran pembacaan, disedarkan kepada manusia untuk bermuhasabah bahawa di akhirat kelak nisbah 1000:999 akan dihumban ke neraka. T__T 

Maksudnya dalam 1000 orang, hanya 1orang sahaja yang layak ke syurga selepas ditimbang berat dosa & pahala. Scary... 
Layakkah saya dan keluarga, rakan-rakan, dan semua yang ku kenal termasuk dalam nisbah 1orang tersebut?

Jom kita sama-sama muhasabah diri, mati boleh jadi bila-bila masa,mungkin hari ini, mungkin esok tapi hakikatnya MATI ITU PASTI. 

Orang yang dah MATI beria-ia untuk hidup kembali nak tebus masa yang disia-sia semasa hidup  

Allah, ampunilah segala dosaku, keluargaku, sahabatku dan yang membaca ini. Ampuni kami dan rahmatilah kami. 



p/s: Tiap kali dapat jejak kaki ke bumi tempat membesar dulu, perasaan membuak-buak nak duduk sini lama-lama, nak jumpa semua orang, nak pergi semua tempat, nak pergi uni, jumpa prof, cikgu-cikgu dan ramai lagi....

Tapi apakan daya, datang untuk kerja. 

후배들아, 시간이 있으면 얼마나 만나고싶은데.. 


Jeju City, KR
1847/ 2 Disember 2016


Sunday, September 25, 2016

Menganggur..? KEEP CLAM AND...?

Assalamualaikum wbt



Tiba-tiba rasa blur dah nak mengarang sini lepas blog ni di "terjah" reramai ekoran pasal cerita pelajar oversea boros(https://haneulsonata.blogspot.my/2016/09/pelajar-oversea-itu-boros.html. )Blog kita biasa-biasa je, bukan blog artis, bukan blog nuffnang dan seangkatan dengannya, terkejut sampai blog views meningkat 30k++. Itulah, harapnya sedikit perkongsian pengalaman tersebut dapat dijadikan tauladan untuk semua yang masih bergelar pelajar ye! (tak kira lah over the sea ataupun under the sea sekali pun)

This time nak bagitahu pelajar-pelajar semua bahawasanya hidup selepas graduasi itu sangat menakutkan! 

Lepas grad hujung Februari 2016 (exact 24 Feb), dan bfg(back for good) 11 Mac 2016, ditakdirkan aku "terpaksa" menanam anggur dahulu di sekitar kampung. 

Tapi betul lah rancangan Dia memang sangat tepat untuk aku, 5 bulan berada di rumah ibarat tebus balik masa-masa yang hilang selama 5 tahun aku berada di Korea dulu, untuk baktikan diri kepada ibu bapa. 
5 bulan sama-sama harungi onak dan cabaran, sama-sama ketawa, dan sama-sama menagis. 
Aku tak malu untuk katakan bahawa tempoh 5 bulan tersebut aku belajar banyak perkara dalam hidup. Kadang-kadang, dalam hidup ini bukan semua perkara/masalah boleh diselesaikan dengan teori math, sains, engineering, tapi melalui pengalaman. Macam mana pengalaman tersebut mengajar aku bahawa hidup ini tidak hanya bergantung kepada berapa banyak gaji, berapa mahalnya kereta, ataupun berapa mewahnya rumah yang anda miliki.. Tetapi, berapa banyak bakti yang anda curahkan untuk kedua ibu bapa anda. (haih, homesick ke kak?)

Jadi, sepanjang tempoh menggangur tersebut, of course ler aku sempat "memboroskan" duit yang dibawa pulang dari Korea tu. Dalam tempoh tersebut, 2 3 kali dipanggil interview, 2 3 kali naik KL untuk ekspo pendidikan dan program tarbiyyah. Semuanya memerlukan duit bukan? Itulah pentingnya duit bfg tersebut. Bukan sedikit sebab aku berada di Kelate, nak naik KL (nak-nak jenis company yang bagi last minute call), tiket flight saja boleh cecah 300 ringgit, plus teksi, tempat tinggal (so far, tempat tinggal free), makan dan sebagainya. Kalau berteman ajak adik, kena coverkan untuk dia sekali.. Bukan sedikit duit kat situ yer, beratus-ratus melayang untuk 1 interview. 

Plus, dulu teringin sangat nak sambung belajar (sekarang ni pun), pergi sendiri ke universiti tersebut (mak dan adik), makan duit tiket pun kena sedia sekali :) 

Sebab tu lah, hidup menganggur akan jadi lebih ngeri jika kita tiada simpanan untuk ke tempat-tempat tersebut. 

Sampai lah bulan ke-5, dapat 1 panggilan tawaran untuk 1 kerja yang aku sangat minat (So far so good alhamdulillah), dengan salary yang sangat okay (untuk fresh grad), fikir punya fikir, why not ambil pengalaman di sini dahulu ye. In fact, kerja yang berkaitan dengan major kos pun reject kita, so kita ala-ala berubah mood kepada aliran lain lah.. 

Bila nak start dunia baru kerja ni, ingat sikit ke nak pakai duit? 

Masyallah, banyak sangat..(berpeluh)

Duit deposit sewa bilik, barang-barang dapur, pakaian, dan kelengkapan lain nak cecah beribu riban jugak tu.. (haaa, takut kan kalau takde duit simpanan bfg).. huhu 

Lepas tu, fikir punya fikir kat KL naik public transport is Okay, not bad. Cuma kenapa la ha mahal sangat.. Dari rumah ke tempat kerja memang tak boleh jalan kaki, jauh dalam 10km. Nak menyewa berdekatan dengan tempat kerja, masyaallah double harga dari sewa sekarang. 

Sebulan pergi kerja naik public transport (return fare : RM10), if balik kerja lambat ada event, etc terpaksa ambil grab/uber (oneway: RM16~RM26). Sepanjang kerja, boleh kira berapa kali je balik sewaktu awan masih cerah, yang lain semuanya balik lambat (Korean company style) T___T

Nak tak nak memang kena ada kereta. (Haaaa duit lagi!) 

Awal-awal dulu survey punya survey kereta, nak kereta import sajo, tak pandang lah kereta buatan Malaysia ni. Dulu (masa belajar) ada mindset student oversea kot mesti lah pakai kereta import (paling teruk pun kereta Korea la, KIA, Hyundai baru nampak keKOREAan).. Even masa nak decide beli pun, masih terbayang-bayang kereta idaman tersebut (ansuran bulanan 1k+ pun mampu je, why no?), TAPI! Let say if betul-betul ambil kereta tu memang ternganga laa.. sesak takde duit simpanan!


Kenapa fresh grad HARUS pakai kereta buatan Malaysia/second hand saje?


1. Kereta bukan ASET! Harga turun setiap masa, jadi berwaspadalah! (unless rajin buat grab/uber atau jadikan rental car, it will become aset)

2. Nak-nak untuk perempuan yang tak biasa drive di kota KL ni, tolong la pakai kereta biasa-biasa, kesian kereta mahal awak tu.. (First week aku pakai dah 2 3 kali tonyoh dinding, palang TnG..) T__T

3. Kereta tak perlu mewah, unless awak punya gaji boleh cover 2 (duit simpanan hasruslah sebanyak mana ansuran kereta). Let say ansuran RM900, simpanan pun kena ada RM900 juga (ni teori aku je) huhu 

4. Parking kt keyell ni mana ada free! (memang kereta terbiar je lah bawah panas, hujan, ribut, banjir sekalipun) 

5. Alah, kenapa tak beli kereta second hand je?? (Memang niat nak beli 2nd je, just mungkin pengalaman abg2 ku tak molek dengan kereta 2nd, both parents tak benarkan-- kita haruslah mendengar kata orang tua kan, baru berkat...gituuu)


Nasib sempat baca blog ni, serius sangat random terjumpa blog tersebut masa tengah review pasal kereta, sangat membantu..(http://zaren88.blogspot.my/2015/11/proton-iriz-exec-review-yang-tertunda.html)

p/s: siapa yang nampak kereta comel ni ada sticker Korea, boleh say "annyeong

Yang penting, aku pastikan ansuran bulanan memang cukup-cukup sahaja, dan make sure simpanan bulanan lagi banyak dari ansuran kereta. 

So far, kereta ni boleh tahan lasak dia, tonyoh sana-sini masih maintain keayuan dan kesopanan dia, plus comel dan seiras dengan kereta idaman dulu-dulu. :D

Aku memang tak reti lah pasal kereta ni, minggu pertama try n error bawa ulang alik ke tempat kerja, heavy traffic pergi 40 minit, balik 40 minit, minyak aku isi RM50 (full tank) boleh tahan sampai seminggu, dan masih ada beberapa bar. Super jimat! 


Jadi, kepada pelajar-pelajar yang bakal masuk ke alam kerjaya, dunia belajar dan selepas belajar sangat berbeza. 

Ambil pengalaman sebagai pelajar sehabis baik, kalau tak dapat kerja terus lepas grad,
keep calm and be good to your parents.

Serius, bila dah kerja tak sempat nak luangkan masa dengan mereka lagi. (Rindu sangat masa dulu-dulu, rindu nok baloh ngaju) T___T



Tiada harta mampu balas jasa
kedua ibu bapa,
anugerah terindah dari Dia untuk semua hambaNya.
-Balqis bt. Ammar
Sept 2013






Take it positif, enjoy tempoh menganggur dan sentiasa doa dan tawakkal. 

Rezeki itu Allah yang pegang, bukan atas pointer bukan atas sebab lain.

Yang penting, jangan lupa menyimpan hatta sesen sekalipun!

Semoga bermanfaat.



p/s: Terima kasih atas ucapan dan kata-kata baik berkenaan post lepas, ucapan dan kata-kata baik anda semua ialah refleksi kepada peribadi anda juga! 

May Allah ease and bless all of us :)



Saturday, September 17, 2016

pelajar oversea itu BOROS.?

Assalamualaikum wbt.


Harini banyak masa nak mengarang sebab cuti, kan.


Kisah kali ni rasa kena proper sikit bahasanya sebab input yang berguna untuk semua, harapnya.

Tajuk macam nak cari gaduh, kan?
Ye lah, tajaan free-free, takde kena bayar lepas habis belajar..
(tengok staf tempat kerja hempas pulas dok bayar PTPTN, saya kena 100 kali bersyukur ni)

Jangan marah na, jom baca dulu

Tapi tajuk ini saya gubahkan sedikit kepada sesi perkongsian kisah sebenar yang dialami saya sendiri. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu saya dihantar belajar ke Korea awal tahun 2011, saya bersyukur sebab sampai-sampai di sana, saya diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar di sana, ada kakak-kakak senior yang solehah tolong kami pelajar baharu dari A sampai Z. 

Pada awalnya, saya ingatkan saya tidak mengalami sebarang "culture shock", kawan-kawan ada sentiasa di sisi, senior sentiasa ada kalau perlukan pertolongan dan ada halaqah (usrah) setiap minggu juga untuk pelajar baru di sana. Memang tak sempat nak culture shock pun, dikelilingi biah soleh di Korea, alhamdulillah. (Ada masa nanti, saya akan kongsikan mengenai kenapa di negara Kpop itulah bi'ah pelajar di Korea soleh & solehah)

Tapi, rupa-rupanya "culture shock" saya ialah lebih kepada BRANDING.

Mana taknya, first time pegang duit banyak-banyak dalam hidup. Dahla baru umur 18 tahun, duit dalam bank (padahal duit tajaan) banyak berkepuk.

Anggaran duit perbelanjaan masa itu, lebih kurang rm1800/bulan..Tapi compared to other countries, Korea paling rendah within the living cost. Kalau di Korea, rm1800 ni around 600 ringgit. 

Branding-CULTURE-shock: 

Maksudnya ialah saya gemarkan membeli barang di tempat-tempat dan barangan yang berjenama, berbanding kedai dan barangan biasa. Pada awalnya, saya tidak sedar langsung habit saya ini, tapi lama kelamaan saya perasan dan tidak dapat ubah sebab persekitaran pada masa itu memang gilakan branding. Maksud saya ialah persekitaran Korea tersebut.

Dari bawah sampai ke atas, barangan yang saya pakai mestilah ada brand.

Dari sekecil-kecil brand baju, kasut, beg, dan sebagainya.

Baru second year, tapi dah pakai COACH memang tak kena la kan?

Tak masuk makanan lagi, saya selalu pilih kedai-kedai yang ada "class" dan disebabkan saya coffe-holic haruslah coffee shop yang ada brand di Korea (Toms toms, Cafe Bene, Gongcha, Hollys Cafe, Pascucci Cafe dan banyak lagi)- Brand cafe ni kira macam 'Setabak Coffee' lebih kurang, and the fact is kat Korea, depa tak layan sangat Setabak, sebab Coffee diorang lagi best :)

1. Kasut mestilah ikut trend sana, ada satu kasut New balance yang sangat limited masa tu saya sanggup tunggu dan beli sebab nak ikut gaya dan trend sana.

Keluar kasut Onitsuka tiger, terus beli tak fikir panjang. Kasut Vans berapa biji saya beli.. And the list goes on..

2. Beg memang selalu update, tengok perempuan Korea pakai beg tu cantik, terus cari kat online shopping letak dalam cart. Beg sekolah, beg travel mesti ada jenama, North Face. Boleh kira berapa banyak semua duit dihabiskan.

Elaun masuk terus click click dan tadaa siap.

Di Korea sendiri, online shopping memang sangat efisien,  order harini esok petang terus sampai.

3. Pakaian mestilah berjenama, Uniqlo HnM Zara, Forever 21 . Untuk pelajar tahun pertama pakaian sebegini dikira berjenama lah. Hujung bulan nak masuk elaun mesti tengok website online shopping siap sedia nak beli. 

4. Gajet jangan cerita la, memang Apple maniac. Laptop Macbook, Handphone Iphone la.
Ada ipad dulu masa tengah famous ipad. Ada ipod masa famous ipod.

5. Winter(spring,autumn) coat haruslah ikut musim. Musim spring , autumn, winter memang time saya shopping habis-habis. Suka dengan fesyen sana. Masalahnya, 5 tahun musim berubah, 5 kali lah bertukar jaket/pakaian. Endep up, nak balik bfg sedekah kan semua kepada junior. 

Gaya hidup di Korea memang mempengaruhi saya banyak dari segi branding.
Nasib baik nya ialah tak terpengaruh dengan ke"obses"an mereka dalam plastic surgery. :D


2012~iphone 4s fever in Korea.
Boleh nampak kan semua pakai ip4s, termasuklah yang pakai tudung tu. 




Hidup dikelilingi budak-budak Korea yang hari-hari update branding item sampaikan saya terpengaruh sekali. 

Tapi dalam masa berboros tersebut, memang tak pernah kesuntukan duit, sebab saya buat part timer sebagai tour guide juga. Jangan risau, pelajaran memang saya jaga, pointer memang jaga dan tak pernah dapat GPA teruk. Alhamdulillah 

Ditambah pendapatan jadi tour guide ni, lagi lah over. Dapat duit terus fikir nak beli apa untuk ditunjuk kepada kawan-kawan Korea..

Kalau dikira memang mampu pun sebenarnya, tak kacau duit elaun pun. Kenapa nak risau kan.? Dah kerja penat-penat mestilah nak reward diri sendiri dengan barangan best-best, tapi kalau dah lebih kepada kehendak bukan keperluan, kena fikir balik.


Ada satu status di FB pakar kewangan yang buatkan saya sangat-sangat sentap;

"Ramai orang panik bila dengar-dengar ekonomi Malaysia akan gawat tak lama lagi. Viral terus weih! Forward sana, forward sini.
Tapi ramai orang tak kisah pun dengan ekonomi sendiri yang dah memang gawat sejak bertahun-tahun dulu tu. Haha.
Petanda ekonomi sendiri tengah gawat adalah takda duit simpanan dan bertambah-tambah hutang jahat. Please take note" -HF #harithfaisal 


Okay, berbalik kepada cerita,

Masa itu, jangan harap la nak fikir menyimpan. Satu sen pun tak pernah simpan.

Hari-hari study di Cafe Bene, hari-hari beli kopi mahal. Padahal kopi 3in1 pun boleh je, sebab habit nak kena study tempat mahal, sanggup tu..

Perkara ni berlarutan sampailah saya masuk tahun ketiga universiti, 


Tahun ke-3, saya diberi amanah oleh senior untuk pegang usrah adik-adik yang baru sampai ke Korea. Pada awalnya memang saya tolak atas banyak sebab, tapi lepas fikir masak-masak semua, saya terima juga walaupun berat. Amanah untuk jadi seorang dai'e banyak perkara perlu dikorbankan.

Bila dah pegang usrah, bila dah baca bahan-bahan untuk dibentangkan, banyak perkara saya muhasabah. Tapi, masih boros dalam belanja..T___T 

Tuntutan sebagai dai'e yang menuntut pengorbanan wang dan masa masih belum menyedarkan saya mengenai pentingnya rancang kewangan sebaiknya. 

Sampai lah satu hari, dalam bulan Ramadhan 2014..
Saya perasan duit dalam bank saya hanya ada 5,000won (RM18)sahaja, padahal saya masih ada 1 minggu plus di Korea sebelum pulang beraya di Malaysia.

Masa tu saya memang sangat-sangat malu untuk minta tolong kawan-kawan, saya mula sedar dan menyesal atas segala perlakuan boros saya. Saya sangat-sangat malu sebab saya seorang dai'e kepada adik-adik, tapi saya sendiri boros berbelanja mengikut nafsu, mengikut gaya trending orang sekeliling. Malam tu, saya menangis pertama kali menyesal. Untuk menceritakan kepada family jauh sekali, saya tidak akan sekali-kali menyusahkan mereka mengenai masalah kewangan.

Esoknya, 

Saya dapat mesej dari seorang kakak A, dia berada jauh nun di Busan, dia tanyakan akaun bank saya. Bila saya tanyakan kenapa, dia diamkan sahaja.  Saya turutkan sahaja mungkin dia ada nak minta tolong. 

Malam selepas habis program iftar dengan adik-adik, saya tergerak hati nak check duit dalam bank saya, dan sangat-sangat terkejut bila tengok ada berpuluh2 ribu won (beratus-ratus ringgit) dan bila tengok nama, memang kakak tersebut yang masukkan ke dalam akaun.

Saya call kakak tersebut, dan dia cakap dia sekadar membayar zakat sebab saya masih pelajar. 

Allah.. saya menangis kesyukuran..

Dan dari hari itulah, TURNING POINT  kepada satu kehidupan saya yang baru.

Bermula dari sem kedua tahun ketiga sehingga graduate sebagai pelajar di sana, saya belajar mengenai kehidupan berdisiplin terhadap wang. 

Saya mula dari zero mengenai perancangan wang, kawan-kawan saya mungkin sudah lama menyimpan untuk tabung selepas grad, tapi saya baru bertatih..

Disebabkan saya ni otaknya agak berbisnes, saya mulakan bisnes jual tudung di Korea, saya mulakan pakej travel juga. Melalui dua bisnes sembunyi-sembunyi ni, saya plan dan atur kewangan saya.

Makan memang jaga, shopping branded items tiada lagi. Kalau dahulu duit dari hasil part-timer saya habiskan dengan beli beg branded, kasut branded, minum di coffe shop mahal, makan makanan mahal, selepas tragedi tersebut tidak lagi.

Habis kelas pagi, terus ke market cari fabrik untuk jual tudung. Ada masa lapang, balas mesej pelanggan bertanyakan pakej ke Korea. Ada waktu free lepas kelas pagi, sempat buat kerja ajar mengaji al Quran anak pegawai Embassy. 

Teringat pulak makan nasi segera beli 1 dozen untuk buat bekal, makan dengan serunding atau sardin. Nak jimat. TT

Dapat duit hasil bisnes, saya asingkan dan ikut currecny exchange semasa RM jatuh, saya tukar untuk dapatkan kadar RM yang banyak..
Saya buat simpanan di bank yang memang tak boleh swipe guna kad ( 주택청약종합), setiap bulan akan ditolak dari elaun. Alhamdulillah, duit ini saya namakan sebagai bekal duit bfg.
Disiplinkan diri aliran perbelanjaan setiap minggu.

Disebabkan saya ni suka travel, saya aim masa tu nak pergi Turki lepas habis belajar, jadi saya start simpan duit sikit-sikit. 1 tahun setengah dapat cover semua, hasil duit 3 kerja tersebut. 


Banyak penat jerih saya lalui pada masa tersebut, saki baki setahun lebih untuk saya tebus balik perbelanjaan yang saya boroskan dulu.. Masa tersebut memang masa paling sibuk dalam sejarah saya, sampai junior-junior boleh panggil "akak menteri besar". Sibuk mengalahkan MB kata mereka.. (rindu adik2 skk) :(


Sebab kehidupan selepas grad sangat-sangat menakutkan dan menuntut wang yang banyak. T__T


Alhamdulillah, saya rasa sangat-sangat bersyukur, saya disedarkan dari kelekaan dan kelalaian ketika saya masih bergelar seorang pelajar. Saya tak dapat bayangkan sekiranya, sampai bekerja pun saya masih amalkan perbelanjaan boros, nak ikut trending setempat, biar papa asal bergaya huhu


Setahun setengah antara kesibukan bergelar student final year, dan kesibukan cari duit tabung untuk bfg(back for good), Allah banyak mudahkan rezeki saya.

Terus terang saya katakan, bajet semua travel saya ke Turki (boleh baca di sini: https://haneulsonata.blogspot.my/2016/02/travelog-penuh-ke-turki.html?showComment=1474103985239 ) ialah dari simpanan saya sejak dari kisah turning point tersebut.

Dan saya tak malu untuk mengatakan bahawa, hasil jimat cermat, berkat pengurusan wang hanya setahun setengah saya mampu bawa pulang cash lebih dari lima belas ribu ringgit ke Malaysia.
Plus duit yang memang sedia ada dalam dollar, dan juga cash won. Subhanallah~ let say kalau saya start dari awal, mungkin saya mampu kumpul 4 kali ganda daripada jumlah tersebut. (15*4=60k) wah, boleh buat modal beli rumah terus! 

Sejujurnya, kisah saya ini memang memberi efek kepada saya sampai ke hari ni. Walaupun saya baru sahaja bekerja, dan bulan ini merupakan bulan pertama gaji penuh, saya sampai tak boleh tidur, memikirkan cara untuk saya urus atur kewangan semasa bekerja ni. Hidup dengan gaji sebanyak ini di kota metropolitan hanyalah berstatus miskin di KL, kalau di KB dah boleh hidup mewah.

Bayangkan lah sewa bilik sahaja dah cecah RM450. 1/3 lagi kecil dari bilik saya di kampung. Huhu

Saya godek-godek blog dan follow orang-orang bijak perancangan kewangan supaya kewangan saya juga mampu diurus elok, sekarang nak kongsi memang zero. Kena tunggu 3 bulan gaji dahulu baru boleh tengok macam mana jadinya.

Satu sahaja harapan saya, saya mahu contohi ayah dan mak saya, sangat bijak dalam pengurusan kewangan walau bergaji bukanlah berpuluh ribu, mampu sediakan kami 6 adik beradik harta dan tanah untuk masa depan kami. Sedangkan dia yang bekerja penat lelah, semuanya demi anak-anak dan generasi akan datang. Adat kita, harta yang kita ada sekarang ini, hasil dari mak nenek kita dulu, simpan duit beli tanah untuk diwariskan. Terus sampai ke generasi ayah. Kita.?

Sebab tu, saya juga mahu menyediakan sesuatu untuk anak-anak dan generasi masa depan.

Jadi, permulaannya mestilah dari saya sendiri.

Nasihat saya kepada adik-adik pelajar, belajarlah menyimpan dari zaman anda masih belajar, nescaya bila anda sudah masuk alam pekerjaan, anda tidak akan terpengaruh dengan kemewahan di sekeliling.

Menyimpan di sini, bukanlah bererti ikat perut (tak keluar ke mana-mana, tak makan sedap sebulan sekali, jadi kedekut)..Bukan, tapi dalam konteks berjimat mengikut keperluan sahaja..

Terutama di oversea, dapat cuti memang nak jalan-jalan travel kan, alang-alang dok sana. Yup, saya faham, sebab hobi kita sama. Saya dah travel semua pelusuk Korea sepanjang di sana, 1 kali semasa zaman buta kewangan, dan 1 kali selepas kembali ke pangkal jalan. SANGAT BANYAK BEZANYA.


Menabung, berjimat bukan sahaja amalan yang dititik beratkan dalam Islam, tetapi untuk kesenangan diri sendiri dan generasi kita seterusnya.



p/s: Untuk adik-adik di Korea, saya cabar anda simpan lagi banyak dari saya supaya anda balik boleh terus beli kereta second hand!




rindu musim luruh di Korea.
2013


Pelajar oversea itu Boros?

Ye, saya lah orang itu.. harapnya bukan anda.

Saya lah bekas pelajar yang buta ilmu kewangan, juga bekas pelajar oversea yang BOROS!

Ini kisah saya, semoga menjadi ikhtibar buat semua rakan-rakan, adik-adik terutama di luar negara (saya tak tahu macam mana keadaanya pelajar di dalam negara, jadi saya khaskan untuk luar negara  dahulu).



Kongsikan jika bermanfaat.