Assalamualaikum wbt.
Untuk kawan-kawan yang baca
blog ni yang follow aku di sosial media, pasti tahu yang bulan puasa
haritu aku dijemput ke rumah Allah.
Tanggal 23 Ramadhan
1440Hijrah, aku bersama-sama ibu bapa dan adik perempuan ku (merangkap yang
masih single mingle dalam adik beradik kami) diberikan peluang untuk ke 2 Tanah
Haram (Haramain) iaitu Mekah dan Madinah. Pemergian kami ini ditaja khas oleh
penaja FA&MA (Father & Mother). Alhamdulillah.
copy gambar sahabat:) |
Niat nak pergi Mekah dah lama ada, masa belajar
lagi. Rasa “jelaous” sangat sangat tengok kawan-kawan muda mudi dapat tunaikan
umrah dan haji. Antara doa yang selalu aku kirimkan dekat mereka yang sampai
ke Tanah Suci Mekah ialah semoga diri ini juga dipermudahkan dan berpeluang
juga ke Mekah selain doa-doa wajib lain(well, all the single ladies out there
should know what kind of doa right?) Awal tahun 2019, entah kenapa rasa
membuak-buak nak ke Tanah Suci, tengok kalendar cuti sekolah adik & cuti
kerja, tarikh yang paling sesuai ialah masa bulan puasa dan awal Syawal. Sebenarnya,
awal tahun 2016 lagi after balik dari Korea lepas grad bulan 3, mak pernah ajak pergi buat umrah sebab masa itu tak kerja lagi, tapi entah kenapa masa tu
“rasa” tu belum datang. Tak tahu macam mana nak explain, tapi kali ni 2019
“rasa” yang takde tu membuak-buak dan rindu nak ke Tanah Suci walau tak pernah
jejak. Hari-hari dok skrol gambar Tanah Haram dan baca pengalaman-pengalaman
orang yang pernah jejak ke sana. Nak dijadikan cerita sebab aku pun tengah sambung masters, kebetulan tarikh pemergian aku tu tak ganggu kelas, nampak tak Allah bagi smooth perjalanan kami untuk ke sana.
Pertengahan Januari, kebetulan masa tu berada di kampung dan terus berbincang dengan family & diorang semua ok dengan tarikh yang dicadangkan iaitu hujung Ramadhan dan Awal Syawal. Balik KL terus bincang dengan team leader dan rakan sekerja sebab kena persetujuan mereka supaya cuti semasa raya tu diberikan kepadaku. 다들 진심으로 고마웠음 ㅠ. Almost sebulan juga baru dapat jawapan dari pihak atasan.
*Sebenarnya
ada story juga di sebalik ini. Ada a few ujian juga la sebelum dapat book
betul-betul pakej hujung Ramadhan & Syawal sebab pakej almost sold out dan
harga pakej yang agak mahal banding bulan-bulan biasa. Pakej yang dipersetujui
oleh kami sekeluarga ialah pakej yang paling murah di antara pakej-pakej lain
iaitu pakej bawah 10K, tapi ada berlaku miscommunication sikit di sini bila
ayahku salah faham dan bila dia berurusan dengan ejen di KB, orang sana
bagitahu pakej bawah 10k dah habis, tinggal yang 11k dan ke atas. Jadi, diorang
taknak la pakej mahal dan call aku cakap kita postpone lah umrah Ramadhan sebab
harga agak mahal untuk proceed.
Tapi aku
tetap tak puas hati sebab aku dah pernah call akak ejen tersebut dan dia
sendiri cakap masih ada seat untuk pakej bawah 10k. Faham tak jalan cerita ni?
Haha
Aku
berkomunikasi dengan phone sahaja dengan akak ejen di KB sebab aku kerja di luar KB dan aku serahkan kepada mak ayah untuk pergi ke ofis mereka. Jadi
ada 3 ways of communication here. Akak ejen itu pulak salah faham adoii.
So after
ayah bagitahu dia taknak proceed sebab harga mahal, aku terus call akak ejen tu
cakap ayah datang tadi dan pihak mereka cakap pakej dah habis. Rupanya akak tu
dah simpan siap-siap 4 seat terakhir untuk aku dah. Cumanya dia tak tahu yang
datang tadi adalah ayah aku, dia ingatkan orang lain, jadi dia cakap seat untuk
pakej bawah 10k dah habis. Huhu faham tak perasaan dia camne?
Then aku
cepat-cepat call ayah aku dan explain semua yang seat untuk kita semua dah
disimpan. So keesokan harinya, ayah aku pergi ke HQ ofis sekali lagi untuk
terus bayar booking dan ta—daaaa dah confirm dan booking siap. (awal bulan 3 all things settled, dan tarikh kami ke Tanah Suci ialah 27 Mei-8 Jun)
Story kedua
ialah sepanjang konflik miscommunication pasal nak booking pakej ni,
I was in a
very difficult situation gituuu. hahaha
Aku takleh
(taknak) cerita panjang-panjang, cumanya aku sujud syukur sebab hari yang sama
aku diuji dengan manusia, Allah kutip aku balik dan kurniakan rezeki
untuk aku jejak Rumah Dia. I was a bit broken, tapi Allah tu sangat Maha
Penyayang. Dia heal aku dengan hadiah yang sangat-sangat bermakna. I cried all the days, bengkak mata sis tau :D
"Two different news, antara cinta kepada manusia dan cinta kepada Tuhan. Nyata Cinta kepada Tuhan itu tidak pernah mengecewakan."
Bulan 3 pula aku baru start semester pertama masters (part time), on alternative weekend, jadi masa nak prepare for umrah, dengan kelas lagi hujung minggu quite struggle juga lah. Dan aku kena minta ejen tukar tarikh kursus umrah sebab clash dengan waktu kelas. Nasib baik ejen tersebut sangat ok. Sempat juga aku grab buku berkaitan umrah di MPH dan start baca mengenai pengalaman-pengalaman orang lain.
Aku dulu
sebelum jejak Haramain, nak pusing dunia dulu nak pergi UK, US, Swiss, Turki, Spain dan
banyak lagi Negara omputih lain yang lawa-lawa tu, wallahi tak pernah ada dalam
list dan tak pernah berimpian untuk ke Tanah Suci Mekah, dan Madinah :(
Kalau lah
“rasa” tu dah lama ada, pasti aku dah banyak kali ke Mekah. Tapi takpe, ada
hikmah dan sebab yang manis untuk semua ini.
Jadi jom niatkan dalam hati nak jejak Tanah Suci Mekah. “Umur sekian-sekian, aku nak jejak Tanah Suci dengan family, maka permudahkanlah”- (contoh). Jemputan ke Mekah ni bukan untuk orang yang alim, solehah, dsb, tapi jemputan ke Tanah Suci ialah untuk pendosa (kita semua), untuk sucikan dosa-dosa yang terlalu banyak. Tiada istilah “aku nak kena alim/soleh/warak/syumul dulu baru nak g Umrah/Haji”, sebab kita tak tahu pun bila masa kita akan jadi seperti itu, kan?
Usia muda, ada rezeki lebih, ada cuti, azamkan nak jejak Tanah Suci Mekah.
Jom niatkan dalam hati & tanam azam nak jadikan Kota Suci Mekah tempat paling banyak kali kita boleh pergi sepanjang hidup, insyaallah.
because... The feeling
was different, the feeling was real.
Umrah itu sangat memenatkan rupanya, tapi
puas hati!!
Nak saie 7
kali Safa-Marwah penat wallahi serius!
Okay sampai sini dulu,
insyallah aku nak kongsikan semua kisah dan pengalaman manis aku sepanjang di
sana. Ujian sakit seawal di dalam flight, ukhuwwah tercipta di Haramain, pengalaman berpuasa di Madinah dan Mekah, pengalaman solat sunat Aidilfitri, pengalaman beraya di rumah orang Arab di Tanah Suci dan tips umrah di usia muda.
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment