Assalamualaikum
#gaiss
Bahagian 2 ini nak cerita persediaan
sebelum berangkat ke umrah dan beberapa perkara yang jemaah wanita kena take
note sebab kita kan special case sikit berbanding jemaah lelaki.
Seperti
persediaan untuk ke Negara-negara lain, kita mesti ada check list item kan bila
kita nak berkunjung ke Negara yang kita tak pernah pergi. Tapi yang bezanya, untuk umrah ni, ianya bukan
sekadar “melancong” ke luar Negara semata-mata, tapi ianya adalah pergi yang
untuk mendapatkan sesuatu, iaitu keampunan daripada Allah SWT dan sudah
tentulah untuk nak mendapatkan umrah yang mabrur.
Untuk
check list item, aku rujuk 100% satu blog ini, (link) sebab sangat-sangat
membantu urusan aku menyediakan barang-barang sebab tak pernah jejak kaki ke
sana. Terima kasih daun keladi tuan punya blog!
Cumanya, sebab terlalu “perfectionist” , aku ter”over” bawa barang pulak.
Contohnya, payung sebab sana musim panas kan, aku sediakan 4 payung sebab kami
berempat kan. Padahal tak pernah guna pun sepanjang di sana lol Menambahkan
berat beg adalah.
Contoh barang yang tak patut bawa seterusnya ialah
jubah-jubah yang terlalu colorful sebab kat sana last-last asyik pakai abaya
hitam sahaja the whole days for 14 days. Same goes to all the colorful shawls
yang kita biasa pakai di Malaysia, kat sana hari-hari pakai telekung dan abaya
hitam serta shawl/tudung hitam. Mak dah pernah buat Haji dan pernah buat umrah
sebelum ini, jadi dia dah nasihatkan aku bawa abaya satu je dari KL dan boleh
beli kat sana, aku ni jenis tak dengar kata pulok bawa banyak abaya. Haha
last-last kat Madinah ended up beli abaya lagi dan lagi, sampai tak muat
luggage. Ikutkan hati nak beli banyak lagi sebab lawa dan murah, tapi luggage
nak isi benda-benda penting lain.
Contoh
teladan yang patut diikut ialah ayah aku. Dia bawa 1 jubah dan pakai jubah sama
sahaja. Sebab dia dah ada misi dan visi lain nak isi apa dalam luggage dia,
segala jenis cenderamata dan cenderahati di Madinah dan Mekah dia belikan untuk
orang-orang kampung.
So
gais take note, bawa 1 jubah dan beberapa shawl sahaja ya. Shawl gelap better,
aku personally prefer shawl or tudung yang hitam lah sebab abaya semua hitam
kan. If bawa 1 abaya, chance untuk shopping lebih tu lagi cerah ok!
Lagi
satu, jangan jadi macam adik aku siap bawa laptop sebab masa tu dia study week.
Kekonon nak study lah, buat assignment lah, last-last laptop last buka di KL
dan buka balik di KL juga. Serius takde masa langsung nak fikir, sembang pasal
dunia, nak iron tudung pun takde masa ok. Sebab apa? Sebab kat sana, kau fikir
nak sempurnakan solat, nak sempurnakan umrah, nak cepat-cepat ke masjid, nak
berebut tempat solat depan Kaabah, dah takde benda nak fikir benda lain.
Mungkin sebab masa kami sampai di sana ialah waktu peak Ramadhan, iaitu 23
Ramadhan di Madinah, dan 26 Ramadhan di Mekah.
Seterusnya
ialah persediaan kita jemaah wanita. Yang paling ditakutkan ialah jika tak
boleh solat (period) semasa buat umrah. Kalau uzur, kiranya kita tak boleh buat
umrah langsung.
Nak
dijadikan cerita, aku pun ada masalah juga dengan benda tersebut, walhal
sebelum-sebelum ni tak pernah ada masalah pun. Mungkin ujian juga, nak tengok
tahap aku mampu bersangka baik atau tidak.
27
Mei ialah tarikh kami semua berangkat ke Madinah, jika diikutkan kiraan biasa
tarikh tu kiranya aku hujung-hujung tak boleh solat lah. Tapi Allah uji, aku
lewat period almost 1 week camtu. Tapi simptoms sakit pinggang, sakit belakang,
moody, penat the whole badan dah ada. A week before berangkat tu, aku sakit
pulak. Dalam 1 week, dua kali aku MC. Rasa bersalah dekat team sebab dahlah
cuti raya lama, MC pula banyak. Masa tu memang rasa tak sihat, the whole body
is not functioning well, sebab lambat period tu. Tiap kali pergi klinik consult
dengan doctor kenapa period lambat, ditambah pulak risau kalau period di
Madinah dan paling risau kalau kat Mekah :/ Aku minta ubat hormone untuk
lambatkan period semua tu tapi doctor tak galakkan sebab tarikh nak berangkat
dah dekat, doctor bagitahu biasanya dia akan advice patient ambil ubat at least
1 month before. Dua klinik berbeza dan dua doctor berbeza aku minta advice nak
ambil ubat hormone lewatkan period tapi dua-dua tak advice sebab dah terlewat
dan takut akan beri kesan yang lama pula. Maka berhuhu la aku nak tunggu
kedatangan “ia”.
Aku
berangkat ke Madinah hari Isnin tengahari, dan Alhamdulillah makanya hari
ditunggu-tunggu pun tiba. Hari Jumaat petang macam tu, akhirnya “ia” selamat
tiba. Ditakdirkan keesokan hari (Sabtu dan Ahad), aku ada kelas part time
masters. Memang bye-bye lah jawapnya.
“period pain” is real gais. The whole day Sabtu tu aku cancel kelas, cancel
pergi beli barang-barang, dan tidur di rumah sahaja, sebab nak sihat optimum
sepanjang berada di Tanah Suci.
Mak
ayah sampai di KL hari ahad malam tu, dan kami iftar sama-sama di hotel. Aku
book Tune Hotel yang tepi klia2 tu, dan kami stay di quadroom yang Alhamdulillah sangat selesa dan luas untuk
kami berempat. First time pengalaman kami di Tune Hotel dan sangat sesuai
dengan harga. Untuk siapa-siapa yang tak nak rush dengan flight awal, boleh book
tune hotel. Sahur juga disediakan di hotel ini, review from my parents 5 star!
Isnin
(27 Mei) ialah hari yang dinanti-nantikan. Kami berempat tiba di airport jam
9pagi untuk urusan tiket dan luggage walaupun flight kami pada jam 1.30 petang.
Masyallah, ramai rupanya yang 1 flight dengan kami di sana, ada pelbagai ejen
juga yang menguruskan jemaah masing-masing. Pakej kami diuruskan oleh Yaskin
Travel, tapi kami ikut itinerary dan semua perjalanan kami sepanjang di Tanah
Suci di bawah penyeliaan Andalusia T&T.
Selepas urusan tiket dan beg selesai, kami diberikan taklimat oleh
Pengurusan Andalusia T&T di depan kiosk Tabung haji berhadapan McD.
Haa,
ni lagi 1 nak story mory. Please tukar duit ringgit ke riyal awal-awal ya gais.
Aku
memang dah tukar awal-awal lagi sebelum ke airport lagi, masalahnya mak, ayah
dan adik belum tukar duit mereka dan terpaksalah tukar di airport. Masyallah,
nilai matawang di airport faham-faham lah. Mahaiiii benauuuuu. Dahlah banyak
bank yang kehabisan duit riyal, nasib baik ada 1 bank tu masih ada huhu
So,
gaiss please take note jangan tukar duit di Airport! Tukar siap-siap di tempat
anda, elakkan tukar di KLIA.
Okay
done, snap 1 2 gambar dan kami ready
masuk ke balai perlepasan.
Flight
kami ialah penerbangan khas ke Mekah/Madinah iaitu AMAL Malaysia Airlines. Suka
sangat flight ni dah la besar airbus A380, tak rasa gegar langsung (jakun
kejap), lepastu semua Islamik lah. Yang paling ketara ialah stewardess la of
course, macam haji hajjah dah. Masuk flight je, kedengaran takbir
“labbaikallahummalabbaik”, azan live dalam flight, tazkirah live dalam flight,
ada entertainment islamik juga, ada bacaan doa perjalanan, dan semuanya memang
100 suka sangat flight ni. Can we have this not only for Umrah/Hajj? At least
outfit for stewardess, cantik je pakai macam tu.
Maka
bermulalah pelayaran kami dari KL-Madinah selama 8jam 45minit. For me, I was
completely okay with long haul flight sebab dah biasa naik flight jauh ke Jeju
for 6 hours, pernah ke Turki for almost 10hours. I thought and confident
(terlebih confident) that I will be okay throughout the flight. Tapi malangnya
konfiden ku itu hanya bertahan selama 4-5 jam mungkin, masuk ke 5 jam
perjalanan (halfway journey), aku start loya dan pening sangat-sangat. Muntah
muntah (tak ingat for how many times, yang sure lebih dari 5kali), sampai badan
completely lembik dan fatigue. Even sampai di Airport Madinah pun still muntah
dalam toilet, sampaikan dah tak keluar apa-apa. Keluar kuning, hijau semualah.
First time in my life muntah seteruk itu. Dengan tiba-tiba kuasa Allah, Dia nak
bagi sihat dan Dia nak bagi sakit. Kebetulan masa tu memang tak boleh puasa,
makan ubat pun tak jalan juga masa dalam flight tu. Minum air muntah, makan
ubat muntah, makan roti pun muntah. Huhu (mungkin ini la kot muntah yang
morning sickness tu eh?)
Masa
tu sambil muntah sambil nangis sebab sakit kot. Pening sangat kepala masa dalam
flight padahal flight tu very smooth, no turbulence at all.
Sampai
Madinah Airport, tepat-tepat waktu Azan Maghrib di sana, ramai jemaah yang tak
buka puasa lagi dalam flight dan kiranya mereka puasa almost 19 jam lah. Kami
bertolak jam 1.30pm (waktu Malaysia), dan sampai jam 7pm(ish) (12am waktu
Madinah). Selesai urusan Imigresen di Madinah Airport, kami semua duduk bersila
di atas lantai dan makan nasi yang dibungkus oleh pengurusan MAS.
Selesai
makan(berbuka puasa), dan urusan ambil beg terus bergerak ke bas nombor 8. Dari
Madinah Airport ke Hotel pula ambil masa dalam 20-30minit. Sampai di hotel,
dapat kunci bilik terus zzzzz padahal baru jam 9pm (waktu Malaysia 2am). Kami
berempat sampai terus tidur tak sedar apa. Hahaha jetlag is real okay. Sedar-sedar
almost nak Subuh dah. Semua kalut nak sahur pulak.
Ok,
nanti sambung lagi Hari Pertama di Madinah, dan perjalanan kami di Kota Madinah
al Munawwarah.
tak payah tukar duit kat airport sebab rate rendah sangat.Dekat Madinah dan mekah ada banyak pilihan money changer untuk buat penukaran.
ReplyDelete