Sunday, February 7, 2016

Jejak al Fateh: Topkapi Palace & Dolmabache Palace




Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni, aku nak kongsi mengenai dua tempat bersejarah ini.

Topkapi Palace, ialah salah satu "istana" kediaman Sultan Muhammad al Fatih dan para kerabatnya. 

Mula-mula masuk ke sini, terasa sangat penat kerana istana ini terletak nun indah di atas bukit dan rupa-rupanya terletak hanya di belakang Hagia Sophia.
Subhanallah.

Ruang kediamaan yang satu tingkat sahaja, kami tidak sempat round semua kerana kesuntukan masa. 
Sekarang, istana ini dijadikan muzium dan diletakkan barangan bersejarah seperti Pedang Rasulullah SAW, Pedang sahabat, antara yang sempat aku ingat (Abu Bakar, Ali, Uthman bin Affan). Sekuriti di dalam istana/muzium ini sangat ketat, tiada video mahupun gambar boleh di ambil di ruang pameran.

Juga terdapat baju pakaian Saidatina Fatimah, puteri Rasulullah SAW. Subhanallah, baju yang sangat sangat simple dan ringkas sahaja. Di Topkapi Palace, aku dapat rasakan kezuhudan Sultan-sultan terdahulu. Kamar bilik, tempat bersidang dan sebagainya yang begitu simple.
Aku terlepas peluang untuk melihat pameran baju Sultan Muhammad Fateh. Unni sempat tengok masa dia datang ke sini sebelum ini. Di Topkapi Palace, di ruangan pameran pedang dan pakaian para sahabat, satu keping gambar pun tidak boleh dirakam, tetapi memori tersebut takkan ku lupakan sampai bila-bila.
























Entrance Gate/Pintu gerbang

Seterusnya, ialah Dolmabahce Palace..

Dari luar pintu gerbang lagi, sungguh gah dan megah. Memang aku baca mengenai sejarah Istana ini sebelum melawat, jadi aku ada sedikit sebanyak info di dalam kepala.

Dolmabahce Palace di duduki oleh 6 Sultan Uthamniyyah terakhir dari tahun 1856, dan Sultan terakhir ialah Sultan Abdulmejid. Selepas hancurnya empayar Turki Uhthmaniyyah, istana besar dan gah ini dihuni oleh Presiden Turki Pertama, Mustafa Kamal Ataturk, selama 4 tahun dari 1927-1938.

Di Istana ini juga, beliau meniggal dunia, dan aku diberi peluang untuk melihat bilik study dan tempat di mana dia meniggal dunia, Harem, Dolmabahce Palace.






Entrance Gate


























EKSKLUSIF, Gambar di dalam Istana.
Hm, aku pun tak tahu macam mane boleh terambil gambar :// cc: kak asmaa travelog.my


































Menghadap Selat Bosphorus

Lagi info mengenai Istana ini, boleh tengok di sini,
Penuh info dan maklumat penting..

http://travelog.my/akhirnya-sampai-juga-ke-dolmabahce-palace-istanbul/



Bagiku untuk membezakan dua Istana ini, anda perlu masukkan dalam list kedua-dua sekali supaya dapat merasai kegemilangan Uthmaniyyah dan juga merasai ambang-ambang kejatuhan Uthmaniyyah.

Semoga bermanfaat.

Jejak al Fateh
Istanbul
3 Februari 2016

Wednesday, February 3, 2016

Jejak al Fateh: Palestine Pasti akan Bebas


Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari terakhir tinggal di rumah Medina, kawan Turki ku yang usia perkenalan kami juga ialah 5 hari. Sebelum berangkat keluar dari rumah Medina, kami bersalaman dan mengucapkan ribuan terima kasih. Moga Allah merahmati keluargamu, Medina.

Kami meneruskan perjalanan ke bandar, menyewa di rumah "homestay" milik syudent Malaysia di Turki. Terletak di tengah-tengah tempat pelancongan, di Yusufpasa.

Dalam perjalanan dari Tahtakale ke Yusufpasa, aku ditegur oleh seorang pemuda,

"From Malaysia.?"

Agak memeranjatkan ditegur dalam bahasa Inggeris, di luar bandar Istanbul.

Pada mulanya, aku ingatkan dia ialah Turkish.

"I lived in Malaysia for almost 6 years"

Lagi ku terkejut, patutla boleh berbahasa Inggeris.

Dan yang paling mengejutkan, dia dari Palestine.

Sekarang berada di Turki menyambung pengajian Master. 

Dia bercerita banyak mengenai UIA.
Nampak kerinduan dia kepada Malaysia dan UIA. 

Dia meninggalkan Palestine tahun 2009. 

Dan sampai sekarang, 2016 dia tidak pernah pulang ke Palestine.

Aku terperanjat, ini bermakna sudah masuk tahun ke -7 dia tidak pulang ke tanah air Palestine.

Dalam kepalaku, macam mana nak tanya dia kenapa dia tak balik.. Kenapa dia taknak balik ke. Banyak benda bermain dalam kepala ku at that time.

Ambil masa sekejap, then aku tanya dia..

Kenapa tak balik Palestine.? 

Nak tahu apa jawapan dia.?

(Sila sediakan tisu)

"Hmm.. kalau saya balik sekarang, saya pasti takkan dapat keluar dari Palestine. Saya tahu dan percaya mereka(Israel) takkan lepaskan saya, terutamanya bilamana dia tahu saya ada sesuatu(degree, masters). Israel takkan bagi orang lelaki muda seperti saya lepas begitu sahaja..."


Aku terdiam, terkejut dan sedih dalam masa sama..

"Mesti awak hairan kenapa saya tak balik kan. Saya nak balik. Saya rindukan tanah air saya. Pergi lah merantau ke mana sahaja pun, tanah air yang paling dirindui. Awak juga belajar di Korea, datang melawat Turki. Negara mana paling dirindui.?"

Amboi, dia pula buat aku sebak dalam bas ni. 


"Saya selalu hubungi keluarga saya di Palestin, menggunakan telefon. Mereka dalam keadaan yang baik. Saya akan balik, pasti. Suatu hari nanti, insyaallah."

Aku mengalihkan topik ke arah yang lebih santai pula, bertanyakan perihal Malaysia.

Dia sangat-sangat sukakan Malaysia, masyaallah.

"Dalam dunia ni, boleh dikatakan Malaysia yang memang 100% menerima Palestinian ditambah dengan governement yang tidak menentang kemasukan Palestinian ke Malaysia."

Aku bertanya, bagaimana dengan negara Islam yang lain.? 

"Terlalu susah. Kadang-kadang di Turki sendiri, tidak semua mengalukan kehadiran Palestin. Even di Jordan, malah Mesir. Rakyat Palestin sangat suka dan cintakan Malaysia.."

Allahu. 

Pengalaman dia 6 tahun di Malaysia, tiada satu pun yang dia ungkapkan keburukan Malaysia. Aku? Berada di Korea 5 tahun, terlalu banyak yang dikomplen dan dikririk.

Aku bertanya lagi part mana yang dia tidak suka mengenai Malaysia, mustahil lah semunaya indah belaka kan.. heheh

Nak tahu apa jawapan dia.? 


"Malaysia.. Makanan sedap, orangnya baik, boleh berbahasa Inggeris di mana-mana sahaja, pergi Kelantan, Kedah, Penang, Sarawak semua fasih berbahasa Inggeris.. Cumanya, satu sahaja.. 
Orang Malaysia ni "SLOW" sikit. Urusan akan mengambil masa, semua rileks dan slow.."

Then, aku senyum..

Thats Malaysia... 

Kami berpisah di Istanbul. 

Aku terlupa untuk mengatakan sesuatu yang sangat penting kepadanya..

Palestine will be free, dengan izin Allah.

Palestine akan dibebaskan tidak lama lagi..

Semoga kamu menjadi pemuda harapan tanah airmu, menjadi kebanggaan keluargamu, dengan segala ijazah yang kamu ada, kamu
pasti akan menang melawan kebatilan zionis.

May Allah bless you in everything.


Tahtakale-Yusufpasa
2 Februari 2016 

Tuesday, February 2, 2016

Jejak al Fateh: Assalamualaikum Eyyub & Fatih




Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam merupakan hari paling bersejarah dan pasti takkan dilupakan.

Selama 24 tahun aku hidup di muka bumi Allah, semalam merupakan hari terpenting dalam hidupku.

Sebelum berlepas ke Turki, aku meluangkan masa dengan adik-adik usrahku di airport, aku bercerita mengenai kisah hebat seorang sahabat Rasulullah yang tertua dan sahabat yang memperjuangkan Islam. Kisah sahabat Rasulullah yang mahu menjadi pembuka Konstantinopel. Sahabat Rasulullah yang ingin menjadi saksi kepada penaklukan Istanbul oleh sebaik-baik pemimpin. 

Semasa aku sampai di sana, ku lihat suatu kawasan yang begitu gah dari luar. 

Sesampai di dalam makam Abu Ayyub Al ansar, atau di Turki lebih dikenali sebagai Eyyub Sultan, aku rasa begitu bertuah dan hampir tidak percaya. 

Terlalu ramai orang beratur dan masing-masing tak mahu melepaskan peluang berada lebih dekat untuk melihat sendiri makam sahabat Rasulullah SAW.

Pada mulanya, aku berada di hujung dan paling belakang, sampai satu masa Alhamdulillah orang semakin berkurangan, aku bergerak ke depan dan berada paling depan makam Abu Ayyub.

Subhanallah, tiada apa yang mampu aku ucapkan.

Assalamuaaikum Eyyub Sultan. 

Aku pejamkan mata, dan teringat kembali semua cerita dan kisah yang aku baca, yang aku kongsikan dengan adik-adik usrahku.

Aku teringat setiap satu dan setiap perinci kisah Abu Ayyub al Ansari.

Bila ku buka mata, baru aku perasan aku terlalu lama berada di depan makam Abu Ayyub, tanpa disedari air mata rindu dan air mata keinsafan, air mata kekerdilan berada di hadapan seorang sahabat yang berjuang bersama-sama Rasulullah SAW. 

Ya allah, 
Terlalu bersyukur dengan nikmat ini.



Aku berada paling dekat selangkah kaki dengan makam sahabat Rasulullah, sungguh terasa kerdil dan hina. 

Aku tidak dapat bayangkan sekiranya Allah takdirkan aku untuk berpeluang menziarahi makam kekasih Allah. 



Pintu masuk Makam Ayyub



Itulah makam SAHABAT Rasulullah SAW
Abu Ayyub al Ansari







Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Fatih. 

Fatih Camii.. (Masjid Fatih) 

Sultan Muhammad al Fateh dikebumikan di sini, menurut kata unni kerana Fatih suka berada di masjid ini, jadi dikebumikan di sini.

Suratan, bukan rezeki ku kali ini untuk melawat makam Fatih secara lebih dekat, makam Fatih sedang di baik pulih. Mampu melihat dari celahan tingkap sahaja.

Makam nya agak besar, menggambarkan susuk tubuh seorang pemimpin yang agak besar, makam yang sangat terjaga letak di dalam kaca, subhanallah..

Assalamualaikum Fatih.





Masjid Fatih









Assalamualaikum FATIH


Makam Isteri Sultan Muhammad Fatih

Unni bagitahu yang pelancong dari Malaysia tidak datang ke sini. (Makam Fatih/Eyyub)

Aku sangat terkejut kerana bagiku, di tempat ini lah spatutnya mereka ziarahi, subhanallah.

Makam sahabat Rasulullah, dan penakluk Istanbul.

Tetapi, sama seperti Saadia, dia juga tidak faham dan tidak rasa mahu ke kedua-dua makam tersebut sebab dia tidak baca sejarah sebelum ini.


Secara jujurnya, bagiku sebelum datang ke Istanbul, baca dan research sedikit mengenai tokoh-tokoh hebat..

Turki, sangat-sangat kaya dengan sejarah Islam.

Kerajaan Uthman Uthmaniyyah berakhir di Turki.

Kerajaan ISLAM berakhir di Turki. 3 Mac 1924

Maka tidak hairanlah, Turki dan yang paling utama, Istanbul dipenuhi dengan sejarah-sejarah gemilang Islam.


Bacalah, carilah mengenai sejarah Islam sebelum ke Turki.

Rasai kehebatan dan "kelemahan" pemimpin Islam dahulu.

Sedih, situasi sekarang Turki sangat menyedihkan.

Insyaallah di entri seterusnya.



Al fatihah untuk kedua-dua pemilik syurga Allah.

Fatih, Istanbul
1 Februari 2016