Sunday, July 26, 2015

편지. Surat untuk Mak




Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat Islam dan iman yang diberi untuk hari ini.


Laju laju sungguh masa berlalu. Tup tup tup..


10 Syawal 1436 Hijrah.


Benda yang paling nak dielakkan ialah ,

homesickness.

"eh eh tua bangka pun homesick jugak?"
err...


Tipu la tak sedih masa takbir raya di embassy aritu.

Dalam hati Hanya Tuhan sahaja yang tahu.





video


Ditambah lagi adik whatsapp

'mak sedih mu xbalik tahun ni'


Allah..... T____T





Dear mak, 


Assalamualaikum mak. 
Maaf zahir dan batin buat mak sedih sebab tak balik tahun ni.

Mak,
Tipu la tak nak balik.
Nak sangat balik mak, nak balik sangat-sangat.
Sekarang kalau boleh nak balik. Sekarang.
Tapi, orang tahu mak restui keputusan orang.
Orang kena la jadi kakak untuk adik-adik yang ramai di sini.
Izinkan orang untuk menabur sedikit bakti untuk mereka sebelum 
orang betul-betul pulang nanti.

Orang tahu mak sedih masa orang bagitahu tak balik,
tapi mak senyum je dan cakap,
"okay takpela last kan".

Orang tahu mak sedih.

Maafkan orang.

Orang tak balik bukan sebab tak sayang mak.
Orang sayang sangat-sangat sangat sangat.

Sayang orang kat mak, 
melalui doa setiap hari.
Setiap sujud orang doa untuk mak dan keluarga.

Mak jangan sedih nanti orang pun sedih jugak.

Mak,
Terima kasih sebab restui keputusan orang.
Terima kasih selalu terima alasan orang.
Terima kasih selalu memaafkan orang.


Mak,


Jaga kesihatan baik-baik,
Orang tak sabar nak peluk mak lagi.
Orang tak sabar nak makan nasi ayam mak.
Orang tak sabar nak drivekan mak.

Terus doakan orang di sini.

Ikhlas,

Anakmu.







No comments:

Post a Comment