Thursday, September 15, 2016

Pekerjaan pertama


Assalamualaikum wbt.




Masuk minggu ke-3 dalam alam pekerjaan, minggu sangat penat sebab ada event besar 3 hari berturut-turut sampai tak jumpa pun family yg datang dari kampung.. (mereka datang untuk registration universiti adik bongsu) 

Okay, selepas masih dalam alam pekerjaan yang terkejut..

Dikejutkan lagi dengan perkhabaran yang selepas habis event tersebut, malam nya terus kena fly ke Korea.. untuk training dan meeting dengan semua bos di sana.. 

Okay, info sikit-- pekerjaan ku ialah berkaitan dengan Korea dan of course lah syarikat Korea.. (membantu sangat kan info :P)

So, berlepaslah ku ke Korea selepas habis event tersebut ( tak sempat habis pun, minta part timer setelkan semua benda)

Flight jam 11.15 malam, sampai di Incheon jam 6.30 pagi terus naik flight lagi ke Jeju sampai jam 10 pagi di Jeju Airport. Terus ke ofis jumpa bos! Dengan baju ala-ala tidur, tak mandi muka xtahu lah macam mana, jumpa dan introduce myself to all the Directors and Managers and so on.,, 

Memang workholic sungguh lah mereka ni. Ada sorang kakak ni, (suka hati jej panggil kakak, padahal dia manager).. sampai saja di Jeju terus masuk kerja dengan baju semalam yang dia pakai during event. 언니 짱이네

Dia cakap kalau cuti, tak buat apa pun kat rumah. Kalau kerja dapat duit~ 


 Habis kenal semua real employer di dua tempat berbeza, lunch dulu baru boleh balik hotel.. 

Bestnya tengok katil lepas event tak boleh tidur lena pun dalam flight, terus capai katil dulu.. aaa bestnya.. 

Bangun cari makanan semua, nasib memang kenal tempat sini semua, pergi cari tempat yang boleh makan dan of courseeee conveniece store coffee!! Tp harga dia dah naik, from 1500 to 2000won T_T mahal.. 

So first day workshop, memang membosankan, dengar je semua diorang ber"debat" masalah2 setiap negara. Kali ini, wakil dari Jepun China, Taiwan dan Malaysia sahaja.. Best part dengar idea2 diorang semua sebab lain2 culture kan.. :) 

Masuk hari ke-2, okay sikit sebab kitorang bincang sesama kami masalah setiap negara dan ofcourse ler jalan2 area sini. Jalan dengan niat nak tahu lebih pasal tempat dan perkenalkan tmpt baru.. 

Masuk hari ke-3, hari ditungguu dan menakutkan, as aku akan present depan ramai wakil setiap negara, dan depan big boss of government jugak. Kalau dalam english boleh la goreng-goreng tambah lauk sikit, tapi malangnya dalam Korean semuanya. Alhamdulillah everythmg went smooth and well (perasan!), sebab diorang setuju dan akan pertimbangkan apa yang aku usulkan. 

Sepanjang berada di sana selama 5 hari total, aku rasa memang sangat-sangat menyusahkan semua orang. Itu tak boleh makan, ini tak boleh, nak kena solat la dan sebagainya. Disebabkan aku Muslim pertama yang kerja di situ, maka mereka sangat-sangat singi (신기) "terpegun" , dan masyallah very respectful.! 


Detik sebelum kena bentang proposal.


Respek dalam erti kata; 

1. aku diasingkan setiap kali menu makanan ialah pork
(Tahap pengasingan tu memang over sebab aku "terpaksa" makan makanan super mahal per plate. Orang kampung macam ku ni manalah pernah makan makanan yang cecah beratus2 ringgit per plate)

2. biasaah orang Korea, arak berpisah tiada. Yang sangat buatkan ku sebak ialah sesiapa yang berada semeja denganku tidak akan sentuh arak atas alasan "tak best nak minum depan Muslim like u". 

3. sampai big bos pun minta maaf berkali2 "terpaksa" minum arak depanku masa 회식 (  makan-makan bersama staf and bos).

4. DM (director manager) dalam ucapannya meminta maaf kepadaku sebab segala kesusahan yang ku alami di sana (tiada tempat solat proper, makan tiada tanda Halal); walhal aku sudah biasa solat dimana-mana, di bawah tangga, di tepi bangunan etc. Makanan pula asalkan semuanya seafood aku yakin dan tiada masalah. Aku pernah hidup di sana lebih dari 5 tahun, jadi insyaallah pegangan itu masih dan tetap ada untuk sentiasa izzah dengan Islam

5. highlight part is DM minta driver dia hantar aku sampai ke Hotel, sebab the other delegates and other Korean will having 술자리(minim-minum) selepas makan. Kereta jangan cakap lah, kalau anda peminat drama Korea, kereta yang Presiden pakai itulah yang aku pertama kali naik huhu


Masyallah, itulah serba sedikit pengalaman pertama di sana (Sekali lagi) bukan lagi sebagai pelajar, tapi sebagai orang yang sudah bekerja, dahulu mungkin persekitarannya sesama pelajar dan pensyarah, tapi kini semuanya berstatus tinggi dan itulah cabaran untuk ku. 

Pada awalnya, aku takut untuk mengatakan aku tidak dapat serta makan bersama-sama mereka di tempat yang ada pork, jadi aku berfikir mahu katakan aku kenyang, tapi mereka faham dan sangat menghormati ku sebagai Islam, diberinya aku layanan 5 bintang makan seafood buffet di hotel 5 bintang. Terkial-kial makan lobster depan bos :p

Aku takut juga untuk meminta izin untuk solat sekejap semasa meeting, tapi ku gagahkan diri mesej bos dan dia faham, sampaikan setiap masa tanya "dah solat?" "solat dah nak habis ni, cepat-cepat keluar".. Allahu..


Bila kita jaga agama kita, Dia juga jagakan kita.

Aku sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan mereka dan semoga mereka mendapat manfaat dan mendapat suatu ilmu baru mengenai Islam. 

Aku bukanlah Muslim yang sempurna, tapi semoga dengan pencerahan yang ku berikan mampu sedikit sebanyak mengubah perspektif mereka terhadap Islam. 

Semasa berbual-bual dengan mereka, ada beberapa salah tanggap terhadap Islam yang mereka sendiri tidak tahu, insyaallah nanti ada masa aku coretkan lagi!




Dunia belajar berpusing sekitar exam, student, lecturers, pass or fail
Dunia pekerjaan, berkisar lebih dari itu.
Dunia kanak-kanak, paling best.
Main-main daun luruh seperti gambar di atas :P

Semoga bermanfaat




1 comment:

  1. blog yg simple & info yg sgt menarik semoga sentiasa istiqamah

    ReplyDelete