Saturday, April 8, 2017

KENAPA FRESH GRAD KENA BELAJAR SUSAH?!

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak menconteng kat dinding langit sonata ni.. heheh

Tahu tak masuk bulan ni ialah bulan ke-6 aku bekerja Alhamdulillah.

Orang kata bulan ke-6 ni dah Nampak real cabaran dia, memang betul sangat cabaran dia. Tapi bukan nak cerita mengenai cabaran tu lah, nak cerita mengenai benda lain sebenarnya berkaitan dengan pengurusan wang di awal-awal bekerja terutamanya untuk fresh grad.

Semua yang baca blog ni mesti tahu kan zaman belajar dulu aku macam mana, betapa borosnya aku masa belajar, masa di Korea dulu.



Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal ni, tapi tak berani lagi rasa macam awal sangat2. Bila masuk separuh setahun pegang duit hasil sendiri, dan baru faham kenapa fresh grad kena faham konsep susah awal-awal kerja. Dah lama fikir patut post ke tak patut, patut ke bagi nasihat ke tak perlu.. Yes betul hidup kita kena luaskan bukan hanya bersekitar duit, duit dan duit. Duit bukan segalnya (Ayat biasa dengar)..



Bila chat dengan junior, perasaan nak kena juga post entri berkobar-kobar pulak ye!

Jadi, aku kongsi dulu sebab kenapa FRESH GRAD kena belajar PERIT & SUSAH:

1. Kehidupan zaman belajar yakni duit biasiswa, duit pinjaman lain konsepnya dengan duit gaji. Zaman belajar ialah zaman antara kita diri sendiri dengan pelajaran semata-mata. Bila nak exam, bila nak buat fyp dan sebagainya. Tapi lain zaman kerja, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis sudut masalah tak kira kewangan atau sebagainya!

2. Duit gaji bukan untuk dijoli sendiri-sendiri. Selepas 17 tahun mak ayah kita melabur untuk kita sampai habis belajar, sebenarnya kita banyak ber"hutang" dengan mereka. Apa salahnya duit gaji pertama dan seterusnya kita dedikasikan untuk mereka.? Hatta rm10 sekalipun, sambil minta doa mereka redhai kita, doakan untuk kita, berkati rezeki kita. 

3. Baru start nak up orang kata. Kita semua yang baru grad dan baru kerja ni apa pun takde, satu sen pun takde. Pedulikan kata orang, kita bina empayar dan simpanan sedikit demi sedikit. 

4. Confirm ke kerja sekarang ni akan terus kekal sampai 2 3 4 5 tahun lagi? Dengan ekonominya dengan status politiknya. Bila-bila kalau bukan kita, orang lain tak mustahil akan dibuang kerja. 

5. Fresh grad kena belajar erti menyimpan, jangan terlalu boros!


Awal-awal kerja memang aku tak boleh tidur malam fikir macam mana nak rancang perbelanjaan.

Jadi, bila dah hampir separuh setahun bekerja, aku berani sikit nak kongsi mengenai pengurusan wang untuk yang baru-baru bekerja. Walau masih merangkak dan banyak benda kena belajar.

Benda asas yakni benda wajib yang akan ditolak setiap bulan dari gaji aku ialah:-

 1.     Sewa rumah (plus sewa parking kereta)
      - RM550
2.     Ansuran kereta
     - RM450
3.     Duit redha ibu bapa (perkara pertama aku akan tolak lepas dapat gaji, WAJIB!)
     -Rahsia :)
4.     Simpan di Tabung Haji (TH)
     -RM150-RM200
5.     Simpan di ASB (baru sahaja diluluskan bank, bulan 3 nanti akan ditolak terus dari bank)
      -RM245
6.     Minyak kereta
      -RM160
7.     Perbelanjaan dapur (Sebulan 2 kali ke pasar beli barang2 dapur dan keperluan)
      -RM200
8.     Infaq(Biasakan, lama-lama jadi habit)
      -Rahsia :)
9.     Simpanan Emergency (cash)
             -Simpanan ini aku buat dalam bentuk cash, 1 bekas cash untuk travel (hihi, well at least I   need to travel after menghadap kerja dengan korean)
-            -Simpanan RM1 per day, simpanan kecemasan sekiranya terjadi apa-apa (sakit etc)
            - Simpanan kahwin (mesti menyimpan) yang ni aku jadikan RM10/minggu. Dah banyak nanti masukkan dalam TH
 
    10. Shopping/Melagha
              -Ni untuk diri sendiri, kadang-kadang terlebih masa teringin nak me"coffee shop", aku gagahkan juga pergi coffee shop dan gunakan masa dengan buat kerja.

   
      So far selama dah 6 bulan kerja, lepas tolak-tolak semua 10 kategori di atas, ada beberapa ratus lagi duit, aku akan transfer siap2 dalam tabung haji.
 
     Aku takkan biarkan duit tu dalam Maybank atau kad debit lain sebab senang nak swipe atau keluarkan T__T  So, TH is the best choice :)

      Bercakap pasal kad, aku ada 2 kad debit. dan 1 kad kredit.

    Dulu rasa macam takkan pakai kad hutang a.k.a kad kredit tapi sebab kerja akunimenuntutbanyak penggunaan kad kredit terutamanya bila ada di luar negara, terpaksalah aku apply. haha 




Letakkan priotity jangan sentuh pun duit simpanan cash ni.
Dah rasa macam nak penuh bekas, simpan dalam tabung haji



Itu sahaja yang aku amalkan sekarang ni! Boring la pulak rasanya.. 

Aku perasan ramai fresh grad yang bergaji besar, tapi sebab tiada ilmu pengurusan wang yang betul, sampai hujung bulan pun tiada simpanan yang mampu dibuat sebab terlalu boros. 




Disiplinkan update pengaliran duit, supaya at least tahu ke mana perginya duit
Apps: Spendee

Aku selalu juga follow orang-orang muda yang bagi nasihat kewangan dan seumpamanya, dan paling penting ialah diri kita sendiri yang nak menabung dan menyimpan. Kena ada azam lah, rasanya setiap orang mesti ada "aim" apa dia nak dalam hidup ni.. Yang penting, jangan terlalu over untuk kehidupan dunia melebihi hidup selepas mati. Dan, aku percaya dan yakin bahawa, kita orang Islam sendiri yang kena maju, kena kaya, kena ada duit untuk Islam, untuk kemaslahatan ummah jugak. Islam tak melarang umatnya daripada mengejar kejayaan, mengejar kewangan. 


      Rasanya semua sedia maklum jutawan pada zaman Nabi, Saidina Abdul Rahman bin Auf, kaya banyak duit, dan banyak bantu orang-orang Islam. Semoga kita terinspirasi dengan kisah beliau.. Niatkan supaya dengan adanya banyak duit di tangan Islam, umat Islam bertambah-tambah maju. 

Kalau siapa baca entri berkaitan aku yang coffee holic tu kan, kat sini aku tengok kecik besar kecik besar je coffee shop sini, hatta coffee shop Korea sendiri. Harga dia ya allah, boleh cover aku punye lunch hampir seminggu.. 

So, aku tahan je lah dari melayan kedai kopi mahal, beli kopi serbuk buat je sendiri-sendiri. Jimat gituuu. 

Sekarang ni kan bermacam-macam jenis fesyen ada di pasaran, fesyen ni targetnya memang wanita. Sebab wanita sifat dia sentiasa nak cantik dan up-to-date, sebab tu wanita jadi sasaran. 

Ada yang sanggup tunggu satu produk ni keluaran yang limited edition, untuk beli dan sanguup tu beratur semata-mata tak nak terlepas produk terbaru. Aku faham je perasaan tu.. Tapi sampai bila.. nak jadi hamba kepada kehendak. Lepas puas dengan yang ni, tengok orang lain melaram dengan yang lain, kejar dengan produk lain pulak. Tu yang aku perhati lah.. 

Jadi, aku rasa memang fresh grad kena tahu bahawa awal-awal gaji tolong berjimat, lupakan kereta kereta mahal, shawl mahal, kasut dan beg mahal.. 

Aku selalu fikir orang-orang yang bermewah macam tu, mungkin dalam bank dia simpanan melebihi RM50,000. Kalau tak takkan mampu nak beli sehelai tudung yang bernilai kurang sikit daripada RM1000. Fuhhhh, mahaiii na.. 

Kalau setakat dalam bank ada tak sampai RM5k tak payah lah nak bersesak sesak bertanding tudung atau kereta mana paling mahal. Huhu

Aku sangat-sangat respek fresh grad terutama yang baru balik dari oversea, dah ada kerja tetap dan stabil, hanya pakai Kancil atau Viva ataupun kereta tempatan lain. Sungguh sungguh respek. 

Mulakan dari bawah sedikit demi sedikit.. 

Bagi aku, untuk kelihatan miskin ataupun "zuhud" is ok daripada kelihatan kaya tapi sebenarnya papa kedana. 

Aku sangaat-sangat sangat bersyukur sebab turning point aku masa aku belajar dulu, kalau tak sampai sekarang aku lah yang pakai kereta import, pakai baju dan beg branded, hari-hari minum setabak. Mungkin... 

Sekarang, nak pergi shopping mall pun aku malas apatah lagi nak memboroskan duit. Nafsu mati terhadap kemewahan. Makin dikejar, makin tidak tercapai. Kehendak, hari-hari nak tu nak ni, sampai bila boleh puaskan kehendak..? 

Aku baru lepas tengok 1 video, mengenai redha ibu bapa.

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Nak redha ibu bapa, bahagiakanlah mereka.

Aku pun bukannya perfect, tapi cuma aku rasakan setiap duit yang aku dapat, niatkan semoga diberkati dan jangan pernah kedekut untuk hulurkan kepada ibu bapa. Melalui pengalaman dan pemerhatianku, orang yang kedekut dengan ibu bapa mereka, walau kaya sekalipun, hidup dia nampak tidak berduit. Sebab dia hilang serinya redha dan doa ibu bapa. Mak aku tak pernah pulak cakap "kakak kena bagi duit, baru mak doakan".. TAK, bukan itu maksud aku.

Tidak kedekut sini, maksud kalau ada duit berlebihan, hulurkan sedikit kepada mereka, kalau takde duit, hulurkan makanan atau apa-apa.
Kalau takde in terms of duit, hulurkan masa.

Mereka tak mengharap 1 sen pun dari kita, yang mereka harapkan ialah ingatan kita kepada mereka. Kalau kita balik jenguk dia, maksudnya ada ingatan kita untuk mereka, kalau kita hulurkan sesuatu, itu pun tanda ingatan kita kepada mereka.

Hidup ini, tiada redha Allah, hilanglah seri kehidupan.

Nak dapat redha Dia, jagalah hubungan adab dengan ibu bapa.

Dua kunci ini sahaja.

So, fresh grad faham-faham lah masuk gaji je siapa dulu yang "wajib" kita call dan cakap "orang dah transfer duit gaji,,doakan orang murah rezeki dan berkat kerja ni".

Moga bermanfaat!!!



  









1 comment:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 97 juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.ATAU KLIK PENARIKAN DANA GHOIB DISINI

    ReplyDelete