Sunday, April 9, 2017

SEBAB TERBESAR KENAPA ANDA KENA PILIH KOREA UNTUK BELAJAR!

Assalamualaikum wbt.

Rasanya tajuk ni sesuai untuk sesiapa yang baru dapat result SPM, dan tercari-cari haluan nak ke mana dan apa harus dibuat. Dan entir ini sangat sesuai untuk awak-awak yang nak ke Korea untuk sambung belajar.. Tapi jeng jeng jeng.. Topik ini akan memberi awak 1001 perspektif lain mengenai Korea..

Jom baca!






Baru-baru ni dapat mesej dari junior Korea, kitorang selalu jugak contact each other kadang-kadang, tapi bila dah start contact tu faham-faham lah rindu sangat-sangat mereka.

Selain dia ialah pengikut tegar blog ni, dan selalu tanya "bila akk nak update blog?", "akk selalu janji nak update pasal xxx,yyy, tapi senyap je".... tu soalan dia yang aku takleh jawab. aha kalau lah awak tahu betapa susahnya la hai nak istiqomah menulis setiap hari, setiap minggu pasti awak takkan tanya soalan tu. :P

OK, ni lah masanya nak update pasal janji2 manisku dalam blog ni.

Yang paling latest ku janji ialah nak cerita macam mana di negar KPOP, oppa oppa handsome (handsome ke??), lah mostly pelajar Malaysia dapat hidayah, dapat rasa nikmat Islam sebenar.
Mula-mula aku pun pelik, kenapa lah datang-datang Korea awal 2011 dulu, senior-senior semua alim semacam je, dalam hati terfikir (Eh, aku kat korea ke Middle east ni?)hehehe serius!

Mula-mula serius tak boleh terima kenapa macam ni????!!

Aku sampai tahun 2011, tahun di mana persatuan-persatuan Islam yang diuruskan student Malaysia sana baru nak "naik", baru nak aktif. Kiranya sebelum-sebelum ni, persatuan tersebut tak wujud, dan kiranya macam melanggar norma masyarakat pelajar sana..

Mereka yang ku jumpa ialah mereka yang tengah struggle nak kukuhkan organisasi Islam tersebut (ku namakan A & B).

Sebelum wujudnya organisasi A dan B, kehidupan pelajar Malaysia di Korea bukan seperti sekarang. Banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar, untuk ceritakan di sini is not a proper way (kang kena kecam pulok)... tapi macam tu lah. Korang pernah ada tak tanggapan yang student overseas ni sosial, balik-balik overseas 5 tahun pakai mini skirt, rambut bukan warna hitam dah etc? Aku pernah, sebab pengaruh drama-drama dulu kala. Even sebelum fly pun fikir, eh balik nanti jadi orang macam mana la aku...rambut warna hitam ke tidak. :P


Tapi hakikatnya, ada sebab indah aku dihantar ke sana.

Tak kan lupa hari berangkat ke sana, hari sampai di Incheon Airport, hari orientasi, hari kakak-kakak senior datang tolong kemas rumah, masak dan sebagainya. Subhaallah korang memang hebat, kakak A dan kakak B.

Pada awal tahun pertama belajar bahasa, kami yang pelajar perempuna ni ada beberapa rumah, ditempatkan berasingan. Nak tahu cerita? Semua roomate/housemate ada masalah each other! hehehhehehehehehhe semua gaduh!

Hidup di Korea ni, sangat boring!

Kalau tak layan marathon drama online, segala macam movie memang mereput sangat.
Balik sekolah, hadap komputer, segala jenis SNS. Kalau tak, memang takde nak buat apa sangat.


Tapi segalanya berubah.....

Bila dalam tarbiyyah, ada usrah.

Mula-mula rasa allergic sangat perkataan usrah. eeee, tak nak semua alim-alim, nanti mesti tak leh gelak-gelak, mesti kena sopan santun, pakai tudung besar-besar dan banyak lagi lah tanggapan ku.

Orang datang Korea, nak kawan dengan Korean la, nak pandai Korean kot ;p

Ada yang berfikiran sampaikan tak nak terlibat langsung dengan aktiviti student Malaysia, kononnya dok luar negara, haruslerrrr bergaul dengan orang negara tersebut..

Aku pernah lah juga try-try acah nak masuk dalam golongan mereka, maksudnya aku seorang local dan semua yang lain international students jugak. Mula-mula macam okay je, tapi bila dah lama-lama tambah bercampur dengan lelaki lain, terus rasa tak best. Content perbualan bila bersama-sama mereka ialah kosong, mengarut dan tak sesuai dengan content pemikiran aku. Biarlah nak cakap kampung ke apa ke, tak bangga pun bila bercakap pasal western ni. Bila mana perbualan banyak dan terarah kepada peribadi dan benda2 yang sangat kotor(?), aku jauhkan diri dan kalau boleh elak seelaknya. Bagi mereka, berbicara mengenai hal dalaman mungkin perkara biasa, norma masyarakat kebaratan, tapi tidaklah bagi orang kampung macam ku ini.

Bila makin lama dalam usrah, mula-mula (pergi je la), tapi lama-kelamaan daripada PERGI JE LA, jadi rutin setiap minggu. Rutin untuk dengar dan jumpa sisterrr sekalian. Rupanya, dalam usrah ni sempoi je, cakap benda2 biasa yang simple tapi ada manfaat. Kupasan dari setiap masalah ummat, sama-sama muhasabah kenapa masyarakat boleh jadi macam ni, apa patut kita cuba lakukan untuk elakkan dari merebak dan sebagainya. Lagi buka mata mengenai bahaya normalisasi dalam masyarakat Islam terutamanya.

Bila dalam usrah ni, bukannya setiap minggu dengar je, kadang-kadang ada jaulah (travelling), daurah (talk), mukhayyam (camp) dan beberapa aktiviti lagi. Sangkaan ku yang usrah ni skema, tak leh gelak, mesti serius dan sebagainya salah sama sekali... Usrah lagi happy, boleh gelak-gelak, boleh ketawa-ketawa, bincang masalah ke bincang penyelesaian ke.. Best sangat-sangat..

Dan usrah ni untuk orang yang tak sempurna lah, untuk orang yang nak berubah dari kosong kepada 1, 2, 3 dan 10.. Perubahan sikit-sikit, bukanlah perubahan drastik dari tak pakai tudung terus pakai niqab..


Jom, saya senaraikan 10 kejahilan saya sebelum saya sertai USRAH:-

1. Dulu sebelum usrah, pemakaian saya ialah asalkan ada something (tudung) atas kepala, maksudnya pakai tudung nampak rambut, tudung bawal jarang, singkat nampak dada dan nampak bentuk belakang ialah perkara biasa, sangat okay dah tu rasa.

2. Pakai baju pula asalkan cukup labuh, tutup pinggul dah, yang bentuk lain nampak pun rasa okay, takde sebarang masalah.

3. Baju tak kisah kalau tak tutup semua lengan, kalau separuh panjang pun, pakai inner yang biasanya ketat asalkan kononnya dah tutup lah lengan tu..

4. Sarung kaki memang tak pernah pakai lah, mana tahu yang kaki ialah aurat juga :(

5. Pergaulan memang macam biasa, mana ada nak jaga pergaulan dengan lelaki. Tak kira di alam maya atau pun sosial.

6. Solat pun asal solat cukup, dah rasa paling beriman dah masa tu. Tak pernah tahu ada solat sunat ke, rawatib ke, tak pernah solat tahajjud sendiri-sendiri. Quran pun sentuh masa-masa perlu sahaja, malam Jumaat kadang-kadang baca Yassin

7. Kisah-kisah sejarah Islam mana pernah tahu. Sebutlah sahabat-sahabar Rasulullah, mana pernah nak ambil tahu. Yang tahu masa tu pasal drama Korea, artis Korea dan seangkatan dengannya. Dari usrah ni lah, aku menjiwai cerita dan sejarah Sultan Muhammad al Fateh, Tariq bin Ziyad, sahabat2 nabi dan banyak lagi tokoh lain.

8. Jenis tak sabar, cepat marah, cepat terasa dan suka berfikiran negatif berkenaan orang lain. Mana tahu mengenai konsep husnuzon (bersangka baik). Tak puas hati sikit, terus perli-perli kat fb, twitter. Jenis yang suka luah perasaan kat fb, twitter.. haha (malu pulok sero)

9. Suka kongsi berkaitan perasaan & peribadi di sosial. Apa yang saya rasa, apa yang saya alami terus kongsi di medan sosial, mostly benda-benda tak de manfaat pun..

10. Pengurusan masa memang fail, ada waktu lapang memang rasa "useless", duduk je kat bilik kalau tak tidur, tengok drama. Kalau tak tengok drama, layan sosial memanjang. Kalau tak pun, tidur makan mereput.


Okay, tu baru 10 je kalau nak list semua nanti over sangat pula membuka pekung didada #eh

Jadi, selepas saya join USRAH ni, JOM saya senaraikan perubahan-perubahan yang saya sendiri alami:-

Adakah seminggu nak ambil masa ubah segala jenis jahiliyyah tu.? Mesti lah tidak..

Bagi saya, seingat saya ianya ambil masa 1-2 tahun lebih baru saya dapat terima sedikit demi sedikit perubahan dalam diri saya sendiri.


Antara perubahan-perubahan yang paling awal sekali saya alami ialah:-


1. Pakaian. Yup, pakaian. Saya bermula dari sikit demi sedikit untuk ubah pemakaian kepada lebih labuh, kepada paras lutut. Tak kira lah baju muslimah atapun blaus yang labuh.

2. Daripada bawal jarang pendek 45 tu, saya mula pakai shawl yang memang tak jarang (time 2011-2012 famous dengan pashmina rasanya), seingat saya start pakai bawal bidang lagi besar 45 ialah tahun 2013(awal sem 2nd year diploma). Start dari tahun 2013, saya slow-slow ubah cara pemakaian kepada lebih menutup aurat dalam erti kata sebenar.

3. Baru tahu yang kaki ialah salah satu bahagian aurat seorang wanita. huhu Pada awal nya, masa mula-mula pakai sarung kaki bila balik Malaysia, rasa sangat-sangat tak selesa, pakai tudung besar dan baju muslimah.. orang tanya "ni dari Korea ke Mesir?"

4. Benda terbesar perubahan yang paling ketara ialah pergaulan dengan berlainan jantina. Saya mula jauhkan daripada keaktifan beralam sosial dan pergaulan dengan lelaki juga dikurangkan sedikit demi sedikit. Siapa cakap senang.? Saya takkan lupa kata-kata sinis dan perlian yang saya dapat daripada lelaki-lelaki semasa saya ambil keputusan block mereka semua di medan sosial, even di luar pun saya hadkan percakapan/pergaulan. It was a very difficult situation ever... Saya rasa ini yang paling susah saya nak mujahadah sebab saya jumpa mereka dan bergaul dengan mereka hari-hari.

5. Ibadah lagi terasa dan lagi terasa yang dengan lebihnya solat, lagi terasa tenang. Tenang sangat.. Dalam usrah, kami akan ada qiam setiap bulan. Untuk bantu jiwa-jiwa keras macam saya yang tak pernah pun ada niat nak bangun qiam sendiri-sendiri, nak bangun tahajjud sendiri-sendiri. Setiap bulan ada qiam, menjadikan hati yang keras tu rasa kesan tahajjud. Bestnya, sujud di tengah malam sorang-sorang.. huhu T___T Baru tahu solat sunat sebelum Subuh ialah salah satu solat yang paling berharga, ibaratnya jutawan seseorang itu ialah siapa yang mendirikan solat sunat sebelum Subuh.

6. Part paling best dalam usrah yang saya sangat suka ialah part kisah sejarah/sirah. Kisah-kisah mengenai Rasul, sahabat-sahabat Nabi, musuh-musuh Islam, para pahlawan Islam, kisah kegemilangan dan kejatuhan Islam. Percaya atau tidak, apa yang kita belajar dalam buku teks SEJARAH Tingkatan 4 & 5 hanyalah cebisan daripada apa yang saya belajar dalam Usrah.. Dulu, saya paling boring time sejarah sebab kena hafal fakta semua, konon budak engineering haruslah suka matematik sains fizik kan. Tapi, sejarah ISLAM bila digarap dengan baik memang mampu beri kesan dan pengajaran yang sebaik-baik pengajaran. Dari situlah, saya tahu mengenai sejarah kegemilangan tamadun Islam, disebabkan terlalu obses dengan kisah Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fateh lah, saya tekad untuk melawat jejak tanah al Fateh. Next trip is, untuk merasai agung dan gemilangnya Islam yang pernah dijejaki oleh Tariq bin Ziyad insyaallah.. doakan :)

7. Bila lama berada dalam sistem Usrah, banyak belajar mengenai kisah-kisah sahabat Nabi, hatta mengenai pengorbanan Nabi sendiri mengajar diri ini banyak perkara terutamanya mengenai konsep sabar, dan bersangka baik. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan segala apa yang sahabat-sahabat dulu alami. Seriusly, dulu saya sangat-sangat cepat terasa, which is very over.. Kurang kasih sayang mungkin:P  Makin lama makin lama, saya besarkan hati saya, dan benda-benda kecil takde kesan langsung kepada hati saya. Hakikatnya, realiti umat Islam, realiti masyarakat kita, realiti negara dan benda-benda besar ini lah yang buatkan saya takde masa nak fikir benda-benda kecil. Contohnya:- Dulu, kalau orang tak ajak pergi makan sama-sama pun boleh merajuk, kalau tak reply mesej pun boleh fikir dia benci saya, kalau tak tegur saya boleh fikir dia tak nak kawan dengan kita, dan banyak lagi which is very small matter....

8. This part also was a huge difference for me.. Saya pun tak tahu apa function dok excited post peribadi di alam media, sampailah saya dapat nasihat indirectly semasa usrah; tak semua akan suka apa yang kita post di SNS, dan tak semua akan bersimpati dengan apa yang kita alami. Hati manusia bermacam ragam, semoga kita dapat hadkan penggunaan SNS, gunakan untuk memberi manfaat dan memotivasikan masyarakat. Hal-hal berkaitan perasaan, biarlah menjadi simpanan kita sendiri..

9. Saya perasan, saya sangat hargai masa bila mana saya berada dalam sistem Usrah ini. Weekdays memang untuk kelas, manakala weekend memang hari yang sangat produktif, sama ada usrah atau pun ada program-program seperti jaulah (travel), daurah (talk) dan bermacam program yang menarik dan bermanfaat.

10. And lastly, sejak saya berkecimpung dalam sistem usrah ni, saya dapat asah skil kepimpinan leadership, bercakap depan khalayak ramai, menjadi leader kepada organisasi semuanya bermula daripada Usrah lah.. Dalam bulatan gembira tersebut, saya boleh utarakan apa yang saya rasa, pendapat kritikan dan sebagainya. Makin lama, jadi makin berani untuk berada di hadapan..



Memang menarik dan tak membosankan!


Tanyalah sesiapa yang pernah belajar di Korea, dalam 10 orang tersebut, 7 orang akan jawab "dapat sinar Islam sebenar di bumi Jahiliyyah Kpop"

Tak percaya.? Cubalah tanya.

Berapa ramai yang free hair dapat hidayah pakai tudung.

Pakai tudung di negara majoriti Islam dan di negara minoriti Islam, perasaan dia lain, perasaan pakai tudung di Korea macam kita ni duta Islam.. Kena jaga semua aspek. adab perlakuan dan juga ibadat.

Jap, tapi semua yang ke Korea tu baik-baik alim ke?

Mestilah, takde dalam dunia ni semuanya perfect.

Just nak share, doa yang baik-baik, semoga dengan keberadaan kita di sana kelak ada bawa sikit at least amalan untuk kita banggakan di akhirat kelak..


Semoga bermanfaat!!


No comments:

Post a Comment