Thursday, March 1, 2018

Hinakah Secebis Kain Ini?

Assalamualaikum! 

Hampir setahun dan tadaa I am back hehe

Sebenarnya banyak je post dalam draft tu, kita kasi peram lama-lama baru publish. (alasan sangat)




Spring View 

Nak tahu kisah saya tak? Tak kira kena baca jugak sampai habis penat mengarang ni!

Dulu, masa saya sampai di Korea Selatan bebebeberapa tahun lepas (boleh teka tak dah berapa lamanya zaman Korea tu), salah satu yang paling annoying dan geram sekali bila selalu diasak soalan sama dapat daripada Koreans iaitu:

"Tak panas ke pakai tu(sambil tunjuk-tunjuk kepada helaian kain atas kepala saya)?"

"Kenapa dalam Islam kena pakai hijab?"

"U can take off your hijab here, no one will recognise you here"

Dan banyak lagi soalan berkaitan secebis kain di atas kepala.

Awal-awal sampai di Korea, rasa stress kot kena condemn dengan Korean pasal hijab.

Awal-awal, jawapan kepada kenapa pakai tudung ialah:-

"I am a Muslim, so I need to wear the hijab"

"In al quran stated that we (women) must cover our hair from man except father, brother etc etc"

Rupanya, jawapan sebegini bukanlah jawapan yang paling baik untuk diberikan kepada non-Muslim yang memang tiada pengetahuan mengenai Islam.

Ada yang sangat tak setuju bila mana dirasakan Islam mengongkong perempuan bila menyuruh perempuan muslim berhijab. Tiada kebebasan dalam agama katanya.

Adoii, masalah betul bila nak kena explain berkaitan agama. Dalam bahasa Melayu boleh lah nak terangkan, ni bahasa ibunda Korea memang berbelit lidah nak terangkan, risau jadi benda lain pula.

Jadi, kami (pelajar-pelajar di Korea) tukar skrip jawapan kepada jawapan yang boleh difikirkan secara logik akal.

안전하다. SELAMAT

Wearing a hijab feels safe and secure.

Satu perkataan sahaja cukup untuk membuatkan mereka faham.

Sebab apa.?

Tertutup dan menutup ibarat kita tutup makanan dengan tudung saji, terselamat dari lalat dan binatang-binatang lain. Maka, selamatlah makanan kita dari anasir-anasir jahat lol

Bila mana Korean tanyakan kenapa pakai tudung, jawapan "rasa selamat dari segi menutup dada, pakai baju longgar, tidak menarik perhatian itulah tanda selamat."

Tudung/Hijab ialah maruah wanita solehah dalam Islam. Wanita solehah ialah wanita yang ada rasa malu, yang ingin melindungi diri daripada ancaman-ancaman luar, dan wanita yang ada harga diri tinggi.

Jujur saya cakap, saya setuju tengan rasa selamatnya bila berhijab.

Hijab dalam erti kata sebenar ialah hijab yang menutup aurat seperti yang dituntut dalam Islam.

Hijab atau tudung ini sangat besar nilainya, tak boleh dibandingkan dengan wang sekalipun.

Sebab ianya adalah maruah dan harga diri seorang wanita solehah. Malah Hijab bukan fesyen.

Di bumi Korea, saya belajar satu persatu mengenai Islam. Betapa bersyukurnya saya dipertemukan dengan Korean yang annoying yang selalu kecam tudung ku dan suruh tanggalkan tudung dan sebagainya. Kalah makcik bawang kita okay. Mungkin dia makcik kimchi? ㅋㅋㅋㅋㅋ

Banyak je kisah-kisah yang berlaku di Korea yang buatkan saya lagi hargai tudung, sebab tudung is priceless. Boleh baca sini (Diskriminasi Hijab di Korea)

Tapi, hakikatnya tudung bukanlah menjadi cerminan iman seseorang.

Ramai yang bertudung dalam erti kata tidak tahu makna tudung itu sendiri, tidak tahu makna menutup aurat.

Ramai sahaja yang bertudung dan tidak mengerjakan solat, melakukan perkara mungkar. Realitinya sangat ramai. Tapi sesungguhnya hati kita Allah yang pegang.

Semoga kita semua mendapat hidayah. Bertudung sepatutnya mengikut syariat, sepatutnya selari dengan Islam.

Saya tahu realiti masyarakat di Malaysia sekarang, macam satu trend fesyen semua dah bertudung (alhamdulillah), cuma satu sahaja carilah balik asbab dan matlamat untuk apa sebenarnya kita bertudung?

Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)


Setakat mana rasa takut kita pada Allah? Sedang dalam Quran dah terang-terang terpampang tudung ialah untuk menutup dada, bukan untuk menayangkan dada, leher dan sebagainya.

Cuba tanya dalam hati masing-masing,

Kenapa kita pakai tudung?

Sebab dari kecil pakai, so takkan nak freehair tiba-tiba?

Sebab semua orang pakai tudung, so kena pakai.?

Sebab ikut trend dan fesyen tudung lawa, eksklusif, mahal jadi saya kena beli tudung tersebut untuk nampak ekskusif dan boleh upload di IG?

ATAU,

Adakah kita pakai tudung sebab takut kepada Allah?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Untuk rakan-rakan non Muslim saya yang mungkin terpinga-pinga kenapa isu Hijab di Kelab Malam ini begitu besar, sebabnya ini ialah isu sensitif.

Wanita muslimah bertudung, tempatnya di tempat mulia bukan di tempat maksiat atau mungkar.
Tudung ialah lambang keperibadian wanita muslimah, bukan di tempat yang sinonim dengan kemungkaran.

Tudung itu sangat mulia, kita yang hina. KITA.

Fitrahnya, manusia tidak semua sempurna.

Jangan kerana seorang individu, kita samakan individu-individu lain yang bertudung :)

Islam itu indah, yang buruk itu dari si pelakunya bukan agama.


Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah.
Semoga kita (saya) juga tergolong wanita solehah :)



Moga bermanfaat.

1st March 2018
쿠알라룸푸르



No comments:

Post a Comment