Saturday, March 9, 2019

A LETTER TO MYSELF

Assalamualaikum all



and Hello March! Eh cepatnya dah bulan tiga, rasa baru mengarang untuk tahun baru haritu :P


Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat iman dan nikmat Islam, dan juga atas segala nikmat yang tak terhingga. Nikmat-nikmat kecil seperti nikmat makan, minum, hatta nikmat mampu berjalan dengan sempurna juga merupakan nikmat yang tak terhingga. 


Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah. Bulan 3 membawa pelbagai berita yang tak disangka-sangka. Karier, belajar, masa depan dan juga jodoh. Allah beri dan juga tangguhkan ianya atas sebab yang terbaik subahanallah. 

Harini 9/3/2019, merupakan hari pendaftaran master di UKM. 




Cita-cita untuk menyambung pelajaran memang dah lama ada, sebelum habis degree lagi memang niat asal nak terus sambung master selepas grad degree. Asalnya konfiden nak sambung master dalam pengajian yang sama, iaitu kejuruteraan kimia. Jadi, selepas grad, alhamdulillah dapat banyak tawaran daripada universiti-universiti terkemuka untuk sambung master dalam bidang tersebut, dah pergi universiti tersebut pun dan jumpa coordinator juga, serta jumpa lecturer sekali. TAPI, rupanya Allah lebih mengetahui yang TERBAIK untuk diri ini. 

Satu hari selepas perjumpaan dengan pihak univesiti tersebut, dapat panggilan interview kerja di salah sebuah syarikat kerajaan Korea, which is very interesting to me at that time. Masyallah, dan alhamdulillah mak dan ayah tak pernah halang malah menyokong setiap langkah dan setiap keputusan yang dibuat. Sungguh redha Allah, terletak pada redha ibu bapa. Setiap kali ada keputusan berkaitan sesuatu perkara, rujukan utama ialah mak ayah. Dan doa sungguh-sungguh jika itu yang paling terbaik. Kebetualan masa dapat interview kerja jatuh bulan puasa, dan diberatkan untuk masuk ke alam pekerjaan walhal perancangan awalnya ialah sambung belajar. 

Alhamdulillah, 2 tahun tepat diberi peluang bekerja dan tak sangka banyak belajar, banyak jumpa orang, banyak benda terjadi sepanjang 2 tahun. Ups and downs. Terima kasih Allah sebab jaga ku sepanjang tempoh 2 tahun yang sangat-sangat sangat mencabar, sepanjang tempoh yang kritikal sebulan kena outstation sampai 2 3 kali, dalam kapal terbang menangis sebab too hectic, sampai menggigil pagi-pagi taknak gi kerja sebab terlalu sibuk, sampai hampir 3 bulan tak sempat balik kampung, "berkampung" di pejabat sampai 1-2 pagi benda biasa, Hidup hamba kepada kerja. Tapi dalam kesibukan itu, Allah hadirkan kawan-kawan pejabat yang baik, supervisor yang sangat memahami, big boss yang baik hati sangat. 


Tepat 2 tahun, dapat rezeki di tempat lain pulak. 

Kerja yang mula-mulanya tak boleh terima, dari kerja yang super fun, corporate style, kerja sibuk bertukar 360 darjah terus. 

Bulan pertama, kedua ada juga niat nak tukar kerja bagai. LOLL 

Kerja inilah jadi asbab kepada mampunya untuk sambung belajar sekarang. Dari segi kewangan dan juga masa. 

Masa dapat tawaran dari UKM terus terfikir, 

ya Allah 3 tahun Kau bagi masa kepadaku. 3 tahun Kau tunaikan impian dan cita-citaku. 
Kau kurniakan rezeki untuk sambung belajar ini pada waktu yang paling paling TERBAIK. 

Janji Allah itu pasti, kan? 

It is applicable to everything, rezeki, kerja, belajar malah jodoh sekalipun. 

I do believe "Kunfayakun"

Apa yang Allah tentukan itulah yang TERBAIK. 

Jodoh itu Rahsia, Doa Jalannya. 

Kadang kita rasa, dia lah jodoh kita tapi kita terlupa Allah Maha Mengetahui, dan Dia tahu yang TERBAIK untuk kita. 

Seperti karier, master yang datang tepat pada waktu yang memang tak terduga, saya percaya same goes to jodoh/marriage, it will come at the best time. 

Dan, insyaallah tahun ini juga Allah makbulkan beberapa doa yang tak sangka akan diberikan secepat ini. 

Kadang satu perkara yang kita minta, Allah bukan "reject" tapi Dia tangguhkan dulu :) 

Terima kasih Allah, 

Antara cinta kepada manusia, 
dan cinta kepadaMU, 
Kau kurniakan cinta kepada Mu dahulu. 


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ
Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu
allahumma innii as aluka hub-baka
وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
dan cinta orang yang mencintai-Mu,
wa hub-ba may-yuhib-buka
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ
amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu.
wal’amalal-ladzii yuballighuniii hub-baka
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ
Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu
allahummaj ‘al hub-baka
أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى
lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri,
ahab-ba ilay-ya min nafsii
وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
keluargaku, dan air dingin.
wa ahlii wa minal maa-il baarid
(HR. Ahmad 22109 & Turmudzi 3543)


kredit :







No comments:

Post a Comment