Wednesday, January 27, 2016

Jejak al Fateh: Perpisahan Sementara Tarakli




Assalamualaikum wbt..


Selepas puas (terlebih terRehat) akibat kesejukan lebih melanda di Sakarya, masuk hari ke-4, semangat berkobar-kobar nak berjalan. Al-maklumlah berehat melebihi sepatutnya..

Hari ke-4 , kami decide keluar awal sedikit dan breakfast di luar sebab aku rindu..sesuatu.. Dari semalam tercari-cari sesuatu itu…

Aku rindukan kau, wahai NASI..!!

Dari semalam tak leh nak telan dah segala macam roti Turki (nanti entri pasal makanan semua, aku cerita), aku minta unni bawakan aku makan ke kedai ada pilaf(nasi).

Jam 8 pagi kami dah berada di  luar asrama, awal kan.?

Sebab harini kawan unni, Saadiah akan join perjalanan kami hari ni. Janji jam 9 akan gerak sama-sama.

Kami pun pergi ke setiap restoran di bawah, bila unni tanya ada nasi tak, semua orang gelak.. (sedih sungguh!) Ibaratnya, kempunan aku nak makan nasi rasa macam kalau takde nasi, nak balik Korea lah..

Pergi sana sini tanya memang takde nasi, jadi dipendekkan drama ku ini, aku terpaksa makan kebab juga.. (sedih) tapi, ada nugget ayam (gembira sikit).



Lepas tu, kami terus bertolak ke….. Tarakli, Sakarya.

Apa best di TARAKLI.?

Kami gamble je ni ke Tarakli, lepas google image rasa macam cantik ditambah info Wikipedia mengatakan bahawasanya Tarakli ialah kawasan bersejarah yang didiami semasa Empayar Turki Uthmaniyyah dahulu, dan seni bina rumah pada zaman tersebut masih kekal asli sampai sekarang.

Dari pekan Sakarya ke Tarakli, ambil bas di terminal. Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit, dengan tambang 10 lira sekali naik bas.

Otw ke Tarakli, perasaan dia ialah perasaan aku balik kampong zaman kecik-kecik dulu. Perasaan balik Kuala Krai dari Bachok, Kelate.

Serius sama. Cumanya yang berbeza, sini diselaputi salji.

Yang lain semua sama.
Masuk hutan, rumah kampong, orang-orang kampong.

Oh, sebelum terlupa dalam bas pun orang-orang yang naik bas ke Tarakli pun kelihatan agak miskin. Kenapa aku cakap macam tu.?

Aku tengok pakaian mereka, kotor sangat-sangat.

Pasangan suami isteri dan 2 anak perempuan mereka. (Sumayyah dan Arina)

Rumah mereka di Tarakli.

Aku melihat bapa mereka mengira duit syiling tambang bas menguatkan lagi firasat mereka ini dari keluarga yang agak susah. T__T

mereka



Dan, aku.? Kita.?

Sangat-sangat sangat sangat beruntung dan kena bersyukur selalu.

Di dalam bas, kami kongsikan makanan sama-sama dan mereka sangat peramah, anak mereka Sumayyah umur 10 tahun sangat petah berkata-kata. Kami berpisah di Tarakli..
Aku hanya mampu doa agar Sumayyah menjadi pendokong keluarganya dan Berjaya dunia akhirat, insyaallah.

bekalan perjalanan


Sesampai sahaja kami di tempat di tuju, kami jalan ikut suka hati dan ikut gambar google sahaja.

Subhanallah, pemandangan di sini sangat luar biasa. Terutamanya,
Masjid yang diberi nama Yunus Pasha Mosque, dibina pada tahun 1517 semasa empayar Uthmaniyyah. Sangat unik dan cantik.

Seni bina rumah juga memang unik dan sangat original.

Ada yang memang nampak sangat lama usianya.








Akhirnya, selepas sehari lebih mengidam pilaf(nasi), jumpa kat Tarakli.

Nasi kosong + kari daging.! 


Pencuci mulut


Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan, sampai terjumpa satu coffe shop unik.. 


Sesuai dengan nama Mocha, aku ordered 1 Coffe Mocha.
Harga asal ialah 5TL, tetapi kakak itu bagi 3TL sahaja sebab aku bermusafir. TT





Sambung dari entri Tarakli,

Manisnya ukhuwwah Popia Goreng bila dibuat homemade oleh sek kitto..

Siapa tahu dan pernah baca travelog.my mesti kenal dan tahu serba sedikit mengenai kakak ni, kak Asmaa. Ore Kelate.

Bak kata unni, kami melawat dia nak dapatkan info mengenai Turki, dapatkan taujihat (nasihat) gituuuu… hehehe

Dan memang betul, terus plan asal kami berubah 180 darjah.

Yoksi, expert…!

Tak sempat borak lama dengan kak asma, sebab Saadiah kawan unni tiba-tiba tak sihat, dan kami pula kena balik ke asrama sebab curfew jam 9 malam.

Walaupun pertemuan kita singkat sahaja, mungkin tak sampai 1 jam pun, tetapi
boleh kecek kelate meme sero paling sedak sekali.

Oh, yang best dalam rumah kak Asmaa kami kena switch banyak bahasa..

Me speaks Kelate with kak asmaa, Korean with her husb(her American husb can speak Korean pretty well), English with Saadiah, Malay with Unni!

sedapnyaa. nok lagi


Tarakli, Adapazari
28 Januari 2016
8pagi.

Nota:
Untuk melihat lagi pemandangan beserta video, boleh check ig @thehaneul


Jejak al Fateh : Jangan Bilang Unni Tak Payung




Assalamualaikum wbt.


Masuk hari ke-3, unni kelihatan sihat sedikit berbanding semalam.
Suhu di Sakarya turun ke negative, angin kuat semacam di Korea.

Alhamdulillah, lepas isi perut dengan 2 jenis breakfast (macam biasa), kami bergerak ke Universiti (LAGI) sebab kad pelajar unni tercicir semasa jalan pulang ke asrama semalam. Agak susah sebenarnya kalau hilang student id tu sebab, kat sini pelajar menggunakan kad pelajar sebagai T-money/ TouchnGo pengangkutan awam.

Harga biasa untuk pengangkutan awam ialah 1.5 lira, tapi jika ada student id, harga dikurangkan menjadi 1 lira sahaja.

Jadinya, kami pun pergi balik ke Universiti mencari-cari student card unni.

“Sini sama macam Korea tak, jumpa barang diorang letak balik,?”

“Sama, diorang jujur. Tapi kat Istanbul susah sikit”

Oh. Kiranya peluang nak jumpa kad pelajar unni tinggi harapan ni.

Kami jalan balik ke library, sini ada 2 library.

Dan, masuk library ke-2, Alhamdulillah kad pelajar unni ada disimpan Pak Guard.

So, selesai masalah unni.

Kami bergerak ke pekan Sakarya.  Waktu untuk shopping.!

Kami sampai di pekan jam 11.30pagi dan orang masih belum ramai.

Perasaan kat pekan ini lebih kurang gabungan antara Namdaemun dan Myeongdong.

Ada banyak kedai versi H&M dan Uniqlo tapi versi Turki.

Aku ajak unni masuk ke semua kedai, nak tengok fesyen dan harga pakaian diorang.

Patutla diorang stylo, in a very modest way, semua baju winter (jacket, knit, skirt, seluar) kat sini murah. (hukhuk)

Salji tebal semasa di pekan tadi, ditambah angin dan suhu negatif, dua-dua tak mampu nak tahan kesejukan.

Suhu masa kami di luar ialah -6  celcius dan angin tu masyallah kalah Korea Selatan.

Masa kami di Cark Street, salji memang sangat-sangat lebat tapi YANG PELIK BINTI HAIRAN IALAH tiada seorang pun yang pakai payung..!

Padahal, salji lebat turun..

Kalau di Korea, hujan menitik satu titik pun dah pakai payung yang sebesar alam tu, di Turki salji tebal tiada yang pakai payung. Ku pelik sungguh..

Rupanya ada sebab mengapa mereka tidak memakai payung..

Unni bagitahu;

Salji ibarat hadiah daripada Allah, jadi mereka menikmati salji tersebut tanpa menggunakan payung.

Tapi sebab aku tidak mampu tahan lebatnya salji, ditambah angin, ditambah pakai winter jaket yang bukan kalis air, terpaksa juga beli payung..


Harga payung cekik darah di sini= 7 lira


So, kami cepat-cepat balik ke asrama untuk panaskan badan sekejap.

Rupa-rupanya, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari.. (betul dok??)

Niat nak panaskan badan sahaja bertukar jadi, rehat sungguh tak bangun-bangun..

Myeongdong Street 

Sama kan.?

Unni dan payung 7 lira 

Kebab. Nampak tak kat tangan Abe tu gapo.?

ku ingatkan ada nasi, rupanya tidak..7 lira, Sama harga dengan payung unni.. 

Coffe Shop de best in Cark Street

Fresh dari ladang kopi

Cark Street, Adapazari
27 Januari 2016
9malam


Nota: Untuk melihat pemandangan beserta video, boleh check dan follow ig @thehaneul 


Tuesday, January 26, 2016

Jejak al Fateh : Panggilan Azan di Adapazari



 Assalamualaikum wbt.


25 Januari 2016

Masuk hari kedua aku di bumi berkah ini, bumi alFateh, bumi Turki. Alhamdulillah, hari ini kaki melangkah menuju ke destinasi pertama jejak al Fateh, iaitu Universiti Sakarya, university unni.

Kami keluar selepas makan double breakfast (breakfast in bed, breakfast in cafeteria). Selepas memastikan perut dalam keadaan baik, mood baik barulah gembira nak berjalan-jalan kan.?

Untuk ke university unni, kami perlu menaiki shuttle bas dan tempoh perjalanan lebih kurang 15 minit. Sakarya atau dikenali juga sebagai Adapazari ialah tempat yang berbukit-bukau dan university unni terletak nun di atas bukit sana.

Sebelum keluar dari asrama, aku mengucapkan terima kasih kepada abla(unni, kakak) warden yang begitu baik memberiku tempat tinggal (berbayar).

Asrama Unni


Asrama unni sangat unik, entah mengapa aku merasakan asrama ini begitu mengikut syariat islam.

Sebabnya:

1        Curfew jam 9 malam. Untuk menjaga agar perempuan tidak keluar masuk lebih dari jam 9 malam.

      Thumb print rekod keluar masuk. Sesiapa yang “thumb print” masuk, bermaksud dia ada di asrama. Sesiapa yang tidak “thumb print” masuk, bermaksud tiada di asrama. Jika tiada rekod menunjukkan dia tidak ada di asrama, dan tidak mengisi borang keluar, tindakan akan dikenakan.

     Isi borang ke luar asrama jika tidak bermalam di asrama (No. telefon, dan alamat rumah yang bakal menginap di luar asrama).

      Abla (kakak) warden asrama yang tinggal di asrama juga.  

      Masjid bersebelahan sahaja. Azan boleh didengar bila-bila masa sahaja.


Keseluruhannya, asrama ini bukan seperti asrama biasa tetapi lebih kepada rumah keluarga. Penghuni di dalamnya bertegur sapa, saling berbalas senyum dan bertanya khabar. Ibarat sebuah keluarga.. J


Okay, habis cerita kisah asrama ini.




Sewaktu tiba di university unni, tiada kalimah yang terkeluar selain

“Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah”

                                    



Fav pic by unni :)


Salji tebal meliputi seluruh university dan sewaktu aku sampai, azan Zohor menyambut kehadiranku beserta salji yang renyai-renyai turun..

Subhanallah

Walaupun aku boleh dikatakan sudah banyak kali melihat salji, tetapi perasaannya lain di bumi ini.

Masyaallah,

Sangat cantik tidak tergambar dengan kata-kata mahupun gambar. Pengalaman 5 tahun belajar di Korea Selatan, aku tidak pernah sekalipun mendapat nikmat mendengar laungan azan di dalam kampus sekolah. Rindu untuk mendengar panggilan dan seruan Ilahi. Aku melihat beberapa lelaki Turki dengan beg sandang bergegas-gegas ke masjid untuk menunaikan perintah Allah.
Cuba bayangkan, muka mat salleh, stylo macam Justin Bieber berlari-lari anak ke masjid.. (bayangkan~)

Alhamdulillah

Aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya di sini, di Turki.

Melihatkan suasana dan orangnya yang cantik dan handsome, stylo, peramah dan mesra. Ditambah lagi dengan nikmat Islamnya mereka.
Satu akidah kita bawa ke mana-mana. Sudah cukup menjadikan hati ku gembira.


Sebenarnya, tentative perjalanan ku di Turki selama lebih 2 minggu ini belum dirancang, kami hanya plan last minute sangat, lepas tahu jadual cuti unni, aku terus beli tiket, tanpa sebarang plan bombastic.

Jadi, unni cadangkan kami duduk sejenak di dalam library dan bincang aktiviti perjalanan kami di sekitar Turki.

Impian ku ialah, mahu menakluk dan menjejakkan kaki di seluruh ceruk tempat di Turki.

Kata unni; “Turki ni sangat besar, nak jalan semua kena duk sini berbulan-bulan”..

Tapi tak mengapa, izikan kakiku untuk melangkat ke tempat al Fatih sudah cukup.

Coffe shop di uni

inilah kopi & tea Turki

Perbincangan itinerari kami



So, insyaallah jika diberi kesempatan, aku akan pergi ke setiap tempat di mana Sultan Muhammad al Fatih, pernah jejaki..
Untuk hari pertama ini, barulah aku merasai erti maksud “jetlag”. Perbezaan masa 7 jam dengan Korea, membuatkan ku mengantuk dan mahu tidur sahaja sepanjang perjalanan.
Ditambah pula, keadaan kesihatan unni yang kurang mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik terus ke asrama dan merehatkan badan.
Perjalanan akan diteruskan ke esokannya.

Banyak masa lagi untuk ku terokai bumi ini, jadi aku merasakan rehat dan setelkan emosi, dan kesihatan merupakan faktor yang paling terpenting jika  mahu travel dalam keadaan tip top.


Sekitar kawasan universiti unni.

P/s: Kalah SKK hehehehhee 




























26 Januari 2016
7pagi
Adapazari.