Tuesday, January 26, 2016

Jejak al Fateh : Panggilan Azan di Adapazari



 Assalamualaikum wbt.


25 Januari 2016

Masuk hari kedua aku di bumi berkah ini, bumi alFateh, bumi Turki. Alhamdulillah, hari ini kaki melangkah menuju ke destinasi pertama jejak al Fateh, iaitu Universiti Sakarya, university unni.

Kami keluar selepas makan double breakfast (breakfast in bed, breakfast in cafeteria). Selepas memastikan perut dalam keadaan baik, mood baik barulah gembira nak berjalan-jalan kan.?

Untuk ke university unni, kami perlu menaiki shuttle bas dan tempoh perjalanan lebih kurang 15 minit. Sakarya atau dikenali juga sebagai Adapazari ialah tempat yang berbukit-bukau dan university unni terletak nun di atas bukit sana.

Sebelum keluar dari asrama, aku mengucapkan terima kasih kepada abla(unni, kakak) warden yang begitu baik memberiku tempat tinggal (berbayar).

Asrama Unni


Asrama unni sangat unik, entah mengapa aku merasakan asrama ini begitu mengikut syariat islam.

Sebabnya:

1        Curfew jam 9 malam. Untuk menjaga agar perempuan tidak keluar masuk lebih dari jam 9 malam.

      Thumb print rekod keluar masuk. Sesiapa yang “thumb print” masuk, bermaksud dia ada di asrama. Sesiapa yang tidak “thumb print” masuk, bermaksud tiada di asrama. Jika tiada rekod menunjukkan dia tidak ada di asrama, dan tidak mengisi borang keluar, tindakan akan dikenakan.

     Isi borang ke luar asrama jika tidak bermalam di asrama (No. telefon, dan alamat rumah yang bakal menginap di luar asrama).

      Abla (kakak) warden asrama yang tinggal di asrama juga.  

      Masjid bersebelahan sahaja. Azan boleh didengar bila-bila masa sahaja.


Keseluruhannya, asrama ini bukan seperti asrama biasa tetapi lebih kepada rumah keluarga. Penghuni di dalamnya bertegur sapa, saling berbalas senyum dan bertanya khabar. Ibarat sebuah keluarga.. J


Okay, habis cerita kisah asrama ini.




Sewaktu tiba di university unni, tiada kalimah yang terkeluar selain

“Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah”

                                    



Fav pic by unni :)


Salji tebal meliputi seluruh university dan sewaktu aku sampai, azan Zohor menyambut kehadiranku beserta salji yang renyai-renyai turun..

Subhanallah

Walaupun aku boleh dikatakan sudah banyak kali melihat salji, tetapi perasaannya lain di bumi ini.

Masyaallah,

Sangat cantik tidak tergambar dengan kata-kata mahupun gambar. Pengalaman 5 tahun belajar di Korea Selatan, aku tidak pernah sekalipun mendapat nikmat mendengar laungan azan di dalam kampus sekolah. Rindu untuk mendengar panggilan dan seruan Ilahi. Aku melihat beberapa lelaki Turki dengan beg sandang bergegas-gegas ke masjid untuk menunaikan perintah Allah.
Cuba bayangkan, muka mat salleh, stylo macam Justin Bieber berlari-lari anak ke masjid.. (bayangkan~)

Alhamdulillah

Aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya di sini, di Turki.

Melihatkan suasana dan orangnya yang cantik dan handsome, stylo, peramah dan mesra. Ditambah lagi dengan nikmat Islamnya mereka.
Satu akidah kita bawa ke mana-mana. Sudah cukup menjadikan hati ku gembira.


Sebenarnya, tentative perjalanan ku di Turki selama lebih 2 minggu ini belum dirancang, kami hanya plan last minute sangat, lepas tahu jadual cuti unni, aku terus beli tiket, tanpa sebarang plan bombastic.

Jadi, unni cadangkan kami duduk sejenak di dalam library dan bincang aktiviti perjalanan kami di sekitar Turki.

Impian ku ialah, mahu menakluk dan menjejakkan kaki di seluruh ceruk tempat di Turki.

Kata unni; “Turki ni sangat besar, nak jalan semua kena duk sini berbulan-bulan”..

Tapi tak mengapa, izikan kakiku untuk melangkat ke tempat al Fatih sudah cukup.

Coffe shop di uni

inilah kopi & tea Turki

Perbincangan itinerari kami



So, insyaallah jika diberi kesempatan, aku akan pergi ke setiap tempat di mana Sultan Muhammad al Fatih, pernah jejaki..
Untuk hari pertama ini, barulah aku merasai erti maksud “jetlag”. Perbezaan masa 7 jam dengan Korea, membuatkan ku mengantuk dan mahu tidur sahaja sepanjang perjalanan.
Ditambah pula, keadaan kesihatan unni yang kurang mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik terus ke asrama dan merehatkan badan.
Perjalanan akan diteruskan ke esokannya.

Banyak masa lagi untuk ku terokai bumi ini, jadi aku merasakan rehat dan setelkan emosi, dan kesihatan merupakan faktor yang paling terpenting jika  mahu travel dalam keadaan tip top.


Sekitar kawasan universiti unni.

P/s: Kalah SKK hehehehhee 




























26 Januari 2016
7pagi
Adapazari.

No comments:

Post a Comment