Saturday, January 23, 2016

Pre Departure JEJAK ALFATEH


Pre-departure Jejak alFateh


2012

Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi AL- FATEH, bumi megahnya Islam, bumi empayar kerajaan Islam terulung, kerajaan Uthmaniyyah.

Impian di lakar dan cipta semenjak tahun 2012, lepas baca novel mengenai Sultan Muhammad al Fateh, dan Mustafa Kamal Atarturk….

Impian terus dianyam, impian yang di sulami dengan angan-angan rupa-rupanya menjadi kenyataan, Subhanallah, secara jujurnya tiada perancangan yang rapi malah sangat-sangat last minit. Perancangan kewangan lagi la, bukan lah menyimpan untuk ke Turki mahupun ke Negara lain.


2015

Berita mengenai kakak tersayang yang melanjutkan Masters di Turki menambahkan lagi kuatnya impian 3 tahun lepas untuk ke sana.
Bermulalah penyimpanan sedikit demi sedikit, kadang berlapar, kadang bekerja lebih sikit (sonata.co ler).. Tetapi sangat-sangat last minit, nak uruskan semua benda, hanyalah berharap info daripada kakak tersayang sahaja.


2016

Impian yang disulam untuk menjejak kaki ke bumi Konstantinopel, bumi yang ditakluk oleh “sebaik-baik raja, yang mempunyai sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik rakyat). Dan itulah Turki…

Impian bukanlah mahu bersiar-siar mengejar bucketlist (betul ke eja ni?), bukanlah mengejar mahu ambil gambar semata-mata, tetapi impian untuk merasai keagungan Islam pada masa tersebut. Untuk merasai dan menjejaki peninggalan Sultan Muhammad Al Fateh dan peninggalan kerajaan khalifah terakhir Islam, Turki Uthmaniyyah.



Assalamualaikum wbt..


23 Januari 2016

Perjalanan ke Turki bumi Konstantinopel bukanlah mudah seperti disangka-sangka, saya mengambil cabaran melangkah seorang diri. Agak cuak sebenarnya, takut sebenarnya dan berbagai macam lagi…
Setiap kali rasa itu datang, ingat balik kenapa saya nak sangat datang sini.
Moga-moga niat ini diberkati dan diredhai.

Ujian pertama ialah, flight original Etihad Airlines yang sepatutnya akan transit di Abu Dhahi terpaksa ditanggungkan ke waktu tertentu, meaning that saya akan terlepas flight ke Istanbul. Nasib kakak Korea tersebut sangat lah baik, dia offer saya terus ke Turki tanpa transit menaiki Turkish Airlines.
Allahu, saya tahu Turkish Airlines lagi mahal ber puluh keping won, (mungkin official flight Turki), dia tukarkan saya secara percuma sahaja!.




Alhamdulillah.


Saya bersyukur di kurniakan sahabat teman dan adik-adik di Korea..
Sebelum saya berlepas tengah malam 23hb tersebut, adik-adik usrah sanggup datang ke airport nak hantar Kak muni diorang ni… hehe (acah-acah ready nak balik Malaysia) kata mereka.

Kehadiran mereka sedikit sebanyak mengurangkan gundah di hati.
Nampak je rileks, cool tapi sebenarnya hati gundah nervous haaa…

울동생들아.. 고마웡 ㅜㅜ

Right before departure
고마웡 부치야 



Okay, ni nak cerita part shigul (darak ore kelate panggil) kak muni…


First time naik flight yang macam ala-ala mahal tu ialah MAS, dan itulah kali terakhir 5 tahun lepas (yang free masa mula-mula sampai Korea tu).

Lepas tu naik AA sahaja (tahu kan short form untuk apa).

Jadinya, dah terbiasa makan kena bayar, luggage kena bayar, tempat agak sempit, selimut kena bayar (lepastu dia ambil balik!!), dan sebagainya.


Jadinya, kak muni tak ingat dan tak tahu lah yang Turkish Airlines ni semua FREE!

Luggage 20 kg, makan masyaallah sedap dan halalan toyyiban.
Makan sokmo!
Setiap kali makan, mesti ada dessert. Lepas dessert, ada kopi pulok.
Lepas kopi ada kacang.

Alhamdulillah, puas hati sedap sangat.

:)
Setiap kali makan, mesti kakak Korea kat tepi kejutkan.

"Hello, lets eat"

Supper 
Morning meal




Selimut bantal empuk free, boleh bawa keluar.

Shigulnya la haiiii….

Shigul lagi :p



Alhamdulillah juga, seat dapat tepi window, dan kat tepi ada 2 korean yang just married, baik nya masayaallah.

Baik sangat-sangat…

Dan semasa entri ini ditulis, saya masih di dalam flight akan sampai di Istanbul 30 minit lagi, waktu sekarang 3.30pagi..

Sampai ketemu lagi!

Doakan perjalanan ini diberkati dan ilmu yang saya kongsi bermanfaat.


 ................................................................................................................................................................

Landed at 4am Turkey time


Alhamdulillah, safely and smooth landing in Ataturk Airport Istanbul..


Jam 7pagi waktu Turki.

Sambungan, lepas sampai tadi dalam pukul 4 pagi, terus cari keluar toilet.

Terkedu jap,
Majoriti sini tak leh cakap Bahasa Inggeris….

G sana Tanya surau, tak faham.
G sana Tanya wifi kt mana ada, pun 2 orang baru faham.

Parok parok… L


Ada tempat yang ada wifi, tapi kena beli something. (macam kopi, tea, roti atau air mineral)
Non-friendly wifi here... (masa kt Korea sila bersyukur ye)

 Okay, sampai di sini dahulu.

Masih di airport menunggu si dia :D

오랫만에 못만난 우리언니 ㅠㅠ 기다리던 그순간은 오늘 바로....


#jejakalfateh






Friday, January 15, 2016

달콤한 추억

Assalamualaikum wbt.


Soalan 1: Pernah tak tengok drama2 tak kira Melayu Korea Bollywood dimana aksi seorang Heroin mengemas barang2 nya sebelum berlepas pulang ke negara asal dia.?



1 bulan sebelum back for good (bfg),

Maka bermulalah sesi mengemas barang-barangku di asrama ini.
Alhamdulillah sebab duduk di asrama, jadinya barang simpanan tidak banyak sangat. Jimat duitku nak mengepos nya.. Dan juga selalu pos sikit demi sikit semasa masih belajar.

Sambil mengemas kotak-kotak lama, terjumpa 2 3 kotak macam uzur sungguh rupanya, baru ingat nak buang tergerak hati untuk buka sebelum ku buang.

Rupanya kotak hikayat lama zaman dolu kala.
Sejarah sungguh, banyak jumpa surat-surat, kad ucapan, sticker wad masa kena admit hospital dulu.

Dan paling bawah sekali ada satu kertas kecil sangat,






Boarding Pass masa awal-awal fly dulu....


Entah kenapa, tiba-tiba nafasku terhenti,

Sambil mengemas sambil teresak-esak,

Tapi betul,
dah macam dalam drama dah aksinya.



Ya Allah,
Cepat sangat.
Cepat sungguh masa,


24 Feb 2011.


Believe it or Not,
Lima tahun sudah.

Lima tahun.

Apa dah aku buat di sini.?
Sudah berapa banyak ilmu aku kaut.?
Sudah cukupkah amalan ku di bumi Allah ini.?
Sudah berapa banyak pahala mahupun dosa ku kumpul di bumi ini.?

Banyak sebenarnya, untuk digarap Satu persatu mungkin berjam uols kena baca..

Biarlah segala kenangan dulu kala menjadi memori dan ingatan.

Aku bermula dari negatif, menjadi zero sebelum menjadi positif.

Aku pernah melaluinya..

Aku lalui semua onak,
Dipuji, dikritik, dan sebagainya.

Lumrah manusia.

Masyallah, semakin dekat masa menghampiri ke penghujung semakin beremosi dan bergelodak jiwa untuk meninggalkan negara ini.

Semakin hari meniti masa,

Aku makin mengerti 5 tahun belum cukup untuk mematangkan jiwa, hati dan perasaan.

Ibaratnya baru bertatih,
Kini masanya untuk berjalan melangkah dan seterusnya berlari mengejar impian.

Ibarat 5 tahun pengembaraan,
Kini menuju ke destinasi sebenar.
Kini menuju tempat yang dituju.


Allahu,

Sayang sungguh dengan negara ini,
bukan kerana orangnya,
tapi kerana segala isi dalam negara ini.

Langit Korea mahupun langit Malaysia,
tiada bedanya.

Sama sahaja.

Tapi tidak bagiku,
semakin mendongak ke langit Sonata,
hati merintih....


Di bawah langit Sonata lah,
bermula segala-segalanya.



Jangan ditanya kepada ku mengenai kejuruteraan, atau kimia, atau fizik.
Kerna aku tidak mampu untuk menjawabnya.

Tapi, tanyalah kepada ku erti
...

KEHIDUPAN.

Erti,

PERSAHABATAN.

Erti,

CINTA kepada Manusia dan kepada Pencipta.

Erti,

NIKMAT ISLAM

Di Bumi Sonata.

"Sudah cukup 5 tahun berada di alam mimpi dan fantasi, selamat kembali dan beramal di medan sebenar, dunia penuh onak duri di tanah air tercinta. Hidup di luar negara hanyalah satu fantasi indah.."
-Ustazah Dr. Norsaleha,
Jaulah Qudama 2014


한국,
 아픔과 기쁨 나눈 꽃 떨어진 그 자리

5년이야, 늘 고맙고 미안하고 사랑함..


Ditujukan khas untuk 
Batch44comel,
gyAs, 
sahabat seperjuangan.

Perjuangan kita baru bermula.

Goodluck for everythings!

All the best..

달콤한 추억은 이젠 끝이야..

다들 새로운 인생은 화이팅해!


credit PPMK


Soalan 2: Siapakah Heroin itu.?


I (we) survived life as an Overseas Student..

Ask me HOW!

Alhamdulillah.


Semoga bermanfaat.

Saturday, January 9, 2016

TWO THREE JOBS

2015.

The beautiful year.

Assalamualaikum wbt.

Apa 2015 telah buat pada anda semua.?

Pada saya, terrrrrlalu banyak kenangan dan memori indah dilakarkan di sini.

Disebabkan 2015 ialah tahun terrakhir, maka memang saya tekad nak buat ALL OUT semua!
Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya merasa saya berjaya buat the best in the field that i want!




1. Tanggungjawab sebagai pelajar
All out belajar betul-betul, peluang terakhir (mungkin) belajar percuma tanpa keluarkan sesen duit.
EH, sebelum ni pun belajar juga :p



2. Tanggungjawab sebagai Daie
Daie bunyi macam besar kan, tapi sebenarnya tak berat (yeke?), buat betul-betul, enjoy insyaallah rasa sangat-sangat best. Ditambah dengan sekeliling yang masyallah hebat.

Saya perasan tahun 2015 memang satu tahun yang sangat-sangat sibuk, saya tiada masa pun untuk buat benda-benda yang menyeleweng dari posisi sebenar saya.

Sekarang ni, tengah heboh berkenaan kenyataan Menteri berkaitan buat 2,3 kerja dalam satu tempoh masa. Sebenarnya, saya mengalami benda ni(2,3 kerja) pada zaman universiti. It was indeed busiest, but give me calm. Saya belajar banyak benda bila kita sibuk. Saya dapat banyak manfaat daripada kesibukan saya.

Sebagai contoh, saya pelajar univerisit terlibat dengan organisasi pelajar di sini, dan juga terlibat dengan usrah, setiap minggu saya ialah diperuntukkan untuk usrah ataupun program-program berkaitan. Jadinya, 5 hari waktu bersekolah memang saya sangat-sangat maksimumkan, saya bahagikan masa antara belajar juga berbisnes. (sempat haaaa).

Ye, sempat!

Kehidupan di universiti memang sangat sibuk, tapi banyak masa juga yang kita ada. kan?

Kita kena pandai untuk susun jadual perjalanan setiap sem, walaupun setiap hari ada kelas tapi make sure kelas tidak sepadat supaya kita ada masa untuk merancang perjalanan kehidupan yang lain.

Contoh kedua, jadual sem lepas saya (Fall 2015), saya ada kelas setiap hari (Isnin sehingga Jumaat), manakala Sabtu Ahad pula ialah waktu untuk organisasi dan usrah.

Mana saya ambil masa untuk sempat menjual tudung (Sonata.Hijab) dan TNT?

Secara jujurnya, sem lepas adalah sem paling sibuk dengan group projek bersama-sama orang Korea. Saya ada 4 group project! Bila masa nak meeting group, nak meeting tarbiyyah dan sebagainya?

So, apa saya buat ialah:


1. Sediakan PLANNER

Saya ini orangnya agak skema sikit, mungkin nampak pakai iphone bagai tapi saya kureng berkenan menulis segalam reminder and to-do-list dalam fon. So, semua benda yang saya nak buat, akan buat saya tulis dalam planner yang ada siap kalendar dan tarikh.


2. PRIORITY

Letakkan priority kita di mana.
Sudah tentulah pelajar tajaan harus meletakkan PRIORITY BELAJAR di tempat paling paling ATAS.
Tetapi, dakwah dan tarbiyyah bukan No.2.
Selarikan antara kedua-duanya, seimbangkan.

Contoh: Saya biasanya dah warning awal-awal group members, yang sila jangan ganggu saya pada 2 hari sahaja (Sabtu dan Ahad). Saya free bila-bila masa pada hari sekolah sahaja. Kita yang kena letakkan syarat kepada mereka. Kita berbeza dari mereka, kita ada agenda. Kita bukan seperti pelajar biasa yang lain. Kita LUAR BIASA!

Paling terakhir, barulah priority business.

Bila saya tiada apa nak buat, barulah saya akan update IG dan pergi cari stok tudung untuk dijual :D

Seperti TNT juga, biasanya saya ialah orang yang manage, dapat sedikit sebanyak untung dari situ.
Kadang dapat rugi pun ada.

Orang selalu nampak, so-called Boss ni orang yang senang lenang. Hakikatnya, yang digelar "boss" ni lagi kesempitan duit daripada pekerja-pekerja.

Terlalu banyak yang berlaku,
sampaikan saya tiada pilihan terpaksa membanting tulang (ya allah overnya), bekerja selepas habis kelas. (Selasa dan Khamis saya hanya ada satu jam kelas sahaja)
Kelas habis jam 10.15, saya akan berlari menaiki bas, subway ke Seoul untuk bekerja.
Penat memang penat, saya tiada pilihan.
Ini terjadi bila mana saya tiada duit untuk mengupah student lain membayar gaji mereka.
Pernah juga terjadi saya terpaksa bekerja Free of charges 2 3 kali atas sebab yang sama.

Inilah erti kata "boss" yang sebenar.

So, saya berani menyahut cabaran Menteri tersebut untuk bekerja lebih sebab saya dah alaminya, and it was fun!


3. BIAH dan SAHABAT

Waktu-waktu paling genting ialah saya bersyukur memiliki persekitaran dan sahabat yang membantu. Atau dalam kata lainnya, ialah akhawat (sister) yang senantiasa ada walau susah mahupun senang. Samada di sini, mahupun di lain-lain negara.

Bila mana saya buntu, bermasalah, mesej sahaja akhawat. Ataupun jumpa sahaja akhawat, hati yang gundah gulana pasti akan tenang dan damai. Kuasa ukhuwwah berasaskan aqidah.


Kesimpulannya, cuba hidup luar dari kebiasaaan.

Kita cuba buat benda yang agak ganjil pada mata orang, namun asalkan ianya tidak bercanggah dengan agama kita, maksimumkan ia dan cuba yang paling terbaik!

1 kerja, 2 kerja, 3 kerja jika kita buat dengan seikhlas hati, pasti keberkatan itu datang.


Moga bermanfaat.



Thursday, December 3, 2015

My Winter WONDERLAND



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Makanya, bulan Disember sudah tiba!!

Bulan yang ditunggu-tunggu..!

Ya allah,

November is a really-really exhausted month for me :(
(thesis submitted yahoo, jobs application, scholarship master application, 4 team project this sem, plus 2 businesses and dakwah tarbiyyah)


I don't even know that time will move so fast, really can't remember what i have done for november.

And when December say hello,

i was like.. wow less than one month to finish this all!

It was a really exhausted yet awesome 5 years for me.

1 year in LEI, SNU, 2 year in DMU, and final 2 years in SKKU.

Masyallah, time really move so fast.

When i think that this is the busiest life ever,

One murabbi said

" waktu belajar ialah waktu paling tak sibuk, percayalah.
bila awak masuk alam kerja, rumah tangga, that time is the real life"


Jadi, apa yang saya rasa ni sebenarnya bukan sibuk ya hukhukhu

She said " Yes, this is the test and the beginning for a REAL life"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Alhamdulillah.


But, wait december still there. Hang on, and finish all fyp, finish all final exams and presentation and you're done Wan Munirah!

Hwaiting!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat-saat tengah "buntu" dengan semua benda diatas tersebut,


Tanggal 3 Disember semalam telah terjadinya satu ribut salji yang amat lebat tapi sangat cantik.

Allahu...

Rasa bersyukur dan bertuah diberi nikmat lagi rasa kesyukuran berada di negara empat musim ini.

Allah bagi nikmat ini, nikmat terakhir mungkin di Korea Selatan.

Salji ke lima dan terakhir,

namun salji yang paling cantik dan amazing subhanallah.

Lupa terus masalah-masalah dalaman dan luaran :)


Selepas Subuh, terus pinjam kamera Syida ssi, sanggup ni skip breakfast walhal lapar sangat.hihi

Ambil kamera dan beraksi dengan salji yang sedang turun dengan lebatnya.

Hasilnya dapat lah beberapa keping gambar, yang bukan dari photographer professional ni :)


Lokasi: Sekitar Universiti Sungkyunkwan Natural Science Campus

Masa: Dalam perjalanan ke Kelas




















Soalan: Yang mana satu pilihan hati? :)


This is the beautiful scenes ever i have seen in Skku.

I know i can't avoid the problems everyday, but there's a strength when i have you :)

You know who you are #thousandkmaway #fewkmsaway #akhawatisma #jjang

Pengajaran:

Kehidupan sendiri satu ujian yang mencabar, gunakan akal fikiran sebaiknya. Akal, fikiran, mestilah dipandu berasaskan keimanan. Keimanan yang bertunjangkan akidah Islam!



Doakan saya lepas mengharungi 2 minggu sahaja lagi!


Moga bermanfaat ;)

Monday, November 30, 2015

Discover Your Soul


Assalamualaikum wbt.


Saya berpendapat semua sedia maklum mengenai kisah bunuh diri seorang pelajar SPM akibat tidak dapat menjawab exam Add Math.

Perkara ini adalah "rare" di negara kita dan sangat mengejutkan semua..

Tapi, tidak di Korea Selatan.


Perkara yang kita Malaysian and the world ketahui mengenai negara Korea.

Kpop.

Hallyu.

Plastic surgery.

Palli palli (cepat-cepat).

Samsung. LG. Hyundai.


Tapi, rupanya Korea juga ialah antara negara yang mempunyai kadar bunuh diri paling tinggi di Asia Tenggara. Mengikut kajian yang dilakukan oleh, Organisation of Economic Cooperation and Development (OECD) Health Statistics 2015, average 29.9 orang daripada 100,000 orang mengambil keputusan untuk bunuh diri. Allahu.. Banyak sungguh banyak.

"commit suicide" di Korea ini merupakan antara punca keempat tertinggi dengan hampir 40 orang dilaporkan setiap hari membunuh diri sendiri.

Sebabnya.??

"commit suicide" paling banyak berlaku antara umur 10 hingga 30 tahun, dengan sebab yang sama.

"stress of living in a hyper-competitive society or pressure over exam results and college entrance "

YES!

Hyper competitive society!

Banyak baik sebenarnya sebab dapat menghasilkan tenaga kerja manusia yang berlumba-lumba untuk melakukan kerja. They dont have the word "mengulor" masa kerja, minum kopi time office hour, etc. They work hard for that position.
Tetapi yang kurang baiknya, hyper berlumba sampaikan project fail terus rasa gagal dan bunuh diri. Tak dapat naik jawatan tinggi, bunuh diri. 

Dan yang paling menyedihkan, ramai yang di kalangan remaja yang merasakan hidup mereka gelap bila mana tidak lulus dan tidak mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan college entrance (equals as SPM, 10 times susah maybe).

Cuba ingat balik kita-kita semasa belajar di zaman sekolah rendah dan menengah.

Kenangan di Sekolah rendah dan menengah merupakan kenangan terindah, yang tidak dapat dilupakan.

Tapi tidak bagi mereka, para pelajar di Korea Selatan, kenangan mereka ialah kenangan pahit yang mahu dilupakan seumur hidup. 
Terpaksa belajar dari Jam 9pagi berterusan sampai petang, sambung tuisyen/private tutor sampai malam, dan berterusan. 

Maka tidak mustahil lah mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan bila mana tidak mendapat keputusan cemerlang, kerana mereka sangat penat dan lelah. 

Bukan sahaja ditekan dari dalam diri sendiri, mereka ditekan dari sisi keluarga, dari sisi sekolah, sampai ke masyarakat. 


Mapo bridge yang terletak di Hangang River merupakan salah satu tempat cubaan bunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Mengikut laporan yang dikeluarkan di OECD, sebanyak 901 orang melakukan cubaan bunuh diri di sungai tersebut. Dengan penghasilan "Bridge of Life" di Mapo Bridge ini, kadar bunuh diri dikurangkan dari 23.8 orang dalam 100,000 tahun lepas daripada 26.9 orang. 



"Bridge of Life"

Pengalaman saya dan #boochi pergi buat lawatan ke Mapo Bridge, tempat penyaksian hilangnya nyawa-nyawa di bumi Sonata ini.

Apa yang buat saya terdetik nak pergi ialah nak rasai sendiri dan tengok sendiri dengan mata saya.

Sampaikan jambatan ini dipanggil sebagai "Bridge of Life" disebabkan mahu memberi semangat kepada mereka untuk sayangi nyawa mereka.

Disepanjang laluan pejalan kaki jambatan ini, telah di setkan lampu LED yang automatik, bila mana kita berjalan, lampu akan menyala dan ada patah-patah perkataan di papan lampu LED tersebut. 

Cerita yang sangat mengusik jiwa saya. 

Kami berjalan sambil membaca setiap patah kata,
dan tanpa sedar, saya menangis.

Yes, i cried.

Its too emotional.

Macam mana you ada hati nak bunuh diri bila ada perkataan macam ni?


"How are you today?"

“The most shining moment of your life has yet to come” 

“Your worries will feel like nothing when you get older” 

“A difficult moment will eventually flow like the river below.”

"Your mom love you so much"

"You are the most precious gift in this world"

dan banyak lagi.



p/s: Video di sepanjang laluan pejalan kaki Bridge of Life

Secara jujurnya, punca utama ialah sebab kekosongan dalam jiwa mereka.

Bila mana merasakan hidup ini hanya lah untuk kerja, hanyalah untuk dapatkan jawatan yang tinggi, hanya untuk masuk universiti terbaik dan hanya untuk duniawi sahaja,
maka bila mana diuji, mereka tiada tempat bergantung, tiada tempat pertolongan.

Manusia, sesama manusia pertolongan tidak cukup.

We need more than humans' power and effort.

Jiwa-jiwa yang kekosongan inilah yang tidak di isi dengan 2 nikmat (Iman dan Islam),
maka bunuh diri ialah solusi kepada setiap masalah dan ujian yang dihadapi.

Islam sangat-sangat memandang serius berkenaan bunuh diri,
Kita berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman didalam kehidupan seharian.

Tengoklah bagaimana Palestin hari-hari dibunuh, diseksa dan diuji.

Mereka masih mampu mengucapkan Allahu Akbar, alhamdulillah.

Umat Islam hidup untuk menanam padi dan umat Islam itu yakin hidup ialah satu ladang.

Buah dan hasil daripada ladang di dunia, akan dihitung di akhirat kelak.

Jadi, pokok pangkalnya.

Hidup ini satu ujian.

Kita semua diuji, mengikut keupayaan masing-masing.

Subhanallah, alhamdulillah.

Bila mana diuji, kita tidak keseorangan.
Walau manusia meninggalkan, ada yang sentiasa bersama-sama kita 24jam 365hari.

He's always there for you!!

You're NOT alone.

Moga agama Islam ini sampai kepadamu, rakyat Korea!

Thursday, November 19, 2015

Hashtag Sarang




Assalamualaikum wbt.


Sarang...inka?

p/s: AMARAN KERAS HANYA UNTUK GGU(geng-geng usrah) SAHAJA


Bagiku, umur 20an memang sangat-sangat mencabar dan memenatkan. Umur tengah darah muda, darah membuak-buak nak cuba semua benda, nak jadi perhatian semua orang dan sebagainya.


Bagi ku sendiri, umur tersebut sangat penting dan sangat-sangat bahaya jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Eh jap nak kawal apa.?


Kawal nafsu.

Nafsu.

Nafsu untuk ber#chenta hik3

Ye, lepas fikir timbang balik pusing sana sini, entri kali ini akan membincangkan mengenai
#sarang di usia remaja.


#Sarang.


Apa itu #sarang... oh okay, ini bukan sarang tebuan huhu

#sarang ini ialah 사랑 (google translate sendiri)

Pada usia ini, kita terbuai-buai untuk mendapatkan perhatian berlainan jantina.
Fitrahnya, begitulah.
Lelaki mahupun perhatian daripada perempuan,  dan perempuan mahukan perhatian daripada lelaki.

Tapi di saat ini, kita sebenarnya masih mentah dan belum mengetahui akan makna sebenar cinta. (macam la ku tahu sangat) :p


Dan tak kurang juga, seiring dengan perkembangan teknologi, muncul pulok istilah cinta alam maya.. (cinta fb, cinta twitter, cinta skype etc)

Satu barah penyakit sebenarnya.. because it can happen to ANYONE.. regardless of status.. Allahu


Pernah dengar apa itu ikhtilat??


Eh jap, ikhtilat tu apa?

Geng-geng usrah wajib tahu apa itu ikhtilat kan.





Macam foundation gitu, ikhtilat wajib difahami dan dihadami. Nama pun join usrah, buat malu (kasar ek? mianhajiman straight to the point haeyaji) je ahli usrah sendiri berikhtilat! omg.

"Jap, oo kiranya join usrah tak leh cakap dengan lelaki/perempuan ke?"

"Okay, keluar usrah NOW."


Untuk adik-adik/kakak-kakak yang saya kasihi,

Cuba tanya diri kita balik



1. Apa tujuan kita memaksa diri kita join usrah dan tarbiyyah setiap minggu sebenarnya?
   
Apa sebab utamanya? Jika awal-awal dulu, kita "paksa dalam rela" sebab akak-akak asyik belanja      makan, bagi hint masuk usrah is OKAY.
Tapi kalau dah 2 3 tahun, masih sama. Adik/kakak tanya balik la apa sebab adik/kakak masih dalam kumpulan usrah dan tarbiyyah ini.

Usrah bukan sesuatu yang trending, bukan sesuatu yang kita anggap remeh.

Usrah bermula dari zaman Rasulullah SAW, di "popularkan" pada zaman as Syahid Hassan Al- Banna(HAB), dikuatkan pada kegemilangan as Syahid Syeikh Ahmad Yassin (pengasas Hamas di Palestin). Dengan adanya usrah dan gilapan tarbiyyah lah lahirnya jiwa-jiwa hebat tentera Hamas tersebut.


2. Apa kita NAK sebenarnya daripada Usrah ini?

Try duduk sekejap dan tanya balik apa adik/kakak nak sebenarnya dari usrah ini. 2 3 4 tahun dah join usrah, tapi macam keliru nak apa sebenarnya.? Cuba fikir balik, nak apa sebenarnya. Hati dan jiwa mampu memberi jawapan kepada soalan ini.
p/s: Macam saya, saya tahu saya nak apa. (nak tahu kena la tanya saya).



Cukup menjawab 2 soalan simple di atas, bila ada jawapan kepada 2 soalan tersebut.
Makanya segala permasalahan seperti berikhtilat sama ada secara terang-terangan ataupun alam maya (twitter, mesej fb, instagram) tidak akan berlaku.


Sebab kalau ahli usrah sendiri TIDAK FAHAM kenapa keberadaan dia di dalam institusi tersebut, maka kehancuran sedikit demi sedikit akan terjadi.


Dan tidak mustahil  juga;

"Roboh dakwah di tangan para daie" akan terjadi.

Runtuhnya sesuatu tiang bermula dari sekecil zarah kesilapan.




SAY NO TO IKHTILAT!

SAY NO TO ZINA!




it was not easy path.
it was hard,
but worth it.
kucing pun menjaga batas tu,
apatah lagi kita?


Moga bermanfaat.
Pray for me =")

Wednesday, November 18, 2015

Alba in Seoul


Assalamualaikum wbt.

Tetiba dapat idea nak share kisah yang terjadi lately ni.

Alba ialah singkatan daripada perkataan Korea (아르바이트)=Part time
Kalau cakap alba, tahu la part time ya.


So, secara ringkas dan padatnya, kebanyakan (tak semua) pelajar di Korea ini buat alba jugak la.
Ada yang mengajar bahasa, ada yang jadi translator, ada yang kerja di restoran, dan yang paling famos amos ialah tour guide tak official di Korea.

Memandangkan Korea ni dah jadi antara negara "Wajib" dilawat sebelum Mekkah, makanya demand kepada korea ini amatlah tinggi dan dasyat sekali.
Plus selalu ada promosi daripada AIRASIA juga menambahkan lagi keterujaan orang nak datang ke Korea. Kan?


Makanya, demand untuk orang Malaysia cari pakej atau senangnya nak pakai tour guide pun tinggi juga. Sebab bahasa yang digunakan di sini ialah bahasa Korea dan bahasa Konglish (korea + english), tiada bahasa inggeris digunakan ya. Sila take note.

So, saya nak share la pengalaman cari tour guide ni.
Ala-ala senior gitu kan.


Tapi, lately ni saya selalu diterjah dengan soalan-soalan maut macam ni

"mahalnya nak bayar tour guide. Hotel saya lagi murah dari nak bayar awak"

Pembaca sekalian pun tahu berapa harga standard guide kan?

"Mahalnya harga guide, 6hari bayar awak macam harga return flight tiket saya dah"

Makanya, perlu lah saya membentangkan situasi kewangan ekonomi Korea dan kemerosotan ekonomi Malaysia.


Untuk pengetahuan adik/kakak/pembaca sekalian,

Tour guide yang dikatakan "mahal" ini (selepas di convert ke harga RM),

Tugas yang tour guide lakukan:

1) Tour guide ni macam kita berbakti sepenuh jiwa dan raga untuk pelanggan.
Ikut segala kehendak dia, segala macam ragam sekali. Ada anak, ikut juga ragam anak.
Ada datuk nenek, ikut sekali ragam. Nama pun pelanggan kan.


2) Sehari sebelum kedatangan pelanggan, kena belajar dulu pasal tempat to make sure tak sesat jalan.

3) Nak entertain orang is not easy one. Handling people's emotion is not easy one. Nak buat orang happy travel tak senang kan? 

Personally speaking, guiding people is like we have to make them enjoy and happy with their travel.

Saya dah lalui segala macam perangai, ada yang best geng sampai sekarang Allahu 

Senang cerita, kerja sebagai tour guide bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tapi yang penting perlukan kekuatan mental nak telan segala macam ragam manusia.

Ada kala diri ini senyum kegembiraan, ada kala menangis kesedihan.

Lumrah.


Ok jom ikuti Kelas ekonomi Korea:

Salah satu cara nak buat perbandingan harga, ini bukan conversion krw-rm..
Sebagai contoh: 

Air mineral 1000won=RM1
Makan standard 6000won=RM6
Entrance fee 8000won=RM8
Tip tour guide 100,000won=RM100


Korea negara maju dan terpesat di dunia, taraf hidup semakin tinggi dan tinggi. 

Jadi, stop bring over your calculator and multiple 3.8 each of the things you want to buy. ^^

Iklan khidmat mesra pelanggan.




Tour guide demam selsema
tunggu pick up customer :D