Tuesday, January 26, 2016

Jejak al Fateh : Panggilan Azan di Adapazari



 Assalamualaikum wbt.


25 Januari 2016

Masuk hari kedua aku di bumi berkah ini, bumi alFateh, bumi Turki. Alhamdulillah, hari ini kaki melangkah menuju ke destinasi pertama jejak al Fateh, iaitu Universiti Sakarya, university unni.

Kami keluar selepas makan double breakfast (breakfast in bed, breakfast in cafeteria). Selepas memastikan perut dalam keadaan baik, mood baik barulah gembira nak berjalan-jalan kan.?

Untuk ke university unni, kami perlu menaiki shuttle bas dan tempoh perjalanan lebih kurang 15 minit. Sakarya atau dikenali juga sebagai Adapazari ialah tempat yang berbukit-bukau dan university unni terletak nun di atas bukit sana.

Sebelum keluar dari asrama, aku mengucapkan terima kasih kepada abla(unni, kakak) warden yang begitu baik memberiku tempat tinggal (berbayar).

Asrama Unni


Asrama unni sangat unik, entah mengapa aku merasakan asrama ini begitu mengikut syariat islam.

Sebabnya:

1        Curfew jam 9 malam. Untuk menjaga agar perempuan tidak keluar masuk lebih dari jam 9 malam.

      Thumb print rekod keluar masuk. Sesiapa yang “thumb print” masuk, bermaksud dia ada di asrama. Sesiapa yang tidak “thumb print” masuk, bermaksud tiada di asrama. Jika tiada rekod menunjukkan dia tidak ada di asrama, dan tidak mengisi borang keluar, tindakan akan dikenakan.

     Isi borang ke luar asrama jika tidak bermalam di asrama (No. telefon, dan alamat rumah yang bakal menginap di luar asrama).

      Abla (kakak) warden asrama yang tinggal di asrama juga.  

      Masjid bersebelahan sahaja. Azan boleh didengar bila-bila masa sahaja.


Keseluruhannya, asrama ini bukan seperti asrama biasa tetapi lebih kepada rumah keluarga. Penghuni di dalamnya bertegur sapa, saling berbalas senyum dan bertanya khabar. Ibarat sebuah keluarga.. J


Okay, habis cerita kisah asrama ini.




Sewaktu tiba di university unni, tiada kalimah yang terkeluar selain

“Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah”

                                    



Fav pic by unni :)


Salji tebal meliputi seluruh university dan sewaktu aku sampai, azan Zohor menyambut kehadiranku beserta salji yang renyai-renyai turun..

Subhanallah

Walaupun aku boleh dikatakan sudah banyak kali melihat salji, tetapi perasaannya lain di bumi ini.

Masyaallah,

Sangat cantik tidak tergambar dengan kata-kata mahupun gambar. Pengalaman 5 tahun belajar di Korea Selatan, aku tidak pernah sekalipun mendapat nikmat mendengar laungan azan di dalam kampus sekolah. Rindu untuk mendengar panggilan dan seruan Ilahi. Aku melihat beberapa lelaki Turki dengan beg sandang bergegas-gegas ke masjid untuk menunaikan perintah Allah.
Cuba bayangkan, muka mat salleh, stylo macam Justin Bieber berlari-lari anak ke masjid.. (bayangkan~)

Alhamdulillah

Aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya di sini, di Turki.

Melihatkan suasana dan orangnya yang cantik dan handsome, stylo, peramah dan mesra. Ditambah lagi dengan nikmat Islamnya mereka.
Satu akidah kita bawa ke mana-mana. Sudah cukup menjadikan hati ku gembira.


Sebenarnya, tentative perjalanan ku di Turki selama lebih 2 minggu ini belum dirancang, kami hanya plan last minute sangat, lepas tahu jadual cuti unni, aku terus beli tiket, tanpa sebarang plan bombastic.

Jadi, unni cadangkan kami duduk sejenak di dalam library dan bincang aktiviti perjalanan kami di sekitar Turki.

Impian ku ialah, mahu menakluk dan menjejakkan kaki di seluruh ceruk tempat di Turki.

Kata unni; “Turki ni sangat besar, nak jalan semua kena duk sini berbulan-bulan”..

Tapi tak mengapa, izikan kakiku untuk melangkat ke tempat al Fatih sudah cukup.

Coffe shop di uni

inilah kopi & tea Turki

Perbincangan itinerari kami



So, insyaallah jika diberi kesempatan, aku akan pergi ke setiap tempat di mana Sultan Muhammad al Fatih, pernah jejaki..
Untuk hari pertama ini, barulah aku merasai erti maksud “jetlag”. Perbezaan masa 7 jam dengan Korea, membuatkan ku mengantuk dan mahu tidur sahaja sepanjang perjalanan.
Ditambah pula, keadaan kesihatan unni yang kurang mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik terus ke asrama dan merehatkan badan.
Perjalanan akan diteruskan ke esokannya.

Banyak masa lagi untuk ku terokai bumi ini, jadi aku merasakan rehat dan setelkan emosi, dan kesihatan merupakan faktor yang paling terpenting jika  mahu travel dalam keadaan tip top.


Sekitar kawasan universiti unni.

P/s: Kalah SKK hehehehhee 




























26 Januari 2016
7pagi
Adapazari.

Sunday, January 24, 2016

Jejak al Fateh: Pelukan di Kota Konstantinopel


Assalamuaalaikum.


Alhamdulillah, selepas hampir lebih 5 jam menanti si dia mengambil ku di airport, aku menggunakan peluang untuk meng”screen” orang-orang Turki. Hehe

Akhirnya, penantian demi penantian Allah takdirkan juga jasad kami bertemu di bumi dan tanah penuh barakah ini, tanah Islambol (dahulunya), atau nama kini Istanbul. Masyaallah terlalu dan sangat-sangat gembira dapat bertemu kakak kesayangan (bukanlah kakak dari ibu dan bapa yang sama, tetapi kakak yakni dari akidah yang sama).

\

Pelukan erat di saksikan budak perempuan comel, dia mungkin terkedu melihatkan aksi kami di tengah-tengah airport.

Waktu kami beraksi selfie pun, dia join sekali. So cute.

Masyaallah, kak iffah boleh cakap bahasa Turki macam air dengan family budak perempuan tadi.

Aku? Memang sepatah pun tidak faham.

Perasaan macam nil ah yang dirasai pelancong datang ke Korea agaknya.

Sini, semua dalam bahasa Turki, sangat-sangat jarang nak jumpa bahasa Inggeris.

Ok lah, selepas tu terus unni ajak lunch di IKEA.

Cuba teka makan apa.?

Meatball IKEA,



Kat Malaysia pun tak pernah makan. Alih-alih makan di Turkiyye.

Amboi amboiiii…

Dari Airport ke IKEA, kami menggunakan subway (sama seperti di Korea dan Malaysia), menggunkan T-money juga, cumanya di sini agak mahal.

Sekali naik Subway- 2 lira.

Lebih kurang macam KTM

On the way to IKEA, kami di sapa oleh ramai rakyat Turki, walaupun mereka langusng tidak boleh berbahasa Inggeris, ada yang menyapa dengan memberi salam, ramai yang melemparkan senyuman kepada ku.

Dalam ramai-ramai rakyat Turki, mereka meneka dengan tepat kami daripada Malaysia.

"Malezya?" tanya mereka.

Terkejut dalam banyak-banyak negara di dunia, mereka meneka dengan betul dan tepat.

Di Korea sekalipun, amat jarang nak jumpa yang dapat teka dengan betul walhal Korea lagi dekat dengan Malaysia.. 


Mungkin rasa terlalu biasa dengan keadaan di Korea yang “no care each other”, “you’re foreigner, DIY”. Aku pada mulanya agak kekok untuk melemparkan senyuman kepada rakyat Turki. Selepas lama dan berasa sangat diterima di sini, aku mula senyum kepada mereka, dan yang happy sekali ialah mereka membalas senyuman.


Okay, bercerita mengenai rakyat Turki masih awal, aku pun baru 1 hari sahaja di sini. Setakat ini, aku rasa sangat-sangat di terima sebagai pelancong di sini. Hehe

Cuma 1 sahaja, mereka (lelaki dan perempuan), masyaallah harus (suka hati letak hukum) pakai niqab… Pleeasee

Semua nya perfecto!

Natural perfection.

Tak tahu nak cakap apo dah.

Aku tengok sahaja gelagat mereka di dalam subway, cantik sangat subhanallah..

Kak iffah cakap di universitinya,

Justin bieber, (ni je yang sempat ingat), ke Britney spears ke semua ada.

Yang bezanya, ialah orang Turki ni “mat salleh dan minah salleh versi Islam”

Aku cakap kat kak iffah,

“rasa kecikkk je duk sini, semua cantik dan handsome..malu nak pandang rasenya”..


Tahu kak iffah cakap apa..?

“takpe, orang Turki ni tak racist. Diorang tak kisah cantik ke handsome, diorang lain dari Korea.”

Aku.. Lega sikit…..

Sampai di IKEA, ku perasan ramai mata-mata memandang kami dan melemparkan senyuman mesra. Gituu.

So, aku order meatball dan dia order grilled chicken.


First meal in Istanbul





Kami makan dan bersembang tak banyak sangat, sebab kepenatan.


Konstantinopale-Islambul-Istanbul

Aku masih teringat dan terngiang-ngiang petikan di dalam novel Al fateh, mengenai kota ini.

“Sekiranya dunia ini sebuah Negara, Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya.”- Maharaja Konstantine.

Masyaallah, cuba bayangkan pada zaman dahulu kala,

Turki semuanya ditakluk di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, KECUALI Konstantinopel(Istanbul).

Betapa agungnya Istanbul ini di mata Maharaja Rom dan juga pejuang-pejuang Islam itu sendiri.

Istimewanya Konstantinopel ini ialah ada satu selat, Selat Bosphorus, yang memisahakan di antara benua Asia dan Eropah itu sendiri.

Istanbul Asia, dan Istanbul Eropah.

Ya, dan aku melalui nya. Aku melintasi Selat Bosphorus dan mampu melihatnya dari dalam bas.

Sebuah sejarah hebat empayar Islam yang terbina sejak 1453 tahun yang lepas.

Penaklukan Islam yang begitu hebat, berbekalkan hadis Rasulullah SAW sebagai pembakar semangat, akhirnya tumpah juga kekebalan Kerajaan hebat empayar Rom. Allahu Akbar.!


Selat Bosphorus
                                            Sempat tangkap gambar dari dalam bas.



"Welcome to Asia"

Habis makan, kami terus bertolak ke kampus kak iffah, di Sakarya.

Sakarya ke Istanbul, 2 jam perjalanan naik bas.

Kalau di Korea, lebih kurang Jaechon-Seoul.









Dan memang Sakarya kawasan luar Bandar, tetapi subhanallah terkedu bila sampai..


Salji tebal.. menjemput kehadiranku.



Unni :)


Cakap kat k iffah,
“ni baru oversea”

Apa yang menarik sepanjang perjalanan menaiki bas ialah servis tip top.!

Ala-ala Turkish Airlines,
Staff tersebut serve kami, air mineral, kopi/tea, jus/cola.

Nasib takde kebab je.

Di dalam perjalanan, aku sangat-sangat terpesona dengan keindahan bumi Turki ini. Tetapi untuk mengatakan sudah jatuh cinta, masih terlalu awal.. hehe

Sesampai di asrama kampus, aku di bawa ke bilik kak iffah.

Sangat berbeza dengan asrama ku di Korea, sebab sini semuanya perempuan Islam, dan makanan sangat sedap dan Halal.

Yang paling best, pelajar di sini begitu mengalukan aku, walaupun aku langsung tidak faham mereka bercakap apa, tetapi selepas di translate, semuanya mengucapkan “Selamat Datang” kepadaku.

Niat awal kak iffah mahu seludup aku ke asrama ini dan tinggal 1 malam sahaja, tetapi selepas di fikir kan, kami setuju untuk aku bayar penginapan di asrama ini.

So that, boleh dapat pakej makan malam.!






Sama juga di tempat lain, saat aku menjejak masuk ke dewan makan semua mengucapkan selamat datang dan aku dilayan mesra.

Ada yang dari Syria, Palestin, Zimbawwe, dan bermacam lagi.

Jam baru menunjukkan pukul 7 malam waktu Turki ketika kami habis dinner.

Dan di luar tengah salji yang sangat lebat, dan tebal.

Cumanya, perasaan mengantuk dan penat yang membantutkan semuanya. Cehh

So, kami decide untuk berehat dan rehatkan badan untuk meniti hari seterusnya.

Tanya kak iffah,

“Dah jatuh cinta dengan Turki.?”

Jawabku,

“Sabar… Masih mencari-cari.”



25 Januari 2016
8pagi

Sakarya, Turki