Assalamualaikum
wbt.
Masuk
hari ke-3, unni kelihatan sihat sedikit berbanding semalam.
Suhu
di Sakarya turun ke negative, angin kuat semacam di Korea.
Alhamdulillah,
lepas isi perut dengan 2 jenis breakfast (macam biasa), kami bergerak ke
Universiti (LAGI) sebab kad pelajar unni tercicir semasa jalan pulang ke asrama
semalam. Agak susah sebenarnya kalau hilang student id tu sebab, kat sini
pelajar menggunakan kad pelajar sebagai T-money/ TouchnGo pengangkutan awam.
Harga
biasa untuk pengangkutan awam ialah 1.5 lira, tapi jika ada student id, harga
dikurangkan menjadi 1 lira sahaja.
Jadinya,
kami pun pergi balik ke Universiti mencari-cari student card unni.
“Sini
sama macam Korea tak, jumpa barang diorang letak balik,?”
“Sama,
diorang jujur. Tapi kat Istanbul susah sikit”
Oh.
Kiranya peluang nak jumpa kad pelajar unni tinggi harapan ni.
Kami
jalan balik ke library, sini ada 2 library.
Dan,
masuk library ke-2, Alhamdulillah kad pelajar unni ada disimpan Pak Guard.
So,
selesai masalah unni.
Kami
bergerak ke pekan Sakarya. Waktu untuk
shopping.!
Kami
sampai di pekan jam 11.30pagi dan orang masih belum ramai.
Perasaan
kat pekan ini lebih kurang gabungan antara Namdaemun dan Myeongdong.
Ada
banyak kedai versi H&M dan Uniqlo tapi versi Turki.
Aku
ajak unni masuk ke semua kedai, nak tengok fesyen dan harga pakaian diorang.
Patutla
diorang stylo, in a very modest way, semua baju winter (jacket, knit, skirt,
seluar) kat sini murah. (hukhuk)
Salji
tebal semasa di pekan tadi, ditambah angin dan suhu negatif, dua-dua tak mampu
nak tahan kesejukan.
Suhu
masa kami di luar ialah -6 celcius dan
angin tu masyallah kalah Korea Selatan.
Masa
kami di Cark Street, salji memang sangat-sangat lebat tapi YANG PELIK BINTI
HAIRAN IALAH tiada seorang pun yang pakai payung..!
Padahal,
salji lebat turun..
Kalau
di Korea, hujan menitik satu titik pun dah pakai payung yang sebesar alam tu,
di Turki salji tebal tiada yang pakai payung. Ku pelik sungguh..
Rupanya
ada sebab mengapa mereka tidak memakai payung..
Unni
bagitahu;
Salji
ibarat hadiah daripada Allah, jadi mereka menikmati salji tersebut tanpa
menggunakan payung.
Tapi
sebab aku tidak mampu tahan lebatnya salji, ditambah angin, ditambah pakai
winter jaket yang bukan kalis air, terpaksa juga beli payung..
Harga
payung cekik darah di sini= 7 lira
So,
kami cepat-cepat balik ke asrama untuk panaskan badan sekejap.
Rupa-rupanya,
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari.. (betul dok??)
Niat
nak panaskan badan sahaja bertukar jadi, rehat sungguh tak bangun-bangun..
Cark
Street, Adapazari
27 Januari 2016
9malam
Nota: Untuk melihat pemandangan beserta video, boleh check dan follow ig @thehaneul
No comments:
Post a Comment