Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,
thumma Alhamdulillah perjalanan menuju ke Istanbul dari Sakarya berjalan lancar
berkat doa-doa semua. =)
Kami
sampai di Istanbul jam 11 tengahari, tepat 2 jam tempoh perjalanan. Selepas
selesai letak luggage dan beg yang agak berat, kami meneruskan perjalanan ke
Kota Istanbul, di tengah-tengah padatnya 14 juta penduduk di Istanbul.
Tetapi
sebenarnya, aku agak terkejut.
Istanbul
bukanlah seperti yang aku sangkakan.
Ibarat
sebuah pekan kecil yang padat, itulah Istanbul.
Seperti
kata unni, Kamal Ataturk memindahkan pusat pemerintahan daripada Istanbul
kepada Ankara sebagai ibu Negara Turki, supaya masyarakat makin lupa akan
agungnya sejarah Islam di Konstantinopel ini.
Berkatnya
bumi Konstantinopel ini yang pernah menjadi perebutan dua empayar besar dunia,
yakni Rom dan Islam dan penyaksian kepada penaklukan Konstantinopel oleh
pemimpin Islam, menjadikan Ataturk takut rakyat Turki berpandangan Islam,
menjadi Islamik menyebabkan beliau mengubah pusat pemerintahan Negara. Allahu
Disebabkan
itulah, Istanbul kurang maju dari segi pemesatan pembangunan.
Tetapi,
unni bagithu juga walaupun pelbagai usaha dilakukan Ataturk untuk menjauhkan
Turki daripada nilai-nilai Islam, tapi dengan kuasa Allah Istanbul atau
dikenali sebagai Konstantinopel inilah yang menjadi tumpuan pelancong, berkahnya
bumi yang pernah menjadi jejakan seorang pemimpin daripada kalangan pemimpin
yang terbaik. Berkahnya bumi al Fateh, terlalu padat dengan pelancong. Dan
populasi di Istanbul melebihi populasi di Ankara. Subhanallah. Walaupun kurang
maju, tetapi kuasa Allah terasa berkat dan tenang di sini.
Kami
menuju ke tempat utama dan boleh dikatakan tempat idaman aku.
Tempat
yang menjadi saksi dan tempat yang menjadikan aku mahu sangat melihat di depan
mataku.
Tempat
yang pada dahulunya ialah sebuah geraja terbesar, dan semasa Sultan Muhammad al
Fateh menakluki Istanbul, perkara pertama yang beliau lakukan ialah menukar
tempat tersebut kepada masjid.
Bagaikan
mimpi menjadi kenyataan, aku bertanya berkali-kali kepada unni;
‘‘Betul
ke ni?”
“Macam
tak percaya..”
Unni
senyum sahaja melihat keterujaanku.
Sebelum
ke tempat tersebut, kami terlebih dahulu menunaikan solat Zohor dan Asar di
Masjid Biru, Sultan Ahmet..
Subhanallah,
alhamdulillah. Aku diberi kesempatan untuk mendengar laungan azan di dalam
masjid biru, diberi kesempatan menunaikan solat.
Masyallah,
syahdunya laungan azan di bumi ini.
Terasa
lain…
Aku
membayangkan 500 tahun dahulu, kesungguhan rakyat pada masa itu dan aku melihat
“kemodenan” rakyat al Fateh pada zaman kini. Walaupun aku berada di sini
hanyalah seminggu sahaja, mendengar cerita-cerita daripada ramai unni yang
menetap di sini, mengenai rakyat Turki menyebabkan hati ini sedih.
Aku
sangat percaya yang masyarakat dan bangsa aku mempunyai nilai Islamik yang lagi
tinggi daripada rakyat Turki.
Andai
al Fateh di depanku..
Jejak
dan langkah pemimpin yang sebaik pemimpin.
Aku
hanya membaca kisahnya, aku hanya menonton filem mengenainya, aku tidak pernah
mengenal beliau.
Tetapi
betapa ramai rakyat Turki yang mengagungkan Mustafa Kamal Atarturk lebih
daripada mengagungkan Sultan Muhammad al Fateh.
Di
Masjid ini, aku menangis kerinduan..
Masjid Biru Sultan Ahmet
Konstantinopel
29 Januari 2016
Nota : Entri mengenai tempat "tersebut" kena peram lama sikit terlalu mahal :P
No comments:
Post a Comment