Assalamuaalaikum.
Alhamdulillah,
selepas hampir lebih 5 jam menanti si dia mengambil ku di airport, aku
menggunakan peluang untuk meng”screen” orang-orang Turki. Hehe
Akhirnya,
penantian demi penantian Allah takdirkan juga jasad kami bertemu di bumi dan
tanah penuh barakah ini, tanah Islambol (dahulunya), atau nama kini Istanbul.
Masyaallah terlalu dan sangat-sangat gembira dapat bertemu kakak kesayangan
(bukanlah kakak dari ibu dan bapa yang sama, tetapi kakak yakni dari akidah yang
sama).
Pelukan
erat di saksikan budak perempuan comel, dia mungkin terkedu melihatkan aksi
kami di tengah-tengah airport.
Waktu
kami beraksi selfie pun, dia join sekali. So cute.
Masyaallah,
kak iffah boleh cakap bahasa Turki macam air dengan family budak perempuan
tadi.
Aku?
Memang sepatah pun tidak faham.
Perasaan
macam nil ah yang dirasai pelancong datang ke Korea agaknya.
Sini,
semua dalam bahasa Turki, sangat-sangat jarang nak jumpa bahasa Inggeris.
Ok
lah, selepas tu terus unni ajak lunch di IKEA.
Cuba
teka makan apa.?
Meatball
IKEA,
Kat
Malaysia pun tak pernah makan. Alih-alih makan di Turkiyye.
Amboi
amboiiii…
Dari
Airport ke IKEA, kami menggunakan subway (sama seperti di Korea dan Malaysia),
menggunkan T-money juga, cumanya di sini agak mahal.
Sekali
naik Subway- 2 lira.
On
the way to IKEA, kami di sapa oleh ramai rakyat Turki, walaupun mereka langusng
tidak boleh berbahasa Inggeris, ada yang menyapa dengan memberi salam, ramai
yang melemparkan senyuman kepada ku.
Dalam ramai-ramai rakyat Turki, mereka meneka dengan tepat kami daripada Malaysia.
"Malezya?" tanya mereka.
Terkejut dalam banyak-banyak negara di dunia, mereka meneka dengan betul dan tepat.
Di Korea sekalipun, amat jarang nak jumpa yang dapat teka dengan betul walhal Korea lagi dekat dengan Malaysia..
Dalam ramai-ramai rakyat Turki, mereka meneka dengan tepat kami daripada Malaysia.
"Malezya?" tanya mereka.
Terkejut dalam banyak-banyak negara di dunia, mereka meneka dengan betul dan tepat.
Di Korea sekalipun, amat jarang nak jumpa yang dapat teka dengan betul walhal Korea lagi dekat dengan Malaysia..
Mungkin
rasa terlalu biasa dengan keadaan di Korea yang “no care each other”, “you’re
foreigner, DIY”. Aku pada mulanya agak kekok untuk melemparkan senyuman kepada
rakyat Turki. Selepas lama dan berasa sangat diterima di sini, aku mula senyum
kepada mereka, dan yang happy sekali ialah mereka membalas senyuman.
Okay,
bercerita mengenai rakyat Turki masih awal, aku pun baru 1 hari sahaja di sini.
Setakat ini, aku rasa sangat-sangat di terima sebagai pelancong di sini. Hehe
Cuma
1 sahaja, mereka (lelaki dan perempuan), masyaallah harus (suka hati letak
hukum) pakai niqab… Pleeasee
Semua
nya perfecto!
Natural
perfection.
Tak
tahu nak cakap apo dah.
Aku
tengok sahaja gelagat mereka di dalam subway, cantik sangat subhanallah..
Kak
iffah cakap di universitinya,
Justin
bieber, (ni je yang sempat ingat), ke Britney spears ke semua ada.
Yang
bezanya, ialah orang Turki ni “mat salleh dan minah salleh versi Islam”
Aku
cakap kat kak iffah,
“rasa
kecikkk je duk sini, semua cantik dan handsome..malu nak pandang rasenya”..
Tahu
kak iffah cakap apa..?
“takpe,
orang Turki ni tak racist. Diorang tak kisah cantik ke handsome, diorang lain
dari Korea.”
Aku..
Lega sikit…..
Sampai
di IKEA, ku perasan ramai mata-mata memandang kami dan melemparkan senyuman
mesra. Gituu.
So,
aku order meatball dan dia order grilled chicken.
Kami
makan dan bersembang tak banyak sangat, sebab kepenatan.
Konstantinopale-Islambul-Istanbul
Aku
masih teringat dan terngiang-ngiang petikan di dalam novel Al fateh, mengenai
kota ini.
“Sekiranya
dunia ini sebuah Negara, Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu
negaranya.”- Maharaja Konstantine.
Masyaallah,
cuba bayangkan pada zaman dahulu kala,
Turki
semuanya ditakluk di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, KECUALI
Konstantinopel(Istanbul).
Betapa
agungnya Istanbul ini di mata Maharaja Rom dan juga pejuang-pejuang Islam itu
sendiri.
Istimewanya
Konstantinopel ini ialah ada satu selat, Selat Bosphorus, yang memisahakan di
antara benua Asia dan Eropah itu sendiri.
Istanbul
Asia, dan Istanbul Eropah.
Ya,
dan aku melalui nya. Aku melintasi Selat Bosphorus dan mampu melihatnya dari
dalam bas.
Sebuah
sejarah hebat empayar Islam yang terbina sejak 1453 tahun yang lepas.
Penaklukan
Islam yang begitu hebat, berbekalkan hadis Rasulullah SAW sebagai pembakar
semangat, akhirnya tumpah juga kekebalan Kerajaan hebat empayar Rom. Allahu
Akbar.!
"Welcome to Asia"
Habis
makan, kami terus bertolak ke kampus kak iffah, di Sakarya.
Sakarya
ke Istanbul, 2 jam perjalanan naik bas.
Kalau
di Korea, lebih kurang Jaechon-Seoul.
Dan
memang Sakarya kawasan luar Bandar, tetapi subhanallah terkedu bila sampai..
Salji
tebal.. menjemput kehadiranku.
Cakap
kat k iffah,
“ni
baru oversea”
Apa
yang menarik sepanjang perjalanan menaiki bas ialah servis tip top.!
Ala-ala
Turkish Airlines,
Staff
tersebut serve kami, air mineral, kopi/tea, jus/cola.
Nasib
takde kebab je.
Di
dalam perjalanan, aku sangat-sangat terpesona dengan keindahan bumi Turki ini.
Tetapi untuk mengatakan sudah jatuh cinta, masih terlalu awal.. hehe
Sesampai
di asrama kampus, aku di bawa ke bilik kak iffah.
Sangat
berbeza dengan asrama ku di Korea, sebab sini semuanya perempuan Islam, dan
makanan sangat sedap dan Halal.
Yang
paling best, pelajar di sini begitu mengalukan aku, walaupun aku langsung tidak
faham mereka bercakap apa, tetapi selepas di translate, semuanya mengucapkan “Selamat
Datang” kepadaku.
Niat
awal kak iffah mahu seludup aku ke asrama ini dan tinggal 1 malam sahaja,
tetapi selepas di fikir kan, kami setuju untuk aku bayar penginapan di asrama
ini.
So
that, boleh dapat pakej makan malam.!
Sama
juga di tempat lain, saat aku menjejak masuk ke dewan makan semua mengucapkan
selamat datang dan aku dilayan mesra.
Ada
yang dari Syria, Palestin, Zimbawwe, dan bermacam lagi.
Jam
baru menunjukkan pukul 7 malam waktu Turki ketika kami habis dinner.
Dan
di luar tengah salji yang sangat lebat, dan tebal.
Cumanya,
perasaan mengantuk dan penat yang membantutkan semuanya. Cehh
So,
kami decide untuk berehat dan rehatkan badan untuk meniti hari seterusnya.
Tanya
kak iffah,
“Dah
jatuh cinta dengan Turki.?”
Jawabku,
“Sabar…
Masih mencari-cari.”
8pagi
Sakarya, Turki
x sabar nak tunggu next n3..i can feel ur journey..wah di korea and istanbul x lepas dari snow kan...
ReplyDelete