25
Januari 2016
Masuk
hari kedua aku di bumi berkah ini, bumi alFateh, bumi Turki. Alhamdulillah,
hari ini kaki melangkah menuju ke destinasi pertama jejak al Fateh, iaitu
Universiti Sakarya, university unni.
Kami
keluar selepas makan double breakfast (breakfast in bed, breakfast in
cafeteria). Selepas memastikan perut dalam keadaan baik, mood baik barulah
gembira nak berjalan-jalan kan.?
Untuk
ke university unni, kami perlu menaiki shuttle bas dan tempoh perjalanan lebih
kurang 15 minit. Sakarya atau dikenali juga sebagai Adapazari ialah tempat yang
berbukit-bukau dan university unni terletak nun di atas bukit sana.
Sebelum
keluar dari asrama, aku mengucapkan terima kasih kepada abla(unni, kakak)
warden yang begitu baik memberiku tempat tinggal (berbayar).
Asrama
unni sangat unik, entah mengapa aku merasakan asrama ini begitu mengikut
syariat islam.
Sebabnya:
1 Curfew jam 9 malam. Untuk menjaga agar perempuan
tidak keluar masuk lebih dari jam 9 malam.
Thumb print rekod keluar masuk. Sesiapa yang
“thumb print” masuk, bermaksud dia ada di asrama. Sesiapa yang tidak “thumb
print” masuk, bermaksud tiada di asrama. Jika tiada rekod menunjukkan dia tidak
ada di asrama, dan tidak mengisi borang keluar, tindakan akan dikenakan.
Isi borang ke luar asrama jika tidak bermalam di asrama (No. telefon, dan alamat rumah yang bakal menginap di luar asrama).
Isi borang ke luar asrama jika tidak bermalam di asrama (No. telefon, dan alamat rumah yang bakal menginap di luar asrama).
Abla (kakak) warden asrama yang tinggal di
asrama juga.
Masjid bersebelahan sahaja. Azan boleh didengar
bila-bila masa sahaja.
Keseluruhannya, asrama ini
bukan seperti asrama biasa tetapi lebih kepada rumah keluarga. Penghuni di
dalamnya bertegur sapa, saling berbalas senyum dan bertanya khabar. Ibarat
sebuah keluarga.. J
Okay, habis cerita kisah
asrama ini.
Sewaktu tiba di university
unni, tiada kalimah yang terkeluar selain
“Subhanallah, Masyaallah,
Alhamdulillah”
Salji tebal meliputi seluruh
university dan sewaktu aku sampai, azan Zohor menyambut kehadiranku beserta
salji yang renyai-renyai turun..
Subhanallah
Walaupun aku boleh dikatakan
sudah banyak kali melihat salji, tetapi perasaannya lain di bumi ini.
Masyaallah,
Sangat cantik tidak tergambar
dengan kata-kata mahupun gambar. Pengalaman 5 tahun belajar di Korea Selatan,
aku tidak pernah sekalipun mendapat nikmat mendengar laungan azan di dalam
kampus sekolah. Rindu untuk mendengar panggilan dan seruan Ilahi. Aku melihat
beberapa lelaki Turki dengan beg sandang bergegas-gegas ke masjid untuk
menunaikan perintah Allah.
Cuba bayangkan, muka mat
salleh, stylo macam Justin Bieber berlari-lari anak ke masjid.. (bayangkan~)
Alhamdulillah
Aku diberi peluang untuk
menjadi tetamuNya di sini, di Turki.
Melihatkan suasana dan
orangnya yang cantik dan handsome, stylo, peramah dan mesra. Ditambah lagi
dengan nikmat Islamnya mereka.
Satu akidah kita bawa ke
mana-mana. Sudah cukup menjadikan hati ku gembira.
Sebenarnya, tentative
perjalanan ku di Turki selama lebih 2 minggu ini belum dirancang, kami hanya
plan last minute sangat, lepas tahu jadual cuti unni, aku terus beli tiket,
tanpa sebarang plan bombastic.
Jadi, unni cadangkan kami
duduk sejenak di dalam library dan bincang aktiviti perjalanan kami di sekitar
Turki.
Impian ku ialah, mahu menakluk
dan menjejakkan kaki di seluruh ceruk tempat di Turki.
Kata unni; “Turki ni sangat
besar, nak jalan semua kena duk sini berbulan-bulan”..
Tapi tak mengapa, izikan
kakiku untuk melangkat ke tempat al Fatih sudah cukup.
So, insyaallah jika diberi
kesempatan, aku akan pergi ke setiap tempat di mana Sultan Muhammad al Fatih,
pernah jejaki..
Untuk hari pertama ini,
barulah aku merasai erti maksud “jetlag”. Perbezaan masa 7 jam dengan Korea,
membuatkan ku mengantuk dan mahu tidur sahaja sepanjang perjalanan.
Ditambah pula, keadaan
kesihatan unni yang kurang mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik terus
ke asrama dan merehatkan badan.
Perjalanan akan diteruskan ke
esokannya.
Banyak masa lagi untuk ku
terokai bumi ini, jadi aku merasakan rehat dan setelkan emosi, dan kesihatan
merupakan faktor yang paling terpenting jika
mahu travel dalam keadaan tip top.
Sekitar kawasan universiti unni.
P/s: Kalah SKK hehehehhee
26 Januari 2016
7pagi
Adapazari.
No comments:
Post a Comment