Assalamualaikum wbt..
Selepas
puas (terlebih terRehat) akibat kesejukan lebih melanda di Sakarya, masuk hari
ke-4, semangat berkobar-kobar nak berjalan. Al-maklumlah berehat melebihi
sepatutnya..
Hari
ke-4 , kami decide keluar awal sedikit dan breakfast di luar sebab aku
rindu..sesuatu.. Dari semalam tercari-cari sesuatu itu…
Aku
rindukan kau, wahai NASI..!!
Dari
semalam tak leh nak telan dah segala macam roti Turki (nanti entri pasal
makanan semua, aku cerita), aku minta unni bawakan aku makan ke kedai ada
pilaf(nasi).
Jam
8 pagi kami dah berada di luar asrama,
awal kan.?
Sebab
harini kawan unni, Saadiah akan join perjalanan kami hari ni. Janji jam 9 akan
gerak sama-sama.
Kami
pun pergi ke setiap restoran di bawah, bila unni tanya ada nasi tak, semua
orang gelak.. (sedih sungguh!) Ibaratnya, kempunan aku nak makan nasi rasa
macam kalau takde nasi, nak balik Korea lah..
Pergi
sana sini tanya memang takde nasi, jadi dipendekkan drama ku ini, aku terpaksa
makan kebab juga.. (sedih) tapi, ada nugget ayam (gembira sikit).
Lepas
tu, kami terus bertolak ke….. Tarakli, Sakarya.
Apa
best di TARAKLI.?
Kami
gamble je ni ke Tarakli, lepas google image rasa macam cantik ditambah info
Wikipedia mengatakan bahawasanya Tarakli ialah kawasan bersejarah yang didiami
semasa Empayar Turki Uthmaniyyah dahulu, dan seni bina rumah pada zaman
tersebut masih kekal asli sampai sekarang.
Dari
pekan Sakarya ke Tarakli, ambil bas di terminal. Perjalanan memakan masa 1 jam
30 minit, dengan tambang 10 lira sekali naik bas.
Otw
ke Tarakli, perasaan dia ialah perasaan aku balik kampong zaman kecik-kecik
dulu. Perasaan balik Kuala Krai dari Bachok, Kelate.
Serius
sama. Cumanya yang berbeza, sini diselaputi salji.
Yang
lain semua sama.
Masuk
hutan, rumah kampong, orang-orang kampong.
Oh,
sebelum terlupa dalam bas pun orang-orang yang naik bas ke Tarakli pun
kelihatan agak miskin. Kenapa aku cakap macam tu.?
Aku
tengok pakaian mereka, kotor sangat-sangat.
Pasangan
suami isteri dan 2 anak perempuan mereka. (Sumayyah dan Arina)
Rumah
mereka di Tarakli.
Aku
melihat bapa mereka mengira duit syiling tambang bas menguatkan lagi firasat
mereka ini dari keluarga yang agak susah. T__T
Dan,
aku.? Kita.?
Sangat-sangat
sangat sangat beruntung dan kena bersyukur selalu.
Di
dalam bas, kami kongsikan makanan sama-sama dan mereka sangat peramah, anak mereka
Sumayyah umur 10 tahun sangat petah berkata-kata. Kami berpisah di Tarakli..
Aku
hanya mampu doa agar Sumayyah menjadi pendokong keluarganya dan Berjaya dunia
akhirat, insyaallah.
Sesampai sahaja kami di tempat di tuju, kami jalan ikut suka
hati dan ikut gambar google sahaja.
Subhanallah, pemandangan di sini sangat luar biasa.
Terutamanya,
Masjid yang diberi nama Yunus Pasha Mosque, dibina pada
tahun 1517 semasa empayar Uthmaniyyah. Sangat unik dan cantik.
Seni bina rumah juga memang unik dan sangat original.
Ada yang memang nampak sangat lama usianya.
Akhirnya, selepas sehari lebih mengidam pilaf(nasi), jumpa kat Tarakli.
Nasi kosong + kari daging.!
Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan, sampai terjumpa satu coffe shop unik..
Sesuai dengan nama Mocha, aku ordered 1 Coffe Mocha.
Harga asal ialah 5TL, tetapi kakak itu bagi 3TL sahaja sebab aku bermusafir. TT
Sambung dari entri Tarakli,
Manisnya ukhuwwah Popia Goreng bila dibuat homemade oleh sek
kitto..
Siapa tahu dan pernah baca travelog.my mesti kenal dan tahu
serba sedikit mengenai kakak ni, kak Asmaa. Ore Kelate.
Bak kata unni, kami melawat dia nak dapatkan info mengenai
Turki, dapatkan taujihat (nasihat) gituuuu… hehehe
Dan memang betul, terus plan asal kami berubah 180 darjah.
Yoksi, expert…!
Tak sempat borak lama dengan kak asma, sebab Saadiah kawan
unni tiba-tiba tak sihat, dan kami pula kena balik ke asrama sebab curfew jam 9
malam.
Walaupun pertemuan kita singkat sahaja, mungkin tak sampai 1
jam pun, tetapi
boleh kecek kelate meme sero paling sedak sekali.
Oh, yang best dalam rumah kak Asmaa kami kena switch banyak
bahasa..
Me speaks Kelate with kak asmaa, Korean with her husb(her
American husb can speak Korean pretty well), English with Saadiah, Malay with
Unni!
Tarakli, Adapazari
28 Januari 2016
8pagi.
Nota:
Untuk melihat lagi pemandangan beserta video, boleh check ig
@thehaneul
InsyaAllah semoga jodoh panjang, nanti jumpa lagi. Kalau tak di sini, jumpa di Kelate hehe
ReplyDelete