Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
“Awak
ni beruntung tau, banyak rezeki awak datang sini”
Kata
unni kepadaku.
Untung
sebab.?
Alhamdulillah,
dipermudahkan perjalanan dari segi penginapan.
Di
Sakarya sahaja, 4 malam aku di sana, aku hanya bayar untuk 2 malam dan 2 malam
ialah dapat menginap secara percuma..
Di
Istanbul pula, kami dapat menginap free di rumah kawan Turki Saadia. Nama dia
Medina.
Pengalaman
berpeluang menginap dan tinggal bersama-sama keluarga Turki,
Amazing,
awesome, daebak subhanallah.
“Nak
tahu orang Turki macam mana, tinggal di rumah mereka”- Unni
Bagiku,
rumah Medina terletak di pinggir daripada kawasan pelancongan yang popular
seperti Hagia Sophia, Masjid Biru dan sebagainya.
Dan
secara jujurnya, penempatan di kawasan rumah Medina seperti kawasan di kawasan
perumahan teres sederhana. Medina mengingatkan kami supaya tidak terkejut
melihat keadaan rumahnya.
Sesampai
di rumahnya, kami disambut oleh ahli keluarga Medina.
Ibu,
ayah, kakak ipar, dan abang sulung Medina. Kami sampai agak lewat sebenarnya,
kami tertinggal bas jam 7 malam di coach Station, jadi terpaksa menunggu satu
jam seterusnya.
Sesampai
di rumah nya jam 10 malam, ibu Medina terus menyediakan makanan malam (agak berat),
dan pelbagai jenis makanan lain.
Masalah
di sini ialah, kami bertiga dah makan di Restoran Ughur Istanbul.
Rasa
sangat tak elok tak dapat makan dinner yang disediakan, kami berborak-borak
sampai lewat malam. Sah-sah aku tak faham langsung apa perbualan mereka, aku
tersenyum saja.
Oh,
pasal Medina.
Menarik.
Dia
sangat suka bercakap English (this is rare for Turkish people), dia sangat
sukakan foreigner, dan she is an ambitious young girl. Baru berumur awal 20-an,
tetapi sangat matang.
Kami
diberi bilik adik Medina, bilik yang cukup-cukup untuk kami ber-3. Kalau datang lebih, confirm tak cukup =)
Mereka
hidup sangat sederhana..
Tapi,
yang menarik.
Keadaan
dalam rumah terutamanya tandas, bilik mandi dan dapur seperti hotel.
Sangat
bersih dan kemas.
Malam
ke-2 aku di sini, kami di bawa pula ke rumah keluarga Turki yang lain untuk
berkenalan dan bersembang.
Menurut
Medina, keluarga ini ialah kenalan rapat keluarga dia, jadi mak Medina mahu
kenalkan kami kepada mereka.
Apa
yang sempat aku screen mengenai orang Turki ialah mereka sangat-sangat
friendly, di mana-mana sahaja. Senyuman, layanan kepada foreigners sangat
tip-top.
Medina
sendiri mengakui yang orang Turki terlebih mesra, sampai satu tahap dia sendiri malas nak
layan.
Banyak sangat yang aku belajar pasal orang Turki di rumah keluarga baru ini.
Sungguh, perbezaan adat dan budaya bukanlah sesuatu perkara yang senang. Mencabar tapi menyeronokkan.
31 Januari 2016
No comments:
Post a Comment