Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari
ke-5 di Sakarya, merupakan hari terakhir di sini sebelum meneruskan perjalanan
yang masih panjang dan berliku-liku di hadapan.
Sebelum
meneruskan perjalanan, seharian suntuk aku di asrama berehat dan terus berehat.
Sebab nya.? Tiba-tiba rasa panas satu badan dan suara pun dah berubah
lain. Down sekejap sebab kalau boleh nak
elakkan demam atau selsema untuk perjalanan jauh ini. Allahu, tiap kali solat
mathurat aku minta semoga dikurangkan sedikit panas, dan seharian aku tidur
sahaja di asrama unni.
Sebelah
petangnya pula, Saadiah kawan unni (sekarang jadi kawan kami) plan untuk
masakkan aku makanan istimewa daripada Negara dia. Sebenarnya, Saadiah ni nak
masak dari hari pertama aku sampai (heheheh)
Kami
minta izin untuk masak dan makan di rumah kak asmaa (travelog.my).
Sesampai
di rumah kak Asmaa,
“Masuk-masuk,
ni ada budu nih. Ike goreng, ike sup ado”
Subhanallah..
Masa tu rasa nak menjerit kegembiraan.
Ada
nasi.. !
Aku
makan dengan penuh kenikmatan malam itu di Kamelpasha, sampai ter TUPOH BUDU!!
Sabar
je kak asmaa tengok hehe
Terima
kasih tidak terhingga untuk Saadiah dan kak Asmaa dan suaminya sudi menerima
kunjungan ku lagi.. (ingatkan semalam yang terakhir).
Masakkan
sedap-sedap, kopi panas tersedap selepas kopi Mocha di Tarakli.
Alhamdulillah…!!
Muni doakan yang terbaik untuk kak Asmaa, dan keluarga baru tu insyaallah..
Okay,
perut pun dah kenyang mata makin mengantuk, kami minta diri untuk pulang awal..
Konon nak kemas barang, padahal tiga-tiga muka ngantuk kan.
Otw
pulang, unni buka cerita yang lately ni ramai pelajar Malaysia di luar Negara
meninggal, di Perancis, di UK, di Jordan dan paling latest di India..
Allahu,
innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga
ditempatkan dalam kalangan para solihin semuanya, insyaallah.
Saadiah
pula buka cerita mengenai “AYN” (evil eyes).
Sebenarnya,
di Turki sendiri pun mereka percaya mengenai evil eyes tersebut, dan juga negara Arab terutamanya. Perkara ini memang betul-betul berlaku..
Banyak
yang Saadiah cerita sebenarnya, tetapi untuk dikongsi di sini agak “sensitive”.
Yang membuatkan aku terkedu ialah, Saadiah sendiri syak dia terkena evil eyes
semasa melancong di India beberapa tahun dahulu.
Sebenarnya,
evil eyes ni berlaku sangat senang.
Sebagai
contoh, si A upload gambar kemewahan, kesenangan, kegembiraan dia, dan si B
tengok gambar tersebut. Si B ialah seorang yang kurang mewah, kurang senang,
kurang gembira dengan kehidupan dia. Bila si B tengok gambar si A, akan timbul
perasaan kurang enak dalam hati si B, maka masa inilah evil eyes muncul.
Si
B: bestnya. Untunglaaaa kaya, cantik..
Dan
bermacam-macam lagi dalam hati si B. Berlaku secara automatic, bukan atas
kemahuan si B.. tetapi syaitan yang memainkan peranan.
Bila
mana evil eyes ni terkena kepada si A, maka perkara-perkara yang tidak elok
MUNGKIN akan berlaku kepada si A. (Waallahuallam).
Boleh baca di sini untuk pemahaman yang lebih;
Apa
yang Saadiah pesan ialah:
Selalu
istighfar, selalu lazimi Mathurat pagi dan petang, selalu betulkan niat kenapa
kita upload gambar untuk tatapan umum. Hanya kita yang mengetahui sebab dalam
hati kita.
Kadang-kadang,
bukan semua kegembiraan kita ialah kegembiraan kepada orang lain, dan bukan
semua kedukaan kita ialah kedukaan bagi orang lain..
No comments:
Post a Comment